Terima Kasih Daun Keladi

Tuesday, May 26, 2009

Pada Semester Januari 2009 ini, beberapa orang ahli TTS akan menamatkan pengajian di UTP dalam bidang masing-masing. Bersempena dengan itu, kami dari pihak penyelaras blog mewakili TTS ingin memberikan sedikit penghargaan kepada mereka semua terhadap penglibatan di dalam TTS selama ini.

Mereka yang dimaksudkan adalah:


1. Mohd Khairulariffin Hassan (Mekot) - Civil Engineering

2. Mohd Zulfadzli Ayob (Zul 'CJ') - Chemical Engineering


3. Nor Adzirah Radzi (G-Ah) - Mechanical Engineering


4. Khairul Amin Umur@Adli (Amin) - Civil Engineering


5. Nurul Ashikin bt Tasnuddin Abu Bakar (Shikin) - Civil Engineering

6. Ainor Syafarizan bt Mohamad Yusof (Ainor) - Civil Engineering



Mekot
Mekot merupakan ahli TTS yang paling lama melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti teater di UTP. Di awal penglibatannya, Mekot merupakan tulang belakang promosi dan publisiti TTS. Logo TTS yang masih digunapakai hingga sekarang adalah hasil ciptaannya. Dia juga telah memainkan peranan penting dalam rekabentuk poster-poster untuk setiap pementasan seperti Asylum, Miao Miao Sang Arnab, Hmm..Begitu Panasnya, Sampah Oh Sampah dan Qum!. Mekot juga pernah berlakon dalam beberapa buah pementasan seperti Miao Miao Sang Arnab sebagai Patung/Mimer, Miao Miao Sang Arnab The Musical? sebagai Penyanyi dan Hmm..Begitu Panasnya sebagai Penjaga Pintu. Dia juga turut terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir seperti props, kostum dan juga make-up. Selain itu, Mekot yang berasal dari Sarawak ini turut aktif dalam seni persembahan yang lain iaitu tarian dan gamelan. Hobinya suka menyanyi dan pernah menyertai beberapa buah pertandingan nyanyian di UTP dan merupakan penyanyi nasyid dalam kumpulan In-Saff yang merupakan Johan Malam Inspirasi Seni 2009 baru-baru ini.

Layari blog Mekot: http://k-ariffin.blogspot.com



Zul 'CJ'
Zul seorang pelakon sejak dari awal penglibatannya dalam TTS. Pernah memegang watak Penagih Dadah dan Mat Jiwang (Asylum), Wira (Kerusi), Penari (Sasau), dan berlakon dalam beberapa buah sketsa yang lain. Zul adalah seorang pelakon yang turut mengambil berat akan hal ehwal belakang tabir dan kadang-kala turut serta dalam kerja-kerja belakang tabir. Di atas pentas pula, Zul telah menunjukkan potensi yang baik dari segi lakonan dan seorang pelakon yang cepat belajar.

Layari blog Zul: http://ceriterajalanan.blogspot.com



G-Ah
G-Ah adalah salah seorang ahli kumpulan pengurusan yang pertama dalam TTS. Berperanan penting di belakang tabir, kerap menguruskan props dan kostum dengan begitu baik dan cekap. G-Ah juga konsisten dalam penglibatannya dan kebanyakan produksi TTS sama ada di luar tau di dalam UTP memerlukannya sebagai teraju utama di belakang tabir. Produksi terakhirnya di dalam TTS adalah Kerusi (2008) dan Bukan Cerita Palestin (2009). Selain itu, dia juga turut terlibat dalam produksi Asylum 50 dan Jebat (2007).

Layari blog G-Ah: http://5peakup.blogspot.com



Amin
Amin merupakan ahli kumpulan pengurusan tertinggi pertama di dalam TTS. Kumpulan pengurusan yang dikendalikan oleh Amin bersama dengan Rabanie (Bekas Presiden TTS) telah menjadi satu lagi milestone buat TTS yang mana sebelum ini tidak mempunyai sebuah kumpulan pengurusan yang rasmi.


Shikin & Ainor
Mereka berdua bergandingan selari dengan G-Ah dan Amin bagi memastikan pengurusan produksi-produksi utama TTS berjalan dengan lancar. Juga merupakan ahli pengurusan yang pertama dalam TTS dan telah terlibat secara komited dalam beberapa buah produksi seperti Jebat (2007), Asylum 50 (FTP 2007), dan Sasau (2007). Kesungguhan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab belakang tabir amat membanggakan. Tambahan pula, keakraban mereka seperti sebuah keluarga telah membuahkan hasil yang cemerlang terhadap keseluruhan kualiti persembahan TTS.


Terima kasih kepada anda semua kerana telah bersama kami selama ini. Syabas dan tahniah juga kerana telah menamatkan pengajian anda di UTP. Sesungguhnya jasa dan sumbangan anda terhadap TTS adalah amat dihargai.
Semoga anda semua berjaya pada masa akan datang.



Khas dari keluarga
Tronoh Theatre Shop (TTS)
2009

6 kritikan :

Anwar Samad said...

bukan stakat itu sahaja.. penghargaan turut diberi pada Ainor dan Shikin (semua dari civil yg akan grad)yang turut menyumbang dalam bidang teknikal terutamanya Jebat 2007.. usaha anda semua amat dihargai..

akhir kata daripada aku.. terimalah pantun warisan turun temurun..

kalo ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalo ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua.

kalo ada jarum yang patah,
jangan disimpan didalam peti,
kalo ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA!!!

Khairul Anwar Bin Abdul Samad

Dr. Shark said...

I love you all...mekot, amin, zul, ainor, shikin dan mgt yang i tak ingat nama....semoga Allah memberkati ilmu yang telah kau timba.

Anwar Samad said...

i love u too~
b/p mereka~

apan lee said...

tsk tsk tsk tsk..
sape letak bawang sebelah ak neyh..
ahhahaha..
semuga kowg2 sume berjaye di dunia n di akhirat..
*alhamra termsok skalik tok pesanan yg terakhir neyh coz for da first time ak dgr die cakap KIM**
wouh~
jantung ak benti seketika..
hahaha..

- k.arifin - said...

saya mengucapkan banyak2 terima kasih kepada korang semua, dan saya tidak akan melupakan jasa serta memori2 kita bersama. Terima kasih kepada Dr Shark sbb menerima saya masuk ke dalam keluarga TTS dan memberi kepercayaan memegang bahagian promosi. Minta maaf atas segala kesulitan dan salah silap selama ini. Semoga kita akan terus berhubungan walau hubungan hanya melalui maya. Saya berharap agar TTS akan maju jaya di masa-masa akan datang. Insya allah.

sang kelana said...

hee...
thank you sume...
semoga kenangan kita bersama diabadi selamanya
dan hubungan ini kekal untuk selamanya
will missing all TTS family so much

p/s:bau pasan post ni.hee~