ISTANA KEADILAN
Thursday, November 3, 2016THE APAI SHOW!
Saturday, July 30, 2016


"THE APAI SHOW"
Tulisan Unknown pada 3:21 AM 0 kritikan
Label Ahad , Bahasa Malaysia , berita , budaya , Cuti , Hiburan , komedi , Perak , persembahan , petronas , Sabtu , seni , Show , Teater , TTS , universiti , UTP
CSA dan ML pada Malam Ini!
Saturday, March 21, 2015
Akhirnya hari ini telah tiba!
Cinta Sang Arnab dan Mahkamah Lorong akan dipentaskan di Multi-purpose Hall (MPH) UTP pada malam ini jam 8.45 PM. Jika anda berkesempatan, datanglah beramai-ramai untuk menyaksikannya.
Tidak ada masa pada hari ini? Jangan risau kerana kami akan mementaskannya sekali lagi pada malam esok di tempat dan waktu yang sama.
Sebelum itu, marilah menyaksikan video Di Sebalik Tabir pementasan kali ini.
Apakah perasaan anda? Datang, jangan tak datang! Tweet
Mahkamah Lorong dan Cinta Sang Arnab Hujung Minggu ini di UTP!
Thursday, March 19, 2015
![]() |
| Poster pementasan kali ini. Klik untuk besarkan. |
Cinta Sang Arnab merupakan satu karya tulisan Professor Madya Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty, atau lebih dikenali sebagai Dr Shark di kalangan peminatnya, dan pementasan ini telah diarah oleh saudara Faiz 'Apai' Mohamed, seorang veteran TTS. Pementasan ini berkisar tentang kisah perkenalan seekor arnab yang boleh berkata-kata dengan seorang wanita di ambang kegilaan akibat dikhianati lelaki yang dicintainya. Si Arnab mula memupuk perasaan sayang kepada wanita itu, tetapi adakah mungkin cinta di antara seekor binatang dan seorang wanita?
Mahkamah Lorong juga merupakan satu lagi karya Dr Shark, di mana pementasan kali adalah di bawah arahan saudara Zharfan Izzuddin, satu lagi bakat di bawah naungan TTS. Pementasan ini memaparkan kisah kehidupan sekumpulan binatang di sebuah lorong terbiar. Apabila satu jenayah buruk berlaku, haiwan-haiwan ini telah mengadakan perbicaraan ke atas salah seorang daripada mereka. Adakah penjenayah yang sebenar akan dibawa ke muka pengadilan?
Lokasi: Multi-purpose Hall, Universiti Teknologi PETRONAS.
Tarikh: 21 Mac dan 22 Mac 2015
Waktu: 8.45 PM
Tiket: RM 7.00 (dewasa) RM 5.00 (kanak-kanak)
Untuk tiket dan informasi, sila hubungi Akif di 019 7727812.
Saksikanlah pada 21 Mac dan 22 Mac 2015 ini!
Tulisan AR pada 8:02 AM 0 kritikan

