Review: Show "Merdekakah Kita?" - IW51

Thursday, August 28, 2008

27 Ogos 2008 (Rabu) - Tronoh Theatre Shop (TTS) telah menjayakan satu persembahan sketsa berjudul "Merdekakah Kita?" sempena Minggu Kemerdekaan ke-51 di Dewan Utama, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sketsa ini adalah salah satu daripada persembahan sempena Malam Apresiasi Kemerdekaan ke-51, anjuran Residential College Support Unit (RCSU).

Persembahan sketsa selama 15 minit ini mendapat respon yang amat baik daripada penonton, terutamanya tetamu kehormat pada malam itu, iaitu Mr Mohamed Noor Rosli Baharom, Director of Student Support Services.

Namun begitu, apa yang penting adalah mesej yang cuba disampaikan oleh TTS sendiri. Seluruh dewan menjadi sunyi apabila tiba babak monolog 'Anak Pungut' yang dilakonkan oleh Asyraf Maskan (Acab). Persembahan TTS tidak sah jika tiada elemen humor. Babak 'Mak Nyah' yang dilakonkan oleh Azizi telah mencuit hati para penonton. Begitu juga dengan penampilan khas Dr. Shark dihujung sketsa ini yang telah melakonkan monolog 'Terrorist In Custody' yang mana monolog ini telah dilakonkan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) untuk program "The Platform" pada Julai yang lalu.

Foto-foto:

Pengacara (Tasha) & Encik Mamat (Khairil) di dalam 'Forum Sebelum Malam Merdeka'


Jepun (Akin Muhammad) bermonolog dengan pedang Samurai


Mat Rempit (Syafiq Faliq) & Mak Nyah (Azizi) dengan monolog masing-masing


Anak Pungut (Acab) sebelum terjaga dari tidur dan bermonolog


Dr. Shark bermonolog "Terrorist in Custody" di hujung sketsa


Special Branch: SB 1 (Sultan) & SB 2 (Muhammad Md Haris) memaksa Dr. Shark minum

0 kritikan :