JEBAT Akan Datang!

Monday, May 25, 2009

[Klik poster untuk besarkan]


Sinopsis "Jebat":

“Jebat” membawa konotasi pertembungan antara baik dan buruk. Teater ini memaparkan kisah rakyat yang terpaksa melalui kehidupan sukar dan bagaimana Jebat berjuang membela penindasan yang telah dilakukan oleh pihak atasan ke atas rakyat yang dihimpit kemiskinan dan inflasi. Harta kerajaan di pulangkan kepada rakyat yang berhak. Tuah yang sudah leka dengan kemewahan sehingga membuat “onar” yang tak dapat diterima oleh pihak atasan telah di arah bunuh. Jebat kemudiannya mengambil alih tempat Tuah, mempergunakan kedudukan yang diwarisinya untuk memporak-perandakan “kerajaan” pihak atasan dengan membongkar segala kejahatan mereka. Jebat yang tekad dalam perjuangannya membela rakyat akhirnya tertipu dengan segala janji manis pihak atasan dan dibunuh juga akhirnya. Jebat mati dibunuh oleh Tuah yang telah leka dengan segala kemewahan yang di “suap” oleh pihak atasan. Tetapi mereka terlupa, matinya Jebat tidak akan dapat menghilangkan nilai kebaikan yang dibawa bersamanya. Kematian Jebat yang disangkakan akan membendung sesiapa yang ingin menjebatkan diri menjadi satu khayalan apabila Dang Wangi melahirkan anak Jebat.....suatu sinar baru muncul, yang diharap akan dapat meneruskan perjuangan Jebat.

Produksi: Tronoh Theatre Shop, UTP

Judul: Jebat
Karya: Hatta Azad Khan
Pengarah: Ainifadhilah Mahayuddin
Penolong Pengarah: Syafiq Faliq Alfan
Pengurus Pentas: Mohd Syafiq Abdul Rahman
Penata Cahaya: Muhammad Hanif Alias
Penata Audio/Video: Mohd Hafiz Jalaluddin
Make-up: Muhamad Mad Haris
Props/Kostum/Logistik: Muhammad Iqbal Ismail, Nor Hidayah Khalid, Syaida Hazira Ramli


Barisan pelakon:


Nur Fauzan Nordin sebagai Hang Jebat/Doktor

Ermie Fadhullah Kassim sebagai Hang Tuah

Ainifadhilah Mahayuddin sebagai Pencerita

Nurnatasha Ayub Zamri sebagai Dang Wangi/Jururawat

Syafiq Faliq Alfan sebagai Sultan

Khairul Anwar Abdul Samad sebagai Dato' Bendahara

Khairil Nizam Mohamad Darus sebagai Datuk

Ahmad Aizuddin Mohd Amran sebagai Orang Kaya I

Muhammad Nur Azizi Abdul Aziz sebagai Orang Kaya II

Muhd Firdaus Abdul Razak sebagai Orang Kaya III

Asyraf Maskan sebagai Orang Kampung I/Lelaki I

Mohd Zul Izzi Ahmad sebagai Orang Kampung II/Pemuda I

Asyraf Nazmie Abdul Halim sebagai Orang Kampung III/Pemuda II

Amiratul Husna Jamaluddin sebagai Perempuan

Timmy Ong sebagai Lelaki III

Nik Ahmad Aiman Nik Kamaluddin sebagai Pengamuk/Lelaki II




Anda semua dijemput menyaksikan JEBAT beraksi di auditorium Taman Budaya Perak, Ipoh pada tarikh dan masa yang tertera di poster.

Jumpa anda di sana!

8 kritikan :

Anwar Samad said...
This comment has been removed by the author.
Anwar Samad said...

narrator tuh pencerita..
ashraf nazmie tuh org kampung 3..

semoga semua orang berjaya!!!

LoNeRaNgerSpEaK said...

All the besh!

Asyraf Maskan said...

semoga berjaya!

Asyraf Maskan said...

haa ... footer kt poster ni pun aku suke

aini said...

ye...semoga Allah permudahkan segala urusan kite sepanjang FTP nih

Akin Muhammad said...

aku rasa ada pelakon yang double role kan?

sapa ya? mahu update post ini

TQ

aini said...

fauzan - jebat, doktor
tasha - dang wangi, jururawat
acab - lelaki 1
nik - lelaki 2, pengamuk
timmy - lelaki 3
izzi - pemuda 1
ash - pemuda 2