Pada hari Sabtu, 7 November yang lepas, Tronoh Theatre Shop telah mengadakan outing/gathering terakhir mereka untuk semester ini. Outing yang berupa perkelahan di tepi pantai itu telah diadakan di Teluk Batik, Lumut. Selain itu, sambutan hari jadi bagi salah seorang ahli TTS, Aisyah Naemah juga telah turut diadakan serentak dengan outing kali ini. Dengan menggunakan 5 buah kereta, kami berkonvoi ke Teluk Batik dari UTP pada jam 12.30 tengah hari.
Setibanya di Teluk Batik, kami singgah di kedai bernama Silaturrahim bagi mengisi perut yang kosong. Destinasi seterusnya: Pantai Teluk Batik!
Klimaks pada hari tersebut. Sambutan Hari Jadi Aisyah. 2 biji kek pada hari itu iaitu Chocolate Indulgence dan Mango Delight telah ditaja oleh SEFA
Pemberian Kad Ucapan istimewa daripada SEFA, Project Manager untuk outing ini. Kad tersebut telah direka khas oleh SEFA sendiri dan telah ditandatangani oleh semua ahli TTS.
Sekitar jam 6 petang, kami mula bersiap dan beransur pulang. Program kami diteruskan pada malam itu dengan menonton penilaian semula johan Festival Teater Perak iaitu teater Imbas di Taman Budaya Perak. Seterusnya kami menonton cerekarama Payung Siti Fatimah bersama. Istimewanya cerekarama ini adalah kerana idea asal dan skrip drama tersebut adalah oleh Dr. Shark sendiri.
Akhir sekali, TTS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan outing pada kali, secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan silaturrahim ahli-ahli TTS.
Sekian, jumpa lagi pada semester hadapan!
p/s: Kredit kepada SEFA dan Izzi untuk gambar-gambar di atas Tweet
5 kritikan :
sweet moments for my memory, aku rasa segalanya haritu, dari sedih, marah, juga gembira......thanx for all of u who are willing to spend ur time and of coz, finishing up the cake, bravo guys, and may Allah bless u all....(macam uncle sam pulak dah...)
thx for the cakes!
sefa tq belanja makan kek.. Allah jer yg mampu membalas kebaikan ko..
Terima kasih semua
dengan gelak tawa
dengan suka ria
senyum sampai ke telinga
makan kek tak ingat dunia
buat rumah aini macam kita punya
best gila
gila
samer2, TTSian's smile makes all of this worthwhile, aku yang patut berterima kasih sebab habiskan kek tu, dan dengan murah hati memberi aku pinjam energy dari korang melalui senyuman dari setiap orang......thanx again...
Post a Comment