Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 16 Oktober lalu, sekumpulan krew Tronoh Theatre Shop bertolak seawal 6 pagi dari Universiti Teknologi PETRONAS, yang terletak berdekatan dengan pekan Tronoh, menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk satu misi yang telah dirancang lebih setahun lamanya.
Sebelum ini krew The Shark Attack Theatre Tour telah mengadakan persembahan teater pada 2 & 3 Oktober di Universiti Teknologi PETRONAS, dan 10 & 11 Oktober di Taman Budaya Perak. Pada 17 dan 18 Oktober lalu krew The Shark Attack Theatre Tour telah menamatkan program teater keliling tersebut di Taman Budaya Kuala Lumpur.
Para krew menginap di Matahari Lodge yang terletak di Jalan Kasturi dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk berjalan dari lokasi penginapan ke Taman Budaya Kuala Lumpur.
Pada hari Jumaat tersebut,pelakon-pelakon teater Asylum telah mula sibuk dalam penggambaran sebuah filem pendek Asylum The Movie. Filem pendek tersebut diarah oleh Dr Shark dan dibantu oleh Encik Salehan dan juga Encik Khairul.
Persembahan teater di Taman Budaya Kuala Lumpur merupakan satu cabaran yang besar kerana keadaan pentasnya yang sangat berbeza dengan pentas di UTP dan Taman Budaya Perak. Sistem pencahayaannya juga lebih moden. Pentasnya yang jauh lebih kecil daripada pentas di MPH UTP dan sedikit kecil daripada pentas Auditorium Taman Budaya Perak memerlukan 'cue' keluar dan masuk para pelakon diubah. Para pelakon juga terpaksa menyesuaikan diri dengan pentas tersebut. Namun semua cabaran tersebut dapat ditempuh dengan baik sekali. Syabas para pelakon!
Persembahan di Taman Budaya Kuala Lumpur dimulakan dengan Monolog Tok Janggut. Monolog ini di persembahkan oleh Dr Shark sendiri dengan memegang beberapa watak seperti
watak Sultan Kelantan, Ungku Besar Jeram, dan beberapa watak yang lain. Persembahan ini penuh dengan nilai-nilai patriotik dan semangat perjuangan yang tinggi.
Seterusnya persembahan Teater Miao-Miao Sang Arnab dipersembahkan oleh The Qum Actors. Persembahan ini dilakonkan oleh bekas ahli Tronoh Theatre Shop yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan juga ahli Tronoh Theatre Shop yang sedang menjalani latihan industri di Kuala Lumpur. Persembahan bertenaga daripada meraka semua telah mendapat pujian beberapa pihak.
Pada malamnnya, persembahan dimulakan dengan Medley of Mimes oleh mimers Universiti Teknologi PETRONAS terkenal seperti Half, Sefa dan Ash. Persembahan mereka semua telah berjaya memukau para penonton. Seterusnya penonton dihiburkan dengan persembahan teater Asylum. Teater yang penuh dengan pelbagai aksi ini membuatkan para penonton tidak kering gusi bila menonton.
Pada keesokan petangnya, persembahan teater dimulakan dengan persembahan Medley of Mimes dan diteruskan dengan teater Asylum. Pada malamnya pula, Monolog Tok Janggut dan Teater Miao-Miao sang Arnab mengambil alih pentas untuk membuat persembahan. Auditorium pada malam itu juga diserikan lagi dengan kehadiran Rektor UTP, Dato' Dr Zainal Abidin Hj. Kasim yang sempat meluangkan masa untuk menonton persembahan terakhir di Taman Budaya Kuala Lumpur.
Rata-rata penonton berpuas hati dengan semua persembahan yang telah dipersembahkan ini. Terdapat juga beberapa kritikan yang diterima untuk memperbaiki beberapa kelemahan dalam teater ini. Kami akan mengambil kira kritikan ini dan dan akan memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada.
Berikut adalah beberapa gambar komen penonton:
(Klik untuk paparan yang lebih besar)
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi Rumah Budi Mulia Nurul Huda, Chemor disamping untuk mempromosikan seni dan kebudayaan melalui persembahan teater. Program ini turut dijayakan atas tajaan bersama Universiti Teknologi PETRONAS, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Taman Budaya Perak dan Taman Budaya Kuala Lumpur.
Kami daripada Tronoh Theatre Shop mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang perjalanan program ini. Kami juga amat berterima kasih kepada semua penoton yang sudi datang untuk menonoton teater kami di semua lokasi.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Khairul Anwar B. Abd. Samad
p/s: Gambar-gambar persembahan akan dipaparkan dalam masa terdekat. Harap bersabar :) Tweet
11 kritikan :
sematlah daus, terima kasih atas usaha anda untuk mengupdate......
berterima kasihlah kat Nuar yang menyediakan teks di atas. aku cuma edit & taruk gambar je..hehe..
terima kasih kepada semua orang
yeay
family aku tnggal comments~
tiga hari seribu memori :)
sematlah! dah update2! mari2 org kg komen2!
sudah pasti aku akan jadikan gambar dgn rektor tu sebagai wallpaper laptop aku.
eh aku silap comment ni.
gmbr dgn rektor tu kat blog half je eh,,,
tahniah & terima kasih kepada semua
satu kisah perjalanan yang sangat menarik!
assalamaualaikum
saya Nusaybah binti Mohd Asri dari KPMIM, telah membawa rombongan dari Kuantan untuk menonton 'Asylum'. Saya amt berharap untuk melihat gambar yang diambil beramai-ramai setelah persembahan tamat dimuatkan di dalam blog ini.
penuhilah harapan saya ini
hehehehehehehe ;p
Post a Comment