Takdir Menyebelahi Produksi TAQDIR

Monday, October 20, 2008

19 Oktober 2008 (Ahad) - Tronoh Theatre Shop (TTS) mempertaruhkan tenaga produksi seramai 14 orang yang terdiri daripada 8 orang pelakon dan 6 orang krew untuk menyertai Intervarsity Human Values Drama Competition anjuran Sathya Sai Baba Central Council Malaysia (SSBCCM) bertempat di Auditorium Perdanasiswa, Universiti Malaya.

Raptai untuk pertandingan tersebut berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Pada pukul 3.30 petang, acara dimulakan dengan ucapan-ucapan dan diikuti dengan persembahan koir jemputan. Selepas itu pertandingan dimulakan dengan persembahan drama dari Taylor's College yang membawa nilai-nilai seperti Menghormati Orang Tua, Cinta Pada Negara dan Jangan Berjudi. Kumpulan kedua pula adalah dari Binary College yang mempersembahkan nilai-nilai kasih sayang dalam keluarga. Dan tepat pada pukul 6 petang, Tronoh Theatre Shop (TTS) dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) mempersembahkan drama berjudul "TAQDIR" yang membawa nilai kekeluargaan dan kemanusiaan.

Selama 15 minit di atas pentas dibantu dengan teknikal, TTS berjaya mempersembahkan "TAQDIR" dengan begitu baik sekali. Tiada kesalahan teknikal yang nyata dan tiada pelakon yang terlupa atau terpotong dialog. Dari segi props dan kostum, TTS seperti biasa dengan konsep minimalism - tidak perlu props dan kostum yang banyak dan tidak perlu teknikal yang kompleks.

Program pada hari itu menjadi lebih bermakna dengan persembahan khas dari kumpulan "The Falling Leaves" yang mempersembahkan kehidupan penagih dadah dan penghidap penyakit AIDS dan HIV - sekaligus membawa nilai 'right conduct' dalam sosial. Persembahan yang unik tersebut dipersembahkan sendiri oleh bekas penagih yang sedang menjalani rawatan dan salah satu khidmat komuniti yang perlu dilalui oleh mereka.

Lebih kurang pada pukul 7.30 malam, tiba masa yang dinanti-nanti oleh semua peserta pertandingan pada hari ini. Sebelum keputusan diumumkan, semua peserta diminta untuk naik ke atas pentas. Ketua Juri, Mr Manomaniam dijemput untuk memberi komen sebelum keputusan diumumkan oleh Pengerusi Majlis.

Berikut adalah keputusan Intervarsity Human Values Drama Competition:

Pelakon Wanita Terbaik
Watak Munah
Ainifadhilah binti Mahayuddin
Tronoh Theatre Shop (TTS), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)


Pelakon Lelaki Terbaik
Watak Mazlan
Syafiq Faliq bin Alfan
Tronoh Theatre Shop (TTS), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)


Skrip Terbaik
"TAQDIR"
Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty & Syafiq Faliq bin Alfan
Tronoh Theatre Shop (TTS), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)


Persembahan Terbaik

Tempat Ketiga
Taylor's College


Naib Juara
Binary College


Juara
Tronoh Theatre Shop (TTS), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)


Buat TTS, kejayaan ini adalah sesuatu yang membanggakan di mana TTS menyapu bersih kesemua anugerah yang dipertandingkan. Secara keseluruhannya, TTS berjaya membawa balik lima buah trofi termasuk Trofi Juara dan baucer JUSCO dan MPH bernilai RM 3,000 berserta sijil penyertaan.

Syabas dan tahniah diatas kejayaan kali ini. Berikut disenaraikan nama-nama yang terlibat dalam produksi TAQDIR:


Krew
Pengarah: Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr Shark)
Penolong Pengarah: Syafiq Faliq Alfan
Pengurus Pentas: Syakir Saniy
Audio: Baharuddin
Cahaya: Akin Muhammad
Ketua Logistik: Mr Rahmat Iskandar Khairul Shazi
Make-up/Backstage: Sultan

Pelakon
Ainifadhilah sebagai Munah
Syafiq Faliq sebagai Mazlan
Amiratul Husna sebagai Asiah
Tan Xiao Ci sebagai Maria
Ermie Fadhullah sebagai Johan
Timmy Ong sebagai Chong/Boy
Asyraf Nazmie sebagai Khairil
Sathiamoorthi sebagai Dr. Muthu


Foto-foto:

Syafiq Faliq (Pelakon Lelaki Terbaik) & Ainifadhilah (Pelakon Wanita Terbaik)


Dr. Shark menerima anugerah Skrip Terbaik


Dr. Shark menerima trofi Juara dan Piala Pusingan


Produksi TTS-TAQDIR bersama tetamu-tetamu kehormat


Produksi TTS-TAQDIR bersama Ketua Juri, Mr Mano Maniam

2 kritikan :

Dr. Shark said...

Thanks for all the coooperation, committment, and dedication that is really your winning factor! Great show guys. Thanks a lot for an experience working with you all.

Dr. Shark

Unknown said...

tahniah...semoga pementasan akan terus diadakan.. korang mmg hebat.. tahniah buat dr. shark!!

buat TTS, korang mmg hebat!!!

p/s-seronok tgk kerusi...