Produksi teater KERUSI ini terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang menuntut dalam pelbagai jurusan kejuruteraan dan juga teknologi maklumat.
Namun begitu ia tidak menghalang mereka daripada bergiat aktif dalam bidang seni persembahan. Ini bertepatan dengan visi dan misi UTP dalam melahirkan graduan yang serba boleh. Pengarah teater ini adalah Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty atau lebih dikenali sebagai Dr. Shark yang merupakan pensyarah kejuruteraan awam di UTP. Hasil tunjuk ajar dan arahan beliau, pementasan teater ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, beberapa orang staf UTP yang lain iaitu En Ahmad PG Abdullah, En Muhammad Md Haris, dan En Rahmat Iskandar juga turut menjadi tulang belakang pementasan ini.
Komen Dr Shark, "The whole show was entertaining and superb. The most enjoyable character is Srisegala". En. Ahmad PG Abdullah pula berkata yang dia berbangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pelakon dan tenaga produksi KERUSI. Dia juga menambah bahawa persembahan 'mime' boleh dibawa pergi lebih jauh dengan mempelbagaikan lagi sketsa selain yang sedia ada.
Berikut pula ada komen-komen para penonton yang hadir:
Malam 1:
Tahniah, perlu komitmen yang tinggi pada masa hadapan
Excellent
Syabas, penuh unsur kehidupan
Congratulations Dr Shark & team. The play was great! - SRAH, Ipoh
Best

Nice one
Good job
7/10
Srisegala hebat
WOW!!!
Suatu permulaan yang baik untuk persembahan teater eksperimental
Tahniah, buat lagi
Good job. Teruskan usaha.
Seorang alumni TTS, Lutfi sempat memberi komen:
make up + prop bagus
effort bagus, work out on laughter
maybe can add character variation for Tuta-tuta
technical bagus
well done for the team

Malam 2:
Jatuh, utuh, runtuh
kenapa perlu?
Teater yang menarik. Bawalah ke MAKUM kalau boleh atau masuk ke Festival Teater Malaysia pun layak sangat.
Srisegala hebat!
Overall OK kot, tapi energy tak maintain - Purbakala Records
Panjangkan babak lagi bagus. Blocking ada yang perlu diperbaiki. - MEGAT
Lighting bagus! - BBP
I like it. Saya nak lagi.
Jangan lama tinggalkan kerusi, nanti orang ambil alih.
Persembahan bagus. Sayang, penonton kurang. Galakkan pelajar sekolah. Pasti ramai.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pementasan teater KERUSI ini. Semoga bidang teater akan lebih bersinar di tanah air kita pada masa akan datang.

8 comments:
tahniah untuk semua yg terlibat!!! semoga kita semua makin maju~
sape suh g JJ
nasib baik Doc tak perasan ko curi2 amek suar. eh. dah name pun curi2 kan. mestilah org tak perasan.
nsb baik doc xbace komen2 ni..
hahahhaha....
nasib baik dia tahu bukak blog ni tapi tak tahu ada komen. haha
.............
memang korang selalu benasib bek.. mcm shin chan
Tempahan T-Shirt KERANDA 152
Informasi t-shirt :
* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.
T-shirt warna putih
* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
T-shirt warna hitam
* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Kos biaya hantar
* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)
Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)
Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...
Tarikh akhir tempahan : 04 Februari 2009 (Rabu)
T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009 (Khamis)
http://lantera-jiwa.blogspot.com
Post a Comment