Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Sebelum bermulanya Tour 3 di KL, eloklah kiranya kalau kami siarkan serba-sedikit tentang kejayaan Tour 2 kami di Ipoh.
Ahad yang lalu, kami sudah pun selesai membuat persembahan di Taman Budaya Perak, Ipoh selama dua malam berturut-turut. Penghargaan diberikan kepada penonton yang sudi hadir, terutamanya murid-murid dari SBPI Gopeng, SMK Sri Iskandar serta anak-anak dari Rumah Budi Mulia Nurul Huda.
Peningkatan dari segi lakonan setiap pelakon dapat dilihat. Secara keseluruhan, pementasan kedua-dua malam berjaya dipersembahkan dengan konsisten dari segi fokus serta energi walaupun ada beberapa kesilapan kecil yang tidak disengajakan dan juga respon audiens yang kurang kerana bilangan yang hadir tidak seramai audiens di UTP tempoh hari.

Penghargaan juga diberikan kepada Mr Chai yang sudi datang menonton kedua-dua sesi pementasan bersama keluarga dan rakan-rakannya. Kami amat berbesar hati kerana berjaya menarik perhatian penonton dari bangsa bukan Melayu untuk menonton teater Melayu kami.

Gambar-gambar oleh Mr Chai:












Terima kasih dan penghargaan buat krew teknikal dari Taman Budaya Perak, terutama sekali En. Zul dan En. Najib bagi menjayakan pementasan kami di Ipoh.
Semoga segala usaha dan penat lelah semua pihak yang terlibat diberkati dan diredhai. Tweet
5 kritikan :
tahniah
Horeyyy~
hehehe..
sy bru g tgk theatre, sketch, and mimie kat utp aritu...teramat bez..first tyme tgk org berlakon spontan depan mata..
GOOD LUCK FOR THE "The Shark Attack: Tour 2 @ Ipoh"...YOU ALL ARE DE BEZ
assalamualaikum, saya Nusaybah binti Mohd Asri, dari KPMIM. Pertamanya, saya harap agar gambar-gambar yang diambil pada persembahan hari Sabtu 17102009 dimasukkan ke blog ini. X sabar rasanya nak tengok. dah ada gambar, baru saya tinggalkan komen tentang persembahan tersebut. hehehehehe. terima kasih ;p
Assalamualaikum...
sy Elridhwah dr KPMIM..
Congrats atas show aritu... ^-^
best sangat2!
all the best!!
*nk tgk gambar yg kat Tmn Budaya... ;p
Post a Comment