u/p:Contoh kertas soalan semester yang lalu
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya tidak terlambat untuk saya kongsi satu contoh kertas peperiksaan semester lalu. Saya harap semua ahli Tronoh Theatre Shop dapat menjadikannya sebagai rujukan.
Entri ini saya tujukan khas untuk semua ahli Tronoh Theatre Shop yang telah banyak memacu sinergi dalam usaha memajukan TTS.
Sebelum itu, untuk paparan lebih jelas, sila klik, atau 'save image as'.
Selamat mencuba. Semoga kita berjaya mencapai kejayaan bersama. Amin.
Entri Khas
Wednesday, November 11, 2009Posted by [ acabond ] 2 comments
TTS Outing@Teluk Batik
Sunday, November 08, 2009Pada hari Sabtu, 7 November yang lepas, Tronoh Theatre Shop telah mengadakan outing/gathering terakhir mereka untuk semester ini. Outing yang berupa perkelahan di tepi pantai itu telah diadakan di Teluk Batik, Lumut. Selain itu, sambutan hari jadi bagi salah seorang ahli TTS, Aisyah Naemah juga telah turut diadakan serentak dengan outing kali ini. Dengan menggunakan 5 buah kereta, kami berkonvoi ke Teluk Batik dari UTP pada jam 12.30 tengah hari.
Setibanya di Teluk Batik, kami singgah di kedai bernama Silaturrahim bagi mengisi perut yang kosong. Destinasi seterusnya: Pantai Teluk Batik!

Klimaks pada hari tersebut. Sambutan Hari Jadi Aisyah. 2 biji kek pada hari itu iaitu Chocolate Indulgence dan Mango Delight telah ditaja oleh SEFA
Pemberian Kad Ucapan istimewa daripada SEFA, Project Manager untuk outing ini. Kad tersebut telah direka khas oleh SEFA sendiri dan telah ditandatangani oleh semua ahli TTS.Sekitar jam 6 petang, kami mula bersiap dan beransur pulang. Program kami diteruskan pada malam itu dengan menonton penilaian semula johan Festival Teater Perak iaitu teater Imbas di Taman Budaya Perak. Seterusnya kami menonton cerekarama Payung Siti Fatimah bersama. Istimewanya cerekarama ini adalah kerana idea asal dan skrip drama tersebut adalah oleh Dr. Shark sendiri.
Akhir sekali, TTS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan outing pada kali, secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan silaturrahim ahli-ahli TTS.

p/s: Kredit kepada SEFA dan Izzi untuk gambar-gambar di atas
Posted by DauS 5 comments
TTS @ English In Camp - Through A Drama Workshop
Tuesday, November 03, 2009Pada 31 Oktober dan 1 November 2009 (Sabtu - Ahad) yang lalu, sebahagian daripada ahli TTS telah terlibat menjadi fasilitator dalam program English In Camp (Through A Drama Workshop) anjuran All About Communique Sdn Bhd di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Seramai 11 orang ahli TTS telah menjadi fasilitator termasuk Dr Shark dan En. Muhammad Md Haris. Seramai lebih kurang 220 orang murid terdiri daripada murid tingkatan 1 dan 3 terlibat dalam program tersebut.
Program diteruskan dengan sesi berkenalan di antara fasilitator dan murid-murid dalam setiap kumpulan. Sesi berkenalan tersebut dilakukan dengan sedikit kelainan di mana setiap murid perlu memperkenalkan diri masing-masing dengan dengan bangga beserta gaya dan postur badan yang pelik. Kemudian aktiviti diteruskan dengan beberapa permainan dalam modul ekspresi vokal melalui emosi. Selain itu juga, beberapa permainan rutin TTS turut dijalankan mengikut kehendak para fasilitator.
Pada sesi petang pula, murid-murid didedahkan dengan pembinaan karaktor dan teknik 'Theater of The Oppressed'. Dalam aktiviti pembinaan karaktor, kebolehan untuk murid-murid berlakon secara spontan melalui karaktor yang diwujudkan telah mencabar kebolehan mereka. Ada yang malu-malu untuk berlakon, namun ada juga yang berjaya melakukan aktiviti tersebut dengan keyakinan. Semasa aktiviti sepanjang petang itu berlangsung, Che Mad Haris pula memberikan pendedahan tentang make-up dan melakukan sedikit demonstrasi kepada beberapa murid yang terpilih.
Aktiviti pada waktu malam adalah membaca skrip karya William Shakespeare iaitu The Tragedy of Macbeth. Dr Shark menjalankan aktiviti tersebut dalam tiga pusingan. Pertama, Dr Shark menerangkan tentang tafsiran skrip tersebut baris demi baris. Kemudian, demonstrasi lakon oleh beberapa orang fasilitator melalui dua versi, pertama versi normal, kedua versi gila. Dapat dilihat bahawa murid-murid lebih menggemari lakonan versi gila tersebut. Kemudian, dalam pusingan ketiga, demonstrasi lakon versi gila dibuat lagi sekali dengan Dr Shark bertindak sebagai direktor, menerangkan kepada murid-murid apa yang boleh ditingkatkan dari segi lakonan. Selesai aktiviti membaca skrip itu, maka tamatlah hari pertama program ini.
Pada hari kedua, murid-murid diberikan tugasan untuk menulis skrip, menjalankan latihan dan akhirnya mementaskan sebuah persembahan berdasarkan skrip yang mereka tulis. Pagi sesi pagi, murid-murid dikehendaki menulis skrip pendek berdurasi 5 minit berdasarkan situasi yang telah dipilih oleh setiap kumpulan. Kemudian pada sesi petangnya pula, setiap kumpulan perlu berlatih dan akhirnya menjalankan full rehearsal di atas pentas.
Waktu malam adalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu malam persembahan daripada setiap kumpulan. Kesemua fasilitator telah menjadi hakim persembahan pada malam itu. Pelbagai kerenah, gelagat dan aksi dapat dilihat sewaktu persembahan tersebut. Selesai kesemua 11 persembahan, fasilitator berkumpul untuk menentukan pemenang-pemenang pada malam itu. Selepas itu pula, Aini yang menggantikan tempat Dr Shark pada hari kedua, bertindak sebagai Ketua Juri memberi sedikit komen berkenaan persembahan di mana kebanyakannya masih tidak berjaya melontarkan suara mereka dengan betul. Kemudian, banyak juga masalah blocking dan spacing yang telah berlaku sepanjang persembahan. Perkara-perkara asas ini seharusnya perlu diberikan lebih perhatian oleh murid-murid, malah fasilitator dan penganjur program ini untuk masa akan datang.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk mengumumkan para pemenang. Berikut adalah keputusannya:
Pelakon wanita terbaik - Adik Iffah (Watak 'Babyboy's Mom', situasi "Fresh Market", fasilitator Tasha Zamri.)
Pelakon lelaki terbaik - Adik Syahir (Watak 'Perompak yang menyamar sebagai pondan', situasi "Bank Robbery", fasilitator Azmi Yaacob.)
Persembahan terbaik:
Tempat ketiga - "Eid Celebration" (Fasilitator: Azizi Aziz)
Tempat kedua - "Fresh Market" (Fasilitator: Tasha Zamri)
Tempat pertama - "Bank Robbery" (Fasilitator: Azmi Yaacob)
Selepas selesai pemberian hadiah, murid-murid bergambar bersama fasilitator masing-masing sebelum pulang dan tamatnya program ini.
Buat makluman semua, ini adalah kali pertama TTS terlibat dalam program sebegini. Di kesempatan ini juga, pihak kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami dan memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan khidmat bakti sebagai fasilitator program.
Semoga usaha kita semua diberkati dan diredhai.
Posted by Tronoh Theatre Shop (TTS) 3 comments
Labels: berita
Komen dan Kritikan Teater Keliling
Komen Asylum and Medley of Mime
Overall...two thumbs up!!!aku sendiri ketawa like hell^2 tahap perut pecah and personally I preferentially think that Anwar, Sultan and Atul r the best!!!And I believe yg lain have done their best oso...Tp baby mcm tenggelam sikit (ada part ko ckp laju acap)...Anyway...Acap pun dah buat yg terbaik!!Usop walopun lupa skrip in the middle tp I believe org tak perasan. Technical glitch?Oso aku rasa ramai tak perasan...Sebab dah dibayangi dgn show yg agak mantap...
- izzi
What I can say about Asylum is really great... I’m also wondering with the talent of the actor and actress. They have a great talent to play the roles.
- littleanz
In my personal oppinion, this theater is very funny but full with moral value that can be used by us in daily life... I'm very impress with all of the actor and actress because they are very telented. i hope that i can watch other performance from them in the future...
- Raja
first time aku tgok real 'Mimers'.
--> ader 3 mimers tapi yang ini sgt2 real..i would give 9/10 la for him..
2. it's a comedy so senang nak faham..
3. Interaction with audience sgt2 bagos..
4. Set and costume yg simple
simple set and costumes
5.mempunyai mesej yg sgt2 mendalam...
again.
..overall i would give 8/10. takleh bagi penoh..takut korang riak..hahah..
-flyawaycandle
...It was very entertaining indeed! Congrats to the actors and the director as well as the creators of the play
...Our journey was really paid off
-ain
...All of you are like professional actors and actresses
...But sometimes... can't really hear the voices of some of you..
...The props are too simple...
The Part for Pakcik in Asylum... Doing the 'jampi' and all those stuff
Felt sorry for those seating at the back
They can only hear the voice but they don't even know what he's doing
(Seat Taman Budaya KL flat... x bertangga2)...
For the audiences, I think we should prepare a place for them to wait
But I totally loves the show
(Paling suke Mime Mencari Cinta... Sape Sokong???)
-G Ah
...And the important thing is it is a comedy theater and they produce a very hilarious performance that make all the audience especially me laugh all the time...
-afif
...All and all, the theater was very impressive and funny. I hope i can go to Taman Budaya again to watch these theater again in the future..
-muaz
...The theater was very good and hilarious. All the actors are from Univeriti Teknologi Petronas and they all are so friendly and crazy. When the theater starts, all audience started to laugh and me also laughing crazily until I wanted to cry. It play was very funny, hilarious, marvelous and I don’t know what else to say. My advice to others is when a activity like this held anywhere, try to join and see that it is all about and after that you will know what is the content of the activity..
-wan
Apapun congratz to TTS for their very outstanding performance.
-izzi
It was a funny theater as I laugh all the time…
-teha
it so happy to see them. This teater is a great and the actor perform it is excellent..
-raid
..menyaksikan teater yang sangat hebat dan penuh dengan mesej-mesej yang amat berguna ini...
ada juga persembahan mime yang memang A+ la… tabik + kagum la dengan mime…..
-fizfai
....buat kedua kalinya aku menyaksikan pementasan Asylum & Medley of Mime kat Ipoh… tak bosan walaupun dah dua kali tengok sebab aku rasa semakin banyak input yang aku peroleh… menarik sungguh pementasan Asylum… banyak maksud tersirat dan mesej2 berguna yang dapat diperoleh… walaupun aku ni bukanlah tau sangat pasal teater… at least aku dapat memahami mesej yang cuba disampaikan dalam Asylum…
...Dr. Shark juga amat mengagumkan walaupun hanya memainkan watak kecil dalam pementasan tersebut
- fizfai
...Asylum is really great..
... They have a great talent to play the roles..
- little
...teater ini penuh dengan aksi lucu dan membuatkan penonton tidak kering gusi.
salju
Untuk Komen Miao-Miao Sang Arnab,
...Teater pertama berjudul Tok Janggut. Bolehlah tahan. Lecturer diorang yang berlakon, lebih kepada monolog saya rasa. Dia berlakon sorang tapi jadi banyak watak. Respect! Teknik dia present himself masa jadi watak yang berlainan tu memang superb la...
... Macam menarik, tapi cerita dia sarat dengan isu tersirat dan mesej simbolik.
...Masalahnya banyak dialog kosong dan meleret-leret. Boring laaa!
-muna
...kami 3 beranak beserta atok & wan ke Kuala Lumpur.. nak tengok teater.. pak su berlakon teater... tajuk: Miao-miao Sang Arnab.. teater bermula jam 2.30ptg..
...ammar terlopong menenggok intro yang agak menyeramkan... sib baik ammar dok diam...
...intro yang menarik dari Miao-Miao sang arnab...
-ammarcomel
..pementasan daripada TQA, miao miao sang arnab penuh dengan persoalan konflik jiwa seorang manusia....
salju
Sebarang komen tambahan, kami akan masukkan ke dalam post ini.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudi memberi komen kepada teater kami.
disunting oleh halfside dan anwarsamad
Posted by Anwar Samad 5 comments
TTS Farewell Party
Sunday, November 01, 2009Pada hari Khamis, 29 Oktober yang lalu, satu majlis sambutan bagi meraikan ahli-ahli Tronoh Theatre Shop (TTS) yang akan graduate tidak lama lagi telah berlangsung. Mereka yang dimaksudkan ialah Aini, Anwar, Aizuddin, Adzairah, Fauzan, Izzi, dan Helmi. Majlis yang bertemakan 'Black & White' itu bermula pada jam 9 malam bertempat di Tasik UTP.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada malam itu ialah permainan bola beracun (tapi menggunakan anak patung), upacara makan-makan (BBQ), penyampaian anugerah-anugerah, dan penyampaian sijil (bagi yang diraikan).
Antara kemeriahan pada malam itu
Keseronokan yang terserlah
Aksi menarik oleh SEFA
Penyampaian anugerah kepada Aisyah
Giliran Aini untuk menerima anugerah
Dari kiri: Hissamuddin, Helmi, Fauzan, Acap, Usop
Timmy menunjukkan kebolehannya bermain gitar
Dr Shark & Aini
Wajah-wajah yang diraikan. Dari kiri: Adzairah, Aini, Izzi, Helmi, Din, Fauzan, dan AnwarMajlis sambutan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu tamat sekitar jam 12 tengah malam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli TTS yang telah menjayakan dan memeriahkan majlis sambutan ini.
Akhir sekali, kepada ahli-ahli TTS yang bakal meninggalkan UTP ini, TTS mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan kalian yang seterusnya. Jutaan terima kasih atas jasa yang telah kalian taburkan sepanjang penglibatan kalian di dalam TTS. Semoga segala tunjuk ajar yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh generasi pewaris TTS demi membawa TTS lebih jauh lagi.
Sekian.
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever
p/s: bacaan lanjut di blog Akin dan SEFA
Posted by DauS 7 comments
REVIEW DARI PENGARAH “ASYLUM”
Sunday, October 25, 2009Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Program The Shark Attack Theatre Tour 2009 telah melabuhkan tirainya pada 18 Oktober lalu dengan membawa pelbagai kenangan manis. Alhamdulillah usaha yang telah dimulakan sejak awal tahun boleh dikatakan satu pencapaian yang cemerlang. Saya sebagai Penerbit Produksi dan Pengarah teater “Asylum” ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat semua krew produksi yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha dan pengorbanan yang telah diberikan mendapat keredhaan-Nya.
Seperti mana-mana pementasan teater Tronoh Theatre Shop sebelum ini, pasti ada review rasmi dari Pengarah mengenai keseluruhan pementasan sepanjang 6 siri jelajah teater di 3 buah lokasi berbeza iaitu UTP, Taman Budaya Perak dan Taman Budaya Kuala Lumpur. Fuhh! Mendengarnya saja pun dah cukup hebat. Untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali buat semua rakan produksi untuk menganjurkan program yang boleh dilabelkan sebagai projek Mega TTS! Persediaan fizikal, mental dan emosi amatlah penting supaya program ini dapat dijayakan dengan lancar. Dari kesemua 6 pementasan, pasti ada turun naik dalam mutu persembahan teater “Asylum” ini (gila sepanjang program ni sebab memang cerita orang gila!). Namun saya pasti mereka telah memberi yang terbaik bagi setiap persembahan. Disini saya ingin berkongsi sedikit pandangan yang saya harap mampu dijadikan panduan untuk pementasan-pementasan yang akan datang.
TTS menerima sejumlah kehadiran penonton yang luar biasa ramainya pada malam pertama, FULL HOUSE dalam sejarah TTS! (Terima kasih kepada pelajar dari UITM Pulau Pinang.) Seperti yang dijangkakan, energi pelakon amat tinggi pada malam itu kerana mendapat respon memberansangkan dari audiens. Pelakon berjaya mengekalkan energi sehingga akhir pementasan. Tetapi kesilapan dari pelakon ialah melontarkan suara ketika audiens masih ketawa. Seharusnya pelakon menunggu sebentar sebelum melontarkan ‘line’ supaya tidak tenggelam dengan suara penonton. Jadi rugi ‘line’ tersebut kerana tak dapat didengari oleh audiens.
Untuk malam ke-2, jumlah audiens kurang dari malam pertama. Energi pelakon jatuh sejak dari permulaan pementasan lagi. Jika dari awal energi rendah, memang susahlah nak naikkan ditengah-tengah cerita (tetapi tidak mustahil!). Dan pelakon-pelakon turut terjejas apabila terlampau mengharap reaksi dari audiens (yang saya rasa satu kesilapan besar.) Pelakon tak patut mengharap respons dari audiens. Sebagai pelakon teater, kita harus tahu untuk berlakon dihadapan kerusi kosong (tiada audiens). Lakonan tidak harus terjejas tidak kira audiens ramai atau tidak. Watak Pakcik, YB, Atendan dan Penagih adalah watak yang menyerlah untuk kali ini. Rata-rata audiens juga sangat suka dengan watak Uncle Sam kerana memegang watak ‘blur’ yang saya boleh katakan sebagai ‘x-factor’ untuk watak tersebut. Bagi yang lain masih banyak yang perlu diperbaiki.
Dari segi teknikal, berlaku sedikit kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. “Asylum” adalah teater yang kurang menggunakan teknikal ‘cue’. Video yang sepatutnya sudah habis dimainkan diulang tayang sekali lagi, dan audiens dapat melihat kesilapan tersebut (it should be consider as a major mistake! Hehe..)
Banyak yang telah diperbaiki bagi Tour ke-2 di Ipoh, terutama sekali dari segi perkembangan watak. Pelakon telah menunjukkan prestasi yang cemerlang terutama sekali YB dan Atendan. Atendan/Kamariah Bee telah diberi nafas baru dengan memainkan watak seorang isteri kepada Nana/P2. YB dengan cemerlang mengekalkan energi bagi keseluruhan pementasan. Watak yang memerlukan pelakon ‘on stage’ dari mula hingga akhir pementasan adalah satu tugas yang berat. Saya sendiri pernah merasainya dan kekal ‘in character’ bukanlah satu tugas mudah. Watak-watak seperti Merah, Hijau dan Baby juga saya kira berat kerana reaksi sepanjang pementasan perlu supaya mereka kekal ‘in character’ dan tidak menjatuhkan ‘pace’ dan energi. Merah dan Hijau mempunyai contoh ‘chemistry’ yang bagus, dan saya kira perlu diambil perhatian oleh pelakon-pelakon lain seperti Baby dan Pakcik, Penagih dan Pengedar, Fura Panda dan Wartawan. ‘Chemistry’ yang baik harus dicari supaya scene tersebut nampak ‘natural’ dan tidak ‘anticipate’. Watak Merah dan Hijau juga memerlukan pelakon untuk memberi reaksi pada setiap adegan atas pentas. Reaksi yang saya maksudkan disini termasuklah gerak tubuh, ekspresi muka dan ‘non-verbal words’ seperti “ohh..”, “ehh..” dan sebagainya. Watak ini juga penting dalam memastikan energi pementasan tidak jatuh ditengah-tengah cerita.
Teater ‘improvise’ seperti “Asylum” menggunakan ruangan audiens. Contohnya Polis yang saya rasa agak ‘lagging’ disebabkan audiens tidak sporting. Pelakon harus berhati-hati supaya tidak terjejas dengan reaksi berbeza dari audiens. Tetapi pujian harus diberikan kepada Sultan kerana mampu ‘ad-lib’ walaupun kurang respon dari audiens. Pelakon harus tahu ‘punch line’ bagi setiap ayat yang dilontarkan. Ini termasuk memberi makna dan cara bagaimana nak melontarkan ayat tersebut. Menyebut ‘line’ terlalu perlahan atau dalam ‘pace’ yang perlahan tidak membantu menyerlahkan ‘punch line’. Yang penting sebutan adalah jelas, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan supaya audiens dapat menangkap maksud sebenar ‘punch line’ itu. Terdapat beberapa scene yang memerlukan ramai pelakon ‘on stage’ seperti scene Fura Panda, scene demontrasi dan scene mati. ‘Spacing’ dan ‘blocking’ memainkan peranan penting dalam hal ini. Saya lihat pelakon sudah bijak menggunakan ruangan pentas supaya tidak ada yang ‘blocking’ antara satu sama lain.
Bagi Tour ke-3 di Kuala Lumpur, semua pelakon telah menunjukkan prestasi yang luar biasa cemerlang. Mungkin kerana mereka telah cukup persediaan hasil dari 4 pementasan sebelumnya (they should!). Persembahan pada hari pertama penuh dengan energi, ‘pace’ cerita juga cantik dan boleh dikatakan persembahan terbaik mereka secara keseluruhan. Setiap watak menyerlah serba-serbi dan telah dipertontonkan dengan baik sekali. Watak Pakcik beraksi cemerlang sejak dari awal cerita dan berjaya membuat audiens ketawa dengan ayat-ayatnya yang bersahaja. Watak Pakcik nampak ‘natural’ dan Anwar yang memegang watak tersebut ‘enjoy’ dengan setiap ‘line’nya. Watak Fura Panda dan Wartawan turut menyerlah pada malam itu. Wartawan yang dibawa oleh Hissam dikira sudah cukup bagus bagi pelakon baru sepertinya. Banyak peningkatan dari segi variasi dialog dan penggunaan gerak tubuh, cuma Hissam perlu berhati-hati supaya lontaran suara tidak terjejas. Seorang lagi pelakon baru iaitu Fikri juga menunjukkan peningkatan dari segi ‘character’. Watak Atendan lakonan Atul amat menjadi terutama sekali ketika Atendan memarahi Nana (suaminya) dan ahli-ahli Asylum yang lain.
Persembahan terakhir adalah pada waktu petang. Saya akui sedikit risau kerana selalunya energi akan lain sikit kalau buat teater pada waktu petang (memang betul). Beberapa watak seperti Atendan dan Baby kelihatan kurang bertenaga petang itu, tetapi keseluruhan pementasan adalah cemerlang. Dari segi teknikal, saya dapati terdapat ‘blind spot’ pada posisi YB dalam pementasan hari pertama. Mungkin kedudukan rostrum tempat YB berdiri kurang tepat mengenai muka. Jadi ‘facial expression’ YB ada ketikanya tidak kena. Namun dalam show kedua, kedudukan rostrum telah diubah. Pelakon patut bijak mencari lampu agar tidak berbayang namun ruang yang terbatas bagi YB tidak membolehkan Yusuf berbuat demikian. Maka kedudukan lampu harus diambil berat supaya reaksi muka lebih jelas dan tempat yang betul perlu ditanda terlebih dahulu.
Tahniah buat semua krew yang telah berhempas pulas menjayakan Tour ini. Cara kerja yang efisien telah ditunjukkan oleh Stage Mangement krew seperti Pengurus Pentas, Propsmasters dan Pengurus Teknikal yang membantu disebalik tabir harus menerima pujian, kerana tanpa mereka pementasan ini pasti ada cacat celanya. Ampun dan maaf dari saya sepanjang menjadi Pengarah teater ini, kita bekerja sebagai satu keluarga dan terima kasih untuk segala pengorbanan dan kerjasama dari anda semua (this is the first time kena direct sorang2!) Tahniah sekali lagi buat semua krew produksi TTS dan ahli-ahli The Qum Actors bagi menjayakan The Shark Attack Theatre Tour 2009! Salute TTS and TQA! (Terpanjang pulak komen ni..haha!!)
Dari meja Cik Direktor.
Aini,
Tronoh Theatre Shop,
Universiti Teknologi PETRONAS
Posted by DauS 18 comments













