Co-Curriculum Night & MAKK

Wednesday, April 15, 2009

7 April - TTS telah membuat persembahan di malam anugerah Ko-kurikulum Universiti Teknologi PETRONAS. Majlis tersebut telah di adakan di Dewan Besar UTP. Persembahan yg bertajuk "Dia Ada" karya SEFA, mengambil masa 10 minit utk dipentaskan. Sketsa pendek yg berkisarkan tentang pelbagai ragam manusia di Malaysia sering lupa akan yg Maha Kuasa. Manusia-manusia itu kemudiannya tersedar bahawa Dia ada di mana-mana lalu kesal dengan perbuatan masing-masing. Akan tetapi mereka tetap kembali melakukan perbuatan-perbuatan keji mereka. Sambutan terhadap persembahan itu amat menggalakkan apabila watak pondan yg diterajui Anuar mendapat perhatian ramai. Antara VIP yg hadir adalah En. Md Noor Rosli. Watak-watak yg ada di dalam sketsa tersebut adalah Mat Rempit (Izzi), Ahli Politik (Nizam), Pencuri/penagih (Half), Pondan (Anuar), Org Melakukan Maksiat (Din), Pembunuh (Nik), Pengemis (Asyraf), dan Ustaz (Cairell).

11 April - Majlis Anugerah Kolej Kediaman (MAKK) telah diadakan di Dewan Besar UTP. Kali ini, TTS terlibat dalam menjayakan gimmick dan persembahan. Pada awalnya, video gimmick yg dipaparkan tiada audio akibat masalah teknikal Control Room. Selepas beberapa minit kemudian, Video gimmick dipasang kembali dan gimmick diteruskan. Antara yg menerajui gimmick tersebut adalah Cairell, Anuar, Dr. Shark, Half, SEFA, Fauzan, Asyraf, dan Izzi. gimmick tersebut berkisarkan tentang dewan telah di 'hijack' oleh sekumpulan 'terrorists'. Utk persembahan TTS, lagi skali mime diketengahkan dan diolah dan di tambah dengan sound effects live dan juga teknik penceritaan melalui video. Ternyata, mime yg dijayakan oleh Cairell, Half, Fauzan dan Izzi mendapat sambutan yg meriah oleh pengunjung. Mime berkenaan bertajuk "Nasib Si Ali Babu" (bersempena tema Arabian Night) memaparkan kisah si Ali Babu yg miskin ditimpa Malang. Antara persembahan yg turut memeriahkan malam tersebut adalah persembahan perkusigatra (betul ke nih?), nasyid oleh anak yatim, dan dikir barat.
crew & pelakon yg terlibat
(dr kiri Atas: Anep,Aini,Sapik, SEFA,Azizi, Cairell)
(dr kiri bawah: Izzi, Half, Fauzan)

0 kritikan :