Pada Selasa, 9 Februari 2010 bertempat di Dewan Canselor UTP, Tronoh Theatre Shop telah berjaya mementaskan sebuah teater bertajuk "Belenggu 50" bersempena dengan majlis perasmian Heart For Islam. Teater yang telah diadaptasikan oleh Akin Muhammad (ahli TTS) daripada karya Dinsman bertajuk "Menunggu Kata Dari Tuhan" tersebut juga telah dipentaskan selama 30 minit. "Belenggu 50" menceritakan kisah seorang sahabat Nabi bernama Ka'ab Bin Malik yang enggan pergi berperang bersama Rasulullah S.A.W. Dia kemudian dipulau oleh masyarakat Arab dan akhirnya menjadi insaf dan menyesal atas perbuatannya.
Bayangan Ka'ab Bin Malik yang dibawakan oleh Daus di permulaan cerita
Watak Ka'ab Bin Malik oleh Khairil
Ka'ab Bin Malik yang enggan pergi berperang
Sahabat-sahabat Nabi yang dilakonkan oleh Acap, Ash, dan Nik
Watak Petani Syam yang dilakonlah oleh Hisam
Babak Ka'ab Bin Malik bersama isterinya yang dilakonkan oleh Amiratul
Ahli baru TTS, Anis yang melakonkan watak isteri Hilal Bin Murarah
Ka'ab Bin Malik mula resah apabila dipulau masyarakat
Detik keinsafan
Bayangan Ka'ab Bin Malik di pengakhiran cerita
Akhir sekali, Tronoh Theatre Shop ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa Heart For Islam kerana menjemput kami membuat pementasan pada malam itu. Tidak lupa juga kepada Medtech yang telah membantu kami sepanjang pementasan tersebut. Kami berharap dapat bekerjasama lagi bersama anda semua di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
13 kritikan :
perghhh.. ramai giler ustat2 lebai2..
superb. May TTS achieve higher...
gambar berdoa beramai-ramai dah mcm cover album nasyid. nik sbg lead vocalist haha
ramai yg puji... tahniah..
ada gak yg terpesona dgn suara voiceover tu.. wiwit
=P
nak tengok...ade rakam ka?
aku ada rakam tapi low quality
TTS untuk MIS?? wah!
MIS stands for Malam Inspirasi Seni kan? npe tak serapkan seni teater jgk..heheheheh
First time I tgk lakonan korang jadi insaf tapi lepas tu gi mapley semua sifat keTTSian terserlah...hahahaha! Syabas, Antara Teater Terbaik Tahun 2010 Set Simple dengan latar belakang 2 skrin besar very impactful, pakaian Atul n Anis kelasss sangat superb sejuk bila tengok! Boleh jadi isteri mithali...
hoho. exaggerate tu che mad. tapi tak dinafikan juga tanpa disedari dua skrin putih itu jadi set yang membantu.
Adaptasi Menunggu Kata Dari Tuhan adakah mendapat kebenaran dari Dinsman?
Atau tak perlu kebenaran kalau buat adaptasi?
Sila semak dan pastikan.
Bukan apa, Dinsman adalah penulis yang kuat memperjuangkan agar tiap kali skripnya digunapakai, perlulah dibayar royalti.
seharusnya Belenggu 50 diertikatakan sebagai 'diilhamkan/diinspirasikan oleh Menunggu Kata Dari Tuhan', bukan 'diadaptasikan' kerana penganjur yang menjemput kami buat show telah tetapkan dan mahukan cerita tersebut.
sudah bertanya pada Dinsman tetapi tidak diizinkan dipentaskan melainkan bersamanya, jadi kami buat satu skrip yang baru berdasarkan hadis yang sama.
ulasan amatur http://krenmaut.blogspot.com/2010/02/ulasan-teater-50.html
terima kasih atas ulasan trsebut. insyaallah pada masa akan datang, semaksima mungkin akan memperbaiki segala aspek yg penting. Walau apapun, yang diharap, objektif pada malam tersebut tercapai, sekecil zarah sekali pun. Terima kasih kerana sudi hadir. :)
Post a Comment