tag:blogger.com,1999:blog-5167371424074743604.post3362689519688735446..comments2023-04-12T00:00:02.405+08:00Comments on Tronoh Theatre Shop (TTS): Bangsawan Tuah Hang Jebat reviewARhttp://www.blogger.com/profile/08171846377692139808noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-5167371424074743604.post-37851374094250015002010-06-13T17:45:38.679+08:002010-06-13T17:45:38.679+08:00mmg best!!!! TTS actor n actress mmg very2 talente...mmg best!!!! TTS actor n actress mmg very2 talented, plus with the TTS team...since the 1st time sy tgk teater by TTS,i started to like teater...thanks TTS :)miSs eNgiNeeRhttps://www.blogger.com/profile/09952116652819390579noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5167371424074743604.post-13889227778437792972010-04-25T12:33:22.319+08:002010-04-25T12:33:22.319+08:00-sambungan-
Untuk aspek teknikal, BTHJ mempunyai ...-sambungan-

Untuk aspek teknikal, BTHJ mempunyai pasukan teknikal yang terbaik, penataan cahaya yang sungguh menarik, menambahkan unsur-unsur mistik, gabungan runut bunyi yang pelbagai juga menjadikan persembahan ini lebih daripada yang biasa. Cuma koordinasi penataan muzik perlu diperkemaskan lagi kerana tampak kurang bersedia di sesetengah babak. Tetapi persembahan 'live' untuk muzik adalah memang menarik.

Yang terakhir, jalan cerita BTHJ, mungkin kurang unsur-unsur 'surprise' tetapi, saya sangat suka dengan unsur-unsur islamik yang cuba disampaikan di dalam skrip BTHJ yang memberikan satu perspektif baru dalam pemahaman skrip cerita penglipurlara atau berbentuk hikayat seperti BTHJ. Mungkin skrip tersebut boleh diperhalusi dan diperbaiki untuk persembahan akan datang.

Secara keseluruhan, saya berpuashati dengan persembahan BTHJ, cuma perlu lebih menfokuskan kepada mutu lakonan yang saya lihat
sepatutnya lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini. Tahniah sekali lagi kepada semua ahli produksi BTHJ, dan juga kepada Tuan Pengarah kerana berjaya mempersembahkan BTHJ dengan jayanya. Semoga TTS akan terus dinamik dan sentiasa meningkatkan prestasi untuk persembahan akan datang. Terima kasih.

GEMALAGEMILAGEMULAAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03366046219307965427noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5167371424074743604.post-68985318706486036522010-04-25T12:31:45.254+08:002010-04-25T12:31:45.254+08:00Salam kepada semua,
Sebelum saya terus kepada kom...Salam kepada semua,

Sebelum saya terus kepada komentar saya, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan TTS mementaskan bangsawan Tuah Hang Jebat pada 10 & 11 April yang lalu. Boleh dikatakan, perasaan teruja untuk menonton BTHJ meluap-luap kerana menjangkakan sesuatu kelainan daripada apa yang dibawa oeh TTS selama ini.

Di sini, perkara yang pertama diliht sebagai perubahan besar yang telah dilakukan adalah persediaan 'prop' dan set pentas. Prop BTHJ boleh dikatakan 'elaborate' dan mampu memberikan suasana atau 'ambience' di dalam setiap suatu babak. Terdapat banyak 'details' yang dibuat sememangnya memberikan persepsi 'expensive' bg persembahan seperti ini. Saya rasa kualiti 'prop' dan set pentas yang disediakan adalah setara dengan keperluan di dalam persembahan tersebut.

Untuk pakaian pelakon-pelakon, adalah lebih kemas dan menarik di dalam BTHJ.'Details' seperti pakaian Tun Teja di bilik beradu
sangat sesuai dan dilihat sebagai 'sensual'. Walaupun begitu, mungkin pakaian untuk sultan perlulah lebih 'avant garde', dan nampak lebih mahal daripada yang sekalian ada di atas pentas, untuk menunjukkan kelebihan Sultan berbanding yang lain.

Berkenaan dengan 'makeup' pula, saya berasa ada kekurangan, kerana ada sesetengah pelakon, kematangan yang cuba ditampilkan dengan misai janggut nampak seperti teater kanak-kanak kerana jelas seperti dilukis bukan nya semula jadi . Mungkin, perincian untuk 'make up' boleh diberikan lebih perhatian, supaya persembahan nampak lebih menarik dan asli.

Seterusnya, 'casting' pelakon juga sangat penting untuk jalan cerita seperti BTHJ. Sekali imbas, BTHJ mungkin bermasalah dari segi pemilihan pelakon, kerana ada pelakon tertentu nampak terlalu 'innocent' untuk membawakan watak yang matang. Postur badan juga satu perkara yang perlu diberi penekanan, kerana watak-watak cerita ini adalah pahlawan-pahlawan yang sepatutnya mempunyai cara jalan, cara berdiri, dsb yang tegap, dan gagah. Kemudian, faktor fizikal yang juga perlu diambil perhatian, dengan memastikan kesesuaian antara watak, supaya tidak nampak perbezaan ketara kecuali, terdapat 'wow-factor' bagi pelakon yang mungkin kekurangan dari segi ketinggian dsb.

Dari segi mutu lakonan, saya percaya ada sesetengah pelakon yang betul-betul menjiwai watak yang dilakonkan sehingga menyebabkan penonton menjadi resah, sedih, malahan tidak keruan, tetapi, disebabkan oleh tiada kesinambungan antara watak-watak tersebut, maka perasaan atau emosi itu mati. Pelakon-pelakon yang baru juga perlu berlatih dengan lebih gigih lagi dalam 'vocal projection'. Mungkin latihan telah dibuat, tetapi adakah kualiti vokal tersebut mencapai tahap yang sepatutnya, itu yang perlu diberi perhatian. Saya percaya, jika semua watak (tak kira kecil atau besar) dapat menyampaikan cerita dengan baik, berlakon dengan emosi yang tepat,pasti akan menjadikan cerita ini lebih berkesan ke dalam jiwa penonton. -bersambungAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/03366046219307965427noreply@blogger.com