Preview Jebat dan Tok Janggut

Wednesday, May 6, 2009

Assalamualaikum wbt


Setelah beberapa permintaan dari pembaca, kali ini kami akan siarkan preview teater dan monolog yg berlangsung pada 2 dan 3 mei yg lalu. Mungkin di mata penonton persembahan tersebut tampak menarik dan mengkagumkan, tetapi banyak cacat celanya. Apa-apa pun, di sini kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada penontont-penonton dan peminat setia TTS yg hadir pada malam tersebut. Kami amat hargai kehadiran anda dan juga komen yg telah diberikan. Daripada komen-komen tersebut, kebanyakkan penonton sukakan persembahan monolog TOK JANGGUT oleh Dr. Shark. Ini mungkin disebabkan jalan cerita yg sungguh menarik dan juga cara penyampaian yg sungguh unik.



Selain itu, banyak juga komen yg kami dapati menyebut tentang jalan cerita JEBAT yg sukar untuk difahami. Buat pengetahuan anda semua, JEBAT adalah hasil karya Hatta Azad Khan. Kami telah cuba sedaya upaya kami untuk membuatkan teater ini menjadi menarik dan mudah difahami. Jika kita amati dengan betul-betul, ia menggambarkan situasi di Malaysia sekarang dan di gambarkan melalui cerita JEBAT. Ada juga yg komen bahawa orang kampung lebih banyak tampil di atas pentas berbanding jebat itu sendiri. Kami akui bahawa watak Jebat jarang tampil. Tetapi pada kami, semua watak tampil secara adil, dimana kita dapat melihat Jebat selalu keluar di atas pentas tetapi kebanyakkannya tanpa dialog (seperti penabalannya sebagai Laksamana dan mencuri maklumat dari istana). Begitu juga dengan watak-watak yg lain. Watak-watak yg lain seperti orang kampung, orang kaya, perempuan, pengamuk adalah penting bagi membantu perjalanan cerita JEBAT itu sendiri. Mungkin jalan cerita yg agak kabur itu membuatkan kita berfikir dengan lebih mendalam apa maksud yg cuba di sampaikan oleh karyawan tersebut. dan kami mencuba sedaya upaya utk menterjemahkannya.



Seramai 150 orang penonton hadir pada kedua-dua malam persembahan. Kami berasa sungguh bangga kerana semakin ramai pelajar UTP semakin minat terhadap teater. Sedikit sebanyak, matlamat kami ingin menyampaikan mesej melalui teater tercapai. Melalui preview teater JEBAT dan monolog TOK JANGGUT ini, kami dapat menyelongkar beberapa kesalahan dan kekurangan. Ini adalah sebagai latihan kami utk persembahan sebenar bersempena dengan Festival Teater Perak 09 yg akan berlangsung tak lama lagi. Utk monolog TOK JANGGUT, ia akan berlangsung pada 7 Jun 2009 manakala teater JEBAT pada 5 Jun 2009. Kedua-duanya dipentaskan di taman budaya ipoh perak. Kami ingin menjemput anda semua datang ke kedua-dua persembahan bagi memberi sokongan terhadap persembahan kami. masuk adalah percuma. sekali lagi, terima kasih kami ucapkan kepada penonton yg hadir pada malam minggu yg lepas.


crew dan pelakon produksi teater JEBAT dan monolog TOK JANGGUT

24 kritikan :

mashimaro comel said...

assalamualaikum..

macam rasa tak percaya je tok janggut dapat pujian kerana jalan ceritanya yang menarik.

terima kasih kepada dr shark kerana memberi penghargaan pada diri saya dengan membawa karya itu untuk pertandingan festival teater yang akan datang.

moga kalian semua berjaya, insya Allah.

salam sayang...

Half said...

kami dari pihak TTS, mengucapkan terima kasih juga kepada saudari norlina kerana karya yg sungguh menarik.. teruskan berkarya..
lepas ni buat skrip teater plak ke?
teater tok janggut? huhu

Anwar Samad said...

aku nmpk bergaya dlm gambr tuh

mashimaro comel said...

ho ho ho (ambik gaya gadek/sefa ketawa).

skrip teater? entahlah.. sampai sekarang pun macam tak percaya je tok janggut dipentaskan. (kena tenang2kan diri dulu. terkujut tak ilang lagi).

insya Allah, kalo dah bersedia, mungkin saya akan berkarya lagi. tapi kena menuntut dari sefa ler.. sbb dia dah ada pengalaman dalam tulis skrip teater.

hehehe..

Half said...

wat tajuk..
"tok janggut teater la pulak"
hahahahah

Akin Muhammad said...

kalau nak moden

buat lah "Jerung Janggut"

pasti menarik

Akin Muhammad said...

Apa pun, Tok Janggut berpotensi untuk menang di FTM 2009. Jebat pun tidak kurang hebatnya, as long as semua komited datang rehearsal.
Malah Jebat hampir menang pada FTM 2006.

Bila lagi wakil Perak hendak tampil di finalis FTM 2009? Aku mengharapkan juri-juri kali ini lebih bijak menilai dan menimbang kira. Ura-uranya Rosminah Tahir dan Norzizi Zulkifli adalah antara barisan juri.


ps: Memang kalah menang adalah perkara nombor dua, tetapi kita perlu bagi pakej stimulus! Ha ha

Half said...

kite perlu bersikap optimis..
mari lakukan dengan lebih baik!!!
jangan ada 1 silap pun!

Akin Muhammad said...

yes

you guys pun dapat rasa after habis show, sama ada puas hati dengan performance atau pun ada kurangnya. bila you guys dapat rasa puas hati, itu maknanya show tu adalah yang terbaik. and after that, barulah bergantung pada pandangan internal dan eksternal para juri dan akhir sekali doa yang dipohon.

ps: adakah aku cakap banyak tapi Qum Actors tak gerak-gerak lagi pun! haha. Sesiapa yang intern di KL, boleh buat show nanti bawah nama Qum Actors.

Half said...

aku la tuh~

Anwar Samad said...

bagus2... sedap2... lazat2...

Akin Muhammad said...

alhamra,

apa yang bagus-bagus

apa yang sedap-sedap

apa yang lazat-lazat

Anwar Samad said...

aku makan kueh yg bagus, sedap dan lazat.. sambil melihat komen2 korang..

aini said...

semoga berjaya dlm ape juge yg korg lakukan..=)

Anonymous said...

sker gile dgn gambo sepia yang last sekali tuh , mmg mengancam esp Tuya, hog the limelight all the way :P hahahahahaha

Anonymous said...

silap la plak, mamat tu nama syakir ekk.. sorry Tuya, name ko terlalu mengancam :P

Half said...

hoho... yg sebelah kanan syakir pn smart gak tuh.. comel kan...

Anwar Samad said...

jgn nak bandingkan dgn yang paling kanan~ rasa nak pelukk!!!! huhuhuhu.. machoo seyhh~

Half said...

eh.. nuar.. BELAH KANAN SYAKIR.. bkn kanan gambar ok!! eeeee... yg blah kanan gmbr tu xmacho.. hahha

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

alhamdulillah, meriah rasernya blog ni.......

Akin Muhammad said...

sebagai admin blog, kami cuba memberikan yang terbaik.

dulu blog ini dull, lame, dan sucks.
sekarang dah cantik sikit.

ada cadangan untuk update blog ni dengan kerap. bukan tunggu ada show baru ada update.

kalau boleh komentar2 kat sini jangan off topic sangat. sebab ada orang luar tengok dan baca.

nak off topic boleh tapi sikit2.

skema ke aku?

bukan, bukan. demi menjaga nama baik TTS juga.

nak aku siarkan analisis pelawat blog ni ke? HAHAHAHAHA

- k.arifin - said...

bangga aku sbg jurugambar

Half said...

terima kasih mekot, jasa mu dikenang hingga ke akhir hayat!
klu ada kelapangan masa, ada kesempatan turun kesemenanjung, dtg la melawat tts, dan qum.. huhu

zHee said...

gudluck TTS! :D