Mengaharapkan Kemenangan Jebat untuk FTP 2009.

Saturday, June 6, 2009

Maka berakhir sudah kisah Akademi Tronoh Theatre Shop (ATTaS) yang telah mementaskan teater bertajuk Jebat di Taman Budaya Perak Ipoh, Perak pada 5 Jun 2009. Pertandingan pertama yang disertai oleh Tronoh Theatre Shop tanpa melibatkan pengasas Tronoh Theatre Shop iaitu Dr Shark. Ini membuktikan bahawa semua ahli Tronoh Theatre Shop berupaya berdikari dalam melaksanakan apa sahaja tugas yang diberi. Kami dari pihak Tronoh Theatre Shop sangat menghargai segala pertolongan yang telah dihulurkan dari pelbagai pihak terutamanya Universiti Teknologi PETRONAS, dan juga Taman Budaya Ipoh, Perak dalam menjayakan pementasan Jebat kali ini. Kami juga menghargai bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Dari segi kualiti pementasan Teater, penulis secara peribadi berasa bangga dengan tahap persembahan semua pelakon dan kesan teknikal yang dipersembahkan. Maklum balas dari pelbagai pihak juga berpuas hati dengan keseluruhan persembahan Jebat ini. Pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang program ini telah dihadapai dengan tabah dan jayanya oleh kesemua krew. Kesemua kejayaan yang telah dicapai pada petang tersebut adalah hasil usaha semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung sejak sekian lama lagi.

Kali ini, kami ingin memaparkan gambar-gambar para pelakon dan technical team Jebat 2009.

Aini

Fauzan, Tasha dan Ermie

Sefa, Nuar dan Kerel

Zizi, Din dan Firdaus

Ash, Izzi dan Timmy

Acab, Atul dan Nik

Sapek Tuya, Half dan Anep

Hidayah, Syaida dan Iqbal
-gambar oleh Halfside

Kami dari pihak penulis amat mengalu-alukan komen dari para penonton yang telah menonton pementasan Jebat pada Jumaat lalu. Keputusan Pertandingan Festival Teater Perak 2009 akan diumukan pada hari Isnin, 8hb Jun 2009. Semoga semua usaha membuahkan kejayaan yang gilang gemilang. InsyaAllah.


Jangan lupa menonton monolog TOK JANGGUT yang akan dipentaskan pada AHAD ini, 7 JUN 2009 di Taman Budaya Ipoh. Lakonan Dr SHARK. Masuk adalah PERCUMA. TTS juga akan membuat satu persembahan selama 10 minit pada malam pengumuman keputusan Festival Teater Perak 2009 pada hari Isnin jam 830 malam.

4 kritikan :

OoizzioO said...

hopefully ada harapan...
TTS BOLEH!!!
harap2 no 1
sorii kalo ada salah silap

Anwar Samad said...

yeaaa~ semoga berjaya!!!

Half said...

argh.. rindu nye aku nk ke tts kembali...

Anwar Samad said...

harapan untuk no satu cuma harapan sahaja... berteater di sini ibarat bernapas dalam lumpur... kata2 mereka ibarat telunjuk lurus kelingking berkait.. lain kata di mulut, lain maksud di hatinya..