Latar Belakang TTS

Saturday, July 26, 2008


Tronoh Theatre Shop (TTS) telah ditubuhkan pada 2002 dan telah menyertai Festival Teater Perak sejak 2003. TTS setakat ini telah mementaskan teater karya Dr Shark; Asylum, Cinta Sang Arnab, Miao Miao Sang Arnab, Hmm…Begitu Panasnya!!, Qum, Transit, Panggilan Maut, dan Sampah Oh Sampah. TTS juga pernah mementaskan karya dari penulis luar seperti Sasau karya Hashim Yassin dan Jebat karya Hatta Azad Khan. TTS telah diundang untuk pementasan MAKUM 2004 dan mementaskan sekurang-kurangnya lima teater setahun. TTS juga pernah mementaskan teater yang berunsurkan Islam sempena Pembebasan Palestin anjuran JIM di Taiping dan Pulau Pinang, persembahan Minggu As-Sunnah, Negeri Perlis dan persembahan di Kolej Matrikulasi Gopeng. TTS telah memenangi beberapa anugerah Festival Teater Perak: Asylum (2003), Miao Miao Sang Arnab (2004), Hmm…Begitu Panasnya!! (2005) dan Asylum 50 (2007).

0 kritikan :