Tenaga Produksi: Asylum & Medley of Mimes

Tuesday, October 13, 2009

Rasanya belum terlambat bagi kami untuk memaparkan tenaga-tenaga produksi Asylum & Medley of Mimes yang sedang berlangsung mulai 2 Oktober yang lalu dan akan berakhir pada 18 Oktober nanti.

Krew yang terlibat dan pelakon-pelakon adalah terdiri daripada pelajar bidang kejuruteraan serta teknologi maklumat/sistem maklumat Universiti Teknologi PETRONAS. (Oh, dan ada juga beberapa orang staf UTP yang terlibat)

Sila klik gambar di bawah untuk besarkan dan lihat dengan lebih jelas.

[Gambar-gambar profil ini diambil sewaktu Tour 2 di Ipoh]


"Asylum & Medley of Mimes" membariskan pelakon-pelakon berpengalaman dan juga yang baru sahaja berlakon dalam TTS buat pertama kali.

Buat makluman pembaca semua, jelajah teater kami semakin hampir ke kemuncaknya, iaitu Tour 3 di Taman Budaya KL pada hari Sabtu dan Ahad ini. Di sana, TTS akan bertemu dengan The Qum Actors (TQA), sebuah kompeni teater yang baru bertapak di KL yang juga merupakan alumni TTS sendiri.

Saksikan EMPAT (4) set persembahan terbaik daripada kami, TTS dan TQA, dengan harga hanya RM10 setiap satu sesi!

Buat penggiat serta peminat teater di KL dan kawasan sekitarnya, jumpa anda di sana!

6 kritikan :

Anwar Samad said...

Hoye!

kAzU said...

huwaa... rindu nk masuk list jugak...

Asyraf Maskan said...

semart!!!!!! aku trlonjak2 suka

younik said...

taw xperrrrr

Half said...

mana aku? T_T

Nuriman Talib said...

ala Ad dah naik pangkat jadi pengarah....
kami menanti kan Ad pegang watak fura panda lagi~
hahaha