Pengasas TTS

Saturday, July 26, 2008



Prof. Madya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr. Shark), pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), telah mula bergiat aktif dalam teater sejak 1987 di Kuala Lumpur. Beliau mula berkecimpung dalam teater sebagai pelakon dalam pementasan Atap Genting Atap Rembia (Roslina Khir), Mindstuff (Maureen Ten), Sister (Mustafa Mahidin), Wan Empuk Wan Malini (Normah Nordin), Cinta Arnab (Rajan - Panggung Negara), Macbeth (Kee Thuan Chye), Lady White Snake (Chin San Sooi), Asylum (Shamsul Rahman), Midsummer's Night Dream (Instant Cafe - Jo Kukathas), Mahkamah Keadilan (Normah Nordin - Panggung Negara), Bakai (Uwei - Panggung Negara), Titian (Normah Nordin) dan beberapa persembahan “mime” (Soo San).  

Dr. Shark pernah mendapat tunjuk ajar berteater menerusi pengalamannya berlakon di bawah pengarah-pengarah “tersohor” Malaysia saperti Normah Nordin, Kee Thuan Chye, Jo Kukathas, Mano Maniam, Thor Kah Hong, Chin San Sooi, Fauziah Nawi, Joe Hasham, Faridah Merican, Uwei dan beberapa pengarah yang lain.   

Dari pengalaman beliau menerusi kumpulan teater Centre Stage, Instant Café, Five Arts Centre dan Actor’s Studio, kumpulan Gest Shop yang ditubuhkan bersama rakan-rakannya muncul memenangi Pekan Teater Kuala Lumpur dengan skrip beliau berjudul “Cinta Sang Arnab”. Antara anugerah yang berjaya dirangkul ialah hadiah Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik. “Cinta Sang Arnab” karya Dr. Shark kemudiannya diangkat oleh Panggung Negara sebagai persembahan bulanan pada tahun 1992. 

Selain itu, beliau telah mengarah beberapa naskhah teater dan pernah memenangi beberapa anugerah teater Festival Teater Selangor dalam SAWO (1991), dan Kerusi (1992), Festival Teater Matrikulasi (Asylum) dan Festival Teater Kuala Lumpur (Cinta Sang Arnab).  Beliau adalah pengasas kumpulan teater Play-Play-n-Play di PPP, ITM dan Tronoh Theatre Shop (TTS) di UTP.  

Semasa melanjutkan pelajaran di USA beliau telah juga mendalami teater improvisasi Boahl, “mime”, “mask” dan “stage combat” di Memphis USA. Beliau pernah membuat beberapa persembahan mime dan teater Boahl di beberapa lokasi di USA. Selain itu, beliau juga telah mengarah hasil karyanya sendiri yang lain seperti Hmm...Begitu Panasnya!, Sampah Oh Sampah, Transit, Asylum50, Taqdir (Dr. Shark & Sefa), Cinta Sang Arnab (Cinta Arnab), Miao-Miao Sang Arnab, Panggilan Maut, “The Awaited” , Tok Janggut (Dr. Shark & Salju Putih) dan Qum!

5 kritikan :

Unknown said...

nice pic... mmg berciri2 teater. hehehe... cdgn: boleh juga wat summary dlm point form cthnya tarikh/tmpt lahir, lulusan, pekerjaan, mula bergiat teater, teater2 yg pernah berlakon, teater2 yg pernah direct, karya2 teater, pencapaian, watak2 yg pernah di pegang, etc. boleh juga ltk skrip2 karya dlm web ini kalu ingin dikongsi

Akin Muhammad said...

cadangan akan dipertimbangkan untuk kejayaan dan kemajuan ummat

Half said...

yaaa....
saya sokong~!

OoizzioO said...

Hu3
Bagus ada mcm ini
Senang wat promotion
If ada show luar pun senang nak promote
Nice job!
Dr Shark nampak "Jambu"!ty

Hilmi said...

aahh... terharu to read that you guys mentioned Play Play N Play... keep up the excellent work, guys!

Polis/Mamak Bendahara
PPP '94-97