Akan Datang: Teater Tuah Hang Jebat!

Friday, April 23, 2010



Berita baik buat semua peminat dan penyokong TTS! Berbekalkan kejayaan cemerlang Bangsawan Tuah Hang Jebat yang dipentaskan pada 10 & 11 April yang lalu, kami akan membawa pula karya Dr. Shark, Tuah Hang Jebat ke Taman Budaya Kuala Lumpur. Cuma kali ini akan dipentaskan sebagai teater dan bukan lagi bangsawan. Namun kami akan tetap menjanjikan persembahan yang sama hebat mahupun lebih hebat!

Kami juga akan turut menampilkan The Qum Actors dengan persembahan teater pendek berjudul "Nasi Lemak 10 Sen", karya Akin yang telah memenangi hadiah saguhati dalam 2nd Kaki Script Writing Competition by KakiSeni.com.




Tarikh: 16 & 17 Jun 2010
Tempat: Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur
Masa: 8.30 malam
Tiket: RM10


Maklumat lanjut:
Atul - 0125716409
Asyraf - 0177719427
Email: tts.utp@gmail.com



Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan kami. Kami menantikan kehadiran anda di sana!


Bangsawan Tuah Hang Jebat review

Sunday, April 18, 2010

Well Done! Tahniah! Superb Show!

Itulah perkataan-perkataan yang dapat menggambarkan kejayaan pementasan Bangsawan Tuah Hang Jebat pada 10 & 11 April yang lalu. Kehadiran penonton yang di luar jangkaan telah membuktikan bahawa populariti TTS semakin meningkat di kalangan pelajar UTP dan juga penggemar-penggemar teater tempatan. Kedua-dua malam telah mencatat kehadiran 'full house'! Walaupun tempat duduk yang disediakan tidak mencukupi, masih ada sebilangan penonton yang sanggup duduk di atas lantai panggung bagi menyaksikan persembahan kami.


Jumlah keseluruhan penonton yg hadir pada kedua-dua malam adalah 690 orang. Jumlah penonton yang paling ramai pernah kami terima. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai pelajar UTP dan penduduk kawasan sekeliling sedar tentang pementasan teater. Kami rasa sungguh berbesar hati dengan pencapaian ini.

VIP yang hadir pada malam pertama adalah En. Rashid, wakil dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan ditemani isteri beliau. Turut juga hadir adalah wakil dari Taman Budaya Perak, En. Zul; dan A Raman Aminuddin, Yang Dipertua Majlis Teater Perak. Pada hari kedua, kami menerima kunjungan dari Rector UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin. TTS amat berbesar hati dengan kunjungan tersebut.

Kami juga menerima kunjungan dari Politeknik Adzlan Shah, UiTM Seri Iskandar, .... Terima kasih kerana kesudian anda semua untuk hadir menonton Bangsawan Tuah Hang Jebat.

Persembahan dimulakan dengan Tokey Panggung memanggil masuk semua penonton masuk ke dewan. Kemudian dimulakan dengan 1 persembahan (10 minit) oleh The Qum Actors (TQA) dengan teater pendek yang bertajuk "Nasi Lemak 10 Sen" karya Akin Muhammad. Selesai persembahan dari TQA, Bangsawan Tuah Hang Jebat dimulakan dengan babak pertama berlatar belakangkan sebuah gua. Para penonton terus kagum sejurus melihat backdrop gua tersebut.

Diselangi pula persembahan nyanyian oleh Naim dan Syafril bertajuk "Seloka Cak Kun Cak" dan "Mentera Semerah Padi"dan tarian dari UTP performing Art Group (UPAG). Babak kedua bersambung dengan latar belakang Balairong Seri (Istana). Extra turn kedua menampilkan nyanyian oleh Naim dengan tajuk "Lancang Kuning" dan aksi Mime oleh TTS Mimers [Half, Acab, Ammar B] yang bertajuk "Cincai Fighting".

Babak ketiga pula berlatar belakangkan bilik tidur permaisuri. Untuk extra turn yang seterusnya adalah sebuah persembahan solo mime oleh Half yang bertajuk "Half Stuck" dibantu oleh Acab dan Ammar B.

Babak keempat pula bertempat di kawasan kampung. Nyanyian oleh Naim dengan tajuk "Mas Merah" diselitkan untuk extra turn keempat. Babak kelima, bertempat di rumah Datuk Bendahara. Extra turn yang terakhir pula adalah sebuah nyanyian dendangan Syafril dengan lagu syahdu "Patah Hati". Babak terakhir Bangsawan Tuah Hang Jebat adalah berlatar belakangkan Istana Melaka.

Babak terakhir telah berjaya membuat penonton berasa sedih dengan kematian Jebat di tangan Tuah. Berserta dengan lagu latar belakang yang sesuai, ditambah pula dengan nyanyian oleh Tuah, ramai yang menitiskan air mata. Babak terakhir berjaya memberi kesan yang mendalam terhadap penonton.

Syabas sekali lagi kepada crew yang telah menjayakan Bangsawan Tuah Hang Jebat ini. Semoga TTS terus memberi yang terbaik kepada para peminat. Teruskan menyokong TTS dan industri teater tempatan.


Bergambar bersama Rector UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin B. Hj Kasim, Virtuoso UTP, Ensemble In G, Kamal Sabran dan Ibrisam, dan ITMS (Sallehan dan Khairul)

Cast & Crew bergambar bersama peminat


Kumpulan Virtuoso UTP yang turut menjayakan Bangsawan THJ



'Mahkota Alam'



Backdrop gua


Set dan Props untuk Balairong Seri turut mendapat pujian dari penonton






Dari kiri: Tasha (TQA), Dr. Shark (Penasihat TTS), Nisa (Tun Teja), dan
Aini (mantan Presiden TTS)

Most Popular Club Award (MAKK)

Thursday, April 15, 2010


Tahniah buat TTS!

Tronoh Theatre Shop telah berjaya merangkul anugerah Most Popular Club Award bersempena Malam Anugerah Kolej Kediaman (MAKK XI) yang dianjurkan oleh Residential College Support Unit (RCSU) pada 10 April 2010 yang lalu. Pemilihan pemenang anugerah ini adalah berdasarkan laporan rasmi kelab (club report) dan juga sesi undian yang dijalankan selama sebulan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada RCSU kerana telah menganjurkan program tersebut dan juga kepada semua peminat TTS yang telah mengundi kami. Kemenangan ini bukan milik TTS semata-mata, tetapi juga buat semua peminat-peminat TTS. Terima kasih semua!


Ahli-ahli TTS bergambar bersama piala kemenangan

Preview BTHJ: Kamal Sabran

Sunday, April 4, 2010

Siapakah Kamal Sabran? Ini mungkin menjadi persoalan setiap orang yang akan menonton Bangsawan Tuah Hang Jebat (BTHJ) 10 dan 11 April nanti. TTS telah menjemput Kamal Sabran untuk berkerjasama dalam produksi BTHJ. Beliau berperanan sebagai pemuzik dan menghasilkan kesan khas bunyi untuk BTHJ nanti. Sekali lagi, siapakah Kamal Sabran?

Kamal Sabran

Kepada mereka yang pernah menonton 15 Malaysia, pasti sudah mengenali siapakah Kamal Sabran. Ya, beliau adalah direktor untuk filem pendek 15Malaysia yang bertajuk "Lumpur". Kamal berasal dari Ipoh dan telah banyak karya yang dihasilkan. Karya Terbaru beliau adalah Space Gambus Experiment "B Sides"

Dipetik daripada 15Malaysia;

"Kamal Sabran is an artist, designer and researcher. His work stands at the intersection of art, science and technology. His paintings, video art, short films, sound art and installations have been shown at art spaces and festivals domestically as well as in Indonesia and Singapore."

Marilah kita sama-sama menghayati muzik dan kesan khas bunyi yang beliau hasilkan ketika pementasan Teater Bangsawan Tuah Hang Jebat nanti. Hasilnya akan pasti 'memukau' anda!


Untuk maklumat lanjut, sila layari blog beliau: Kamal Sabran


***sumber: kamalsabran.blogspot.com, 15malaysia.com/directors/kamal-sabran/

Wapet di UTP family day

Thursday, April 1, 2010

TTS buat julung kalinya telah dijemput membuat persembahan di UTP family day pada 27hb Mac. Persembahan kali ini dilakukan secara spontan berdasarkan plot cerita yg telah dibincangkan. persembahan yg bertajuk 'Wapet' ini berkonsepkan sketsa kanak-kanak dan diadaptasi dari cerita wonderpet. 



sambutan dari kanak-kanak amat mengalakkan. beberapa adegan spontan juga sedikit sebanyak menarik minat kanak-kanak untuk turut berinteraksi dengan pelakon. persembahan kali ini dibintangi oleh Acap sebagai ayam, Ash sebagai arnab, Ammar sebagai kambing, dan penampilan khas staff UTP, en. Mad Haris sebagai harimau dalam kesusahan.