Pasca pementasan teater BUKAN CERITA PALESTIN

Wednesday, February 25, 2009



22 Februari 2009 (Ahad) - Tronoh Theatre Shop (TTS) telah membuka tirai pementasan pada tahun ini dengan sebuah produksi amal yang bertujuan untuk mengutip sumbangan orang ramai melalui hasil jualan tiket dan menyalurkannya kepada tabung Aman Palestin.

Teater yang telah dipentaskan berjudul "Bukan Cerita Palestin (BCP)", sebuah naskhah baru daripada salah seorang ahli TTS sendiri iaitu Syafiq "Effendi" Faliq bin Alfan (SEFA) yang turut menjadi pengarah teater ini. Teater tersebut secara amnya bergenre absurd dan memuatkan pelbagai isu semasa berkaitan dengan kekacauan di Palestin, khususnya. Namun begitu, mesej yang disampaikan oleh teater BCP ini berlapiskan simbolik, metafora dan juga sindiran yang perlu dihayati supaya mesej tersebut dapat menyerap ke dalam minda dan jiwa sesiapa yang menontonnya.


Malam pementasan itu turut dimeriahkan lagi dengan dua persembahan sampingan iaitu nasyid dan monolog berkumpulan. Kumpulan In-Saff yang merupakan Juara Malam Inspirasi Seni 2007 dan Naib Juara pada tahun 2008 telah mendendangkan dua buah lagu berjudul "Destinasi Cinta" dan "Damai Yang Hilang" yang masing-masing telah dipopularkan oleh kumpulan Mestica dan Now See Heart. Alunan suara yang merdu dan harmoni daripada In-Saff telah memukau seluruh penonton sambil menghayati mesej yang terkandung di sebalik lirik lagu yang dinyanyikan.



Monolog berkumpulan pula telah dilakonkan oleh pelakon TTS sendiri iaitu Fauzan Nordin, Ainifadhilah, Zul Izzi dan Timmy Ong. Naskhah yang dilakonkan adalah hasil karya Akin Muhammad berjudul "Suka-Paksa-Rela-Wan".



TTS amat berbesar hati kerana berjaya mengutip sebanyak lebih kurang RM 1,100 hasil dari jualan tiket dan juga sumbangan warga UTP sewaktu roadshow tempoh hari. Seluruh hasil tersebut akan disalurkan terus kepada tabung Aman Palestin melalui wakilnya di UTP.



Kami berharap agar usaha pementasan amal pada malam itu sedikit sebanyak akan membantu kesengsaraan rakyat Palestin dan semoga usaha kami ini diberkati dan diredhai.

3 kritikan :

jebat said...

orang monolok: gambar kami?
orang in-sap: kami nak gambar jugak
orang tech: kami jugak

ha ha ha

nice perfomance
needs improvement
semoga berjaya sentiasa

Akin Muhammad said...

@jebat: persembahan 'filler' tak ada gambar! hahahaha!

lanterajiwa said...

salam... tumpang promo tee-shirt ya... =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html