Pementasan TAQDIR

Wednesday, September 17, 2008

Tronoh Theatre Shop (TTS) akan menyertai "Values for the Nation - An Intervarsity Human Values Based Drama Competition" - iaitu sebuah pertandingan drama/teater/sketsa/mime/muzikal dan apa bentuk persembahan sekalipun yang bertemakan Nilai-nilai Kemanusiaan. Program yang penuh bermanfaat ini dianjurkan oleh The Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia (SSBCCM) dan pertandingan tersebut akan diadakan pada:




Tarikh: 19 Oktober 2008 (Ahad)

Tempat: Universiti Malaya (tempat yang lebih spesifik akan diumumkan kemudian)

Masa: Akan diumumkan



TTS akan membuat persembahan yang berjudul "TAQDIR". Sebuah skrip baru karya Dr Shark dan juga Syafiq Effendi Faliq. Persembahan kali ini adalah suatu yang baru dan berlainan bagi pihak TTS kerana menampilkan pelakon berbangsa Melayu, Cina dan India.



Judul: TAQDIR
Karya: Dr. Shark & Syafiq Effendi Faliq
Arahan: Dr. Shark & Syafiq Effendi Faliq

Sinopsis:

Suatu masa dahulu, Maria tiada pilihan lain. Dia terpaksa melahirkan kandungannya demi nyawa seorang bayi walaupun dia tersepit dan tidak diterima. Namun dia tiada upaya untuk menjaga bayi itu kerana dirinya yang masih muda. Akhirnya Maria menyerahkan bayi tersebut kepada Munah.
Kini, Munah sudah berusia. Tetapi anaknya Mazlan semakin hari semakin tidak menghormati ibunya itu. Nasihat-nasihat daripada adik Mazlan, Asiah pun tidak diendahkan. Akhirnya, Munah sudah tidak berdaya untuk berbuat apa-apa terhadap perangai Mazlan yang semakin hari semakin teruk.
Malang tidak berbau. Mazlan dan rakan-rakannya kemalangan teruk sewaktu dalam perjalanan ke konsert. Pada waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang mampu menyelamatkannya. Jika dia terselamat sekalipun, dia akan lumpuh seumur hidup. Apakah nasib hidup Mazlan?

Dalam situasi yang sukar itu, TAQDIR telah menemukan Maria dengan Munah. Apakah Maria masih berpeluang bercakap dengan anak kandungnya? Apakah anaknya itu mampu menerima Maria?


Dilakonkan oleh: Aini, Syafiq, Atol, Xiao Ci, Ermie, Murthi, Timmy



Saksikan TTS di dalam TAQDIR.
(Hanya di UM)

0 kritikan :