Bangsawan Tuah Hang Jebat review

Sunday, April 18, 2010

Well Done! Tahniah! Superb Show!

Itulah perkataan-perkataan yang dapat menggambarkan kejayaan pementasan Bangsawan Tuah Hang Jebat pada 10 & 11 April yang lalu. Kehadiran penonton yang di luar jangkaan telah membuktikan bahawa populariti TTS semakin meningkat di kalangan pelajar UTP dan juga penggemar-penggemar teater tempatan. Kedua-dua malam telah mencatat kehadiran 'full house'! Walaupun tempat duduk yang disediakan tidak mencukupi, masih ada sebilangan penonton yang sanggup duduk di atas lantai panggung bagi menyaksikan persembahan kami.


Jumlah keseluruhan penonton yg hadir pada kedua-dua malam adalah 690 orang. Jumlah penonton yang paling ramai pernah kami terima. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai pelajar UTP dan penduduk kawasan sekeliling sedar tentang pementasan teater. Kami rasa sungguh berbesar hati dengan pencapaian ini.

VIP yang hadir pada malam pertama adalah En. Rashid, wakil dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan ditemani isteri beliau. Turut juga hadir adalah wakil dari Taman Budaya Perak, En. Zul; dan A Raman Aminuddin, Yang Dipertua Majlis Teater Perak. Pada hari kedua, kami menerima kunjungan dari Rector UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin. TTS amat berbesar hati dengan kunjungan tersebut.

Kami juga menerima kunjungan dari Politeknik Adzlan Shah, UiTM Seri Iskandar, .... Terima kasih kerana kesudian anda semua untuk hadir menonton Bangsawan Tuah Hang Jebat.

Persembahan dimulakan dengan Tokey Panggung memanggil masuk semua penonton masuk ke dewan. Kemudian dimulakan dengan 1 persembahan (10 minit) oleh The Qum Actors (TQA) dengan teater pendek yang bertajuk "Nasi Lemak 10 Sen" karya Akin Muhammad. Selesai persembahan dari TQA, Bangsawan Tuah Hang Jebat dimulakan dengan babak pertama berlatar belakangkan sebuah gua. Para penonton terus kagum sejurus melihat backdrop gua tersebut.

Diselangi pula persembahan nyanyian oleh Naim dan Syafril bertajuk "Seloka Cak Kun Cak" dan "Mentera Semerah Padi"dan tarian dari UTP performing Art Group (UPAG). Babak kedua bersambung dengan latar belakang Balairong Seri (Istana). Extra turn kedua menampilkan nyanyian oleh Naim dengan tajuk "Lancang Kuning" dan aksi Mime oleh TTS Mimers [Half, Acab, Ammar B] yang bertajuk "Cincai Fighting".

Babak ketiga pula berlatar belakangkan bilik tidur permaisuri. Untuk extra turn yang seterusnya adalah sebuah persembahan solo mime oleh Half yang bertajuk "Half Stuck" dibantu oleh Acab dan Ammar B.

Babak keempat pula bertempat di kawasan kampung. Nyanyian oleh Naim dengan tajuk "Mas Merah" diselitkan untuk extra turn keempat. Babak kelima, bertempat di rumah Datuk Bendahara. Extra turn yang terakhir pula adalah sebuah nyanyian dendangan Syafril dengan lagu syahdu "Patah Hati". Babak terakhir Bangsawan Tuah Hang Jebat adalah berlatar belakangkan Istana Melaka.

Babak terakhir telah berjaya membuat penonton berasa sedih dengan kematian Jebat di tangan Tuah. Berserta dengan lagu latar belakang yang sesuai, ditambah pula dengan nyanyian oleh Tuah, ramai yang menitiskan air mata. Babak terakhir berjaya memberi kesan yang mendalam terhadap penonton.

Syabas sekali lagi kepada crew yang telah menjayakan Bangsawan Tuah Hang Jebat ini. Semoga TTS terus memberi yang terbaik kepada para peminat. Teruskan menyokong TTS dan industri teater tempatan.


Bergambar bersama Rector UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin B. Hj Kasim, Virtuoso UTP, Ensemble In G, Kamal Sabran dan Ibrisam, dan ITMS (Sallehan dan Khairul)

Cast & Crew bergambar bersama peminat


Kumpulan Virtuoso UTP yang turut menjayakan Bangsawan THJ



'Mahkota Alam'



Backdrop gua


Set dan Props untuk Balairong Seri turut mendapat pujian dari penonton






Dari kiri: Tasha (TQA), Dr. Shark (Penasihat TTS), Nisa (Tun Teja), dan
Aini (mantan Presiden TTS)

3 kritikan :

Unknown said...

Salam kepada semua,

Sebelum saya terus kepada komentar saya, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan TTS mementaskan bangsawan Tuah Hang Jebat pada 10 & 11 April yang lalu. Boleh dikatakan, perasaan teruja untuk menonton BTHJ meluap-luap kerana menjangkakan sesuatu kelainan daripada apa yang dibawa oeh TTS selama ini.

Di sini, perkara yang pertama diliht sebagai perubahan besar yang telah dilakukan adalah persediaan 'prop' dan set pentas. Prop BTHJ boleh dikatakan 'elaborate' dan mampu memberikan suasana atau 'ambience' di dalam setiap suatu babak. Terdapat banyak 'details' yang dibuat sememangnya memberikan persepsi 'expensive' bg persembahan seperti ini. Saya rasa kualiti 'prop' dan set pentas yang disediakan adalah setara dengan keperluan di dalam persembahan tersebut.

Untuk pakaian pelakon-pelakon, adalah lebih kemas dan menarik di dalam BTHJ.'Details' seperti pakaian Tun Teja di bilik beradu
sangat sesuai dan dilihat sebagai 'sensual'. Walaupun begitu, mungkin pakaian untuk sultan perlulah lebih 'avant garde', dan nampak lebih mahal daripada yang sekalian ada di atas pentas, untuk menunjukkan kelebihan Sultan berbanding yang lain.

Berkenaan dengan 'makeup' pula, saya berasa ada kekurangan, kerana ada sesetengah pelakon, kematangan yang cuba ditampilkan dengan misai janggut nampak seperti teater kanak-kanak kerana jelas seperti dilukis bukan nya semula jadi . Mungkin, perincian untuk 'make up' boleh diberikan lebih perhatian, supaya persembahan nampak lebih menarik dan asli.

Seterusnya, 'casting' pelakon juga sangat penting untuk jalan cerita seperti BTHJ. Sekali imbas, BTHJ mungkin bermasalah dari segi pemilihan pelakon, kerana ada pelakon tertentu nampak terlalu 'innocent' untuk membawakan watak yang matang. Postur badan juga satu perkara yang perlu diberi penekanan, kerana watak-watak cerita ini adalah pahlawan-pahlawan yang sepatutnya mempunyai cara jalan, cara berdiri, dsb yang tegap, dan gagah. Kemudian, faktor fizikal yang juga perlu diambil perhatian, dengan memastikan kesesuaian antara watak, supaya tidak nampak perbezaan ketara kecuali, terdapat 'wow-factor' bagi pelakon yang mungkin kekurangan dari segi ketinggian dsb.

Dari segi mutu lakonan, saya percaya ada sesetengah pelakon yang betul-betul menjiwai watak yang dilakonkan sehingga menyebabkan penonton menjadi resah, sedih, malahan tidak keruan, tetapi, disebabkan oleh tiada kesinambungan antara watak-watak tersebut, maka perasaan atau emosi itu mati. Pelakon-pelakon yang baru juga perlu berlatih dengan lebih gigih lagi dalam 'vocal projection'. Mungkin latihan telah dibuat, tetapi adakah kualiti vokal tersebut mencapai tahap yang sepatutnya, itu yang perlu diberi perhatian. Saya percaya, jika semua watak (tak kira kecil atau besar) dapat menyampaikan cerita dengan baik, berlakon dengan emosi yang tepat,pasti akan menjadikan cerita ini lebih berkesan ke dalam jiwa penonton. -bersambung

Unknown said...

-sambungan-

Untuk aspek teknikal, BTHJ mempunyai pasukan teknikal yang terbaik, penataan cahaya yang sungguh menarik, menambahkan unsur-unsur mistik, gabungan runut bunyi yang pelbagai juga menjadikan persembahan ini lebih daripada yang biasa. Cuma koordinasi penataan muzik perlu diperkemaskan lagi kerana tampak kurang bersedia di sesetengah babak. Tetapi persembahan 'live' untuk muzik adalah memang menarik.

Yang terakhir, jalan cerita BTHJ, mungkin kurang unsur-unsur 'surprise' tetapi, saya sangat suka dengan unsur-unsur islamik yang cuba disampaikan di dalam skrip BTHJ yang memberikan satu perspektif baru dalam pemahaman skrip cerita penglipurlara atau berbentuk hikayat seperti BTHJ. Mungkin skrip tersebut boleh diperhalusi dan diperbaiki untuk persembahan akan datang.

Secara keseluruhan, saya berpuashati dengan persembahan BTHJ, cuma perlu lebih menfokuskan kepada mutu lakonan yang saya lihat
sepatutnya lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini. Tahniah sekali lagi kepada semua ahli produksi BTHJ, dan juga kepada Tuan Pengarah kerana berjaya mempersembahkan BTHJ dengan jayanya. Semoga TTS akan terus dinamik dan sentiasa meningkatkan prestasi untuk persembahan akan datang. Terima kasih.

GEMALAGEMILAGEMULA

miSs eNgiNeeR said...

mmg best!!!! TTS actor n actress mmg very2 talented, plus with the TTS team...since the 1st time sy tgk teater by TTS,i started to like teater...thanks TTS :)