Sinopsis
Tok Janggut
Tok Janggut atau nama sebenarnya Mat Hassan Panglima Munas dilahirkan di Kampung Saring, Daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Bapanya berkhidmat sebagai paglima istana dan dia dibesarkan di Istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Beliau mendapat pendidikan agama di Mekah dan Patani.
Penentangan bermula apabila termerainya Perjanjian Bangkok antara Siam dan pihak British dimana Negeri Kelantan diletakkan dibawah kuasa British. Kehadiran pegawai British dari Singapura Abdul Latif yang dilantik menjadi Ketua Daerah Pasir Putih juga tidak disenangi kerana telah mengenakan pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat. Sokongan kerajaan Kelantan yang memihak kepada British mengecewakan Tok Janggut kerana membelakangi seruan jihad dari fatwa Sheikhul Islam dari Kerajaan Turki uthmaniah yang pada ketika itu sedang berperang dengan pihak British. Fatwa ini telah mewajibkan umat Islam menentang
pihak British telah menguatkan lagi tentangan Tok Janggut terhadap British.
Strategi Tok Janggut untuk menentang British telah diketahui oleh pihak Britisha dan cubaan untuk menangkap Tok janggut menemui kegagalan. Tok janggut kemudian menawan Pasir Putih dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, Ungku
Besar Jeram sebagai Raja. walaupun rundingan antara Tok Janggut dan kerajaan telah diadakan, pihak British telah menasihati Sultan Kelantan untuk menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.
Kemudian berlaku tentangan hebat antara pasukan Tok Janggut dan tentera British dan Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya yang lain. Mayatnya kemudian diarak ke Kota Bharu dan digantung di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.
Rujukan:
Helmee Hj Ibrahim (2007) Merdeka 2007, Pejuang Kemerdekaan, Tok Janggut, UTM, dipetik pada 25 Mei 2009,
http://www.ctl.utm.my/merdeka/
***
Produksi: Tronoh Theatre Shop, UTP
Judul: Tok Janggut
Karya: Norlina Alfan (Salju Putih) & Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr Shark)
Pengarah: Dr Shark
Pengurus Pentas: Syakir Saniy Johani
Penata Cahaya: Syakir Saniy Johani
Penata Audio/Video: Aisyah Naemah Mustafar
Monolog lakonan: Dr Shark
Kisah perjuangan Tok Janggut kini dihidupkan kembali dan diberi nafas baru. Rasai sendiri perit getir perjuangan Tok Janggut di auditorium Taman Budaya Perak, Ipoh pada tarikh dan masa yang tertera di poster.
Jumpa anda semua di sana! Tweet
7 kritikan :
semoga berjaya doc!
aku suke footer kt poster tuh mnarekk!!
tapi ada spelling error kat 'of' tu suppose 'or by any mean..
Tok Janggut terbaekk
semoga berjaya datuk janggut~
sorry doc, saya kat Johor time tu.. moga berjaya~
syakir, dan esah, bertabah la ye.. hahah
aku pun terpaksa balik semula ke KL 6 hb sebab mak ayah datang KL
sorry doc tak dapat nonton dan for sure tak dapat buat kritik untuk you.
tapi, tak apa, sebab saya dapat tengok lagi di peringkat Malaysia pula
Post a Comment