Pada Sabtu 6 Februari 2010 bertempat di SMK Gunung Rapat, Ipoh, Tronoh Theatre Shop (TTS) telah berganding bahu bersama All About Communique bagi menjayakan program English In Camp di sekolah terbabit. Program yang melibatkan lebih kurang 200 peserta itu bermula pada jam 8 pagi sehingga 1 petang.
Short briefing kepada ahli TTS sebelum mulanya modul
Menyusun dan membahagikan pelajar mengikut kumpulan
Modul yang pertama ialah "Vocal-robics/Phonetics Challenge" yang diketuai oleh saudara Khairil Nizam. Modul ini mengajar para peserta teknik lontaran vokal yang betul dan efektif, iaitu menggunakan suara perut dan bukannya tekak. Peserta juga diajar teknik pernafasan yang betul. Selain itu, cara senaman vokal dan mulut juga turut diajar kepada para peserta.
Senaman & vocal training
Merekacipta produk dari suratkhabar
Sewaktu presentation produk setiap kumpulan
Seterusnya ialah modul "Killer Puzzle". Permainan yang ala-ala treasure hunt ini memerlukan para peserta untuk menyelesaikan puzzle di setiap 10 checkpoint yang disediakan dalam masa yang terhad. Antara jenis puzzle yang disediakan ialah melengkapkan lirik lagu dan "from-a-word-puzzle-map" di mana peserta harus membina ayat berdasarkan perkataan-perkataan di dalam kotak yang disediakan.
Salah satu checkpoint mini treasure hunt
Modul yang terakhir ialah "Grammar Auction". Dalam modul ini, para perserta akan diberi senarai ayat dalam Bahasa Inggeris. Setiap ayat mempunyai harga masing-masing dan para peserta dikehendaki untuk membeli ayat-ayat yang betul dari segi tatabahasa dengan cara membida harga tertinggi. Kumpulan yang berjaya membida ayat yang betul akan mendapat markah.
Sesi Grammar Auction
Program pada hari itu diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang anugerah. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
Salah satu kumpulan yang menang
Kesimpulannya, program seperti ini haruslah diadakan dengan lebih kerap lagi dari semasa ke semasa kerana dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah. TTS juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada All About Communique terutama sekali Raja Yasmin Raja Yusof kerana sudi menjemput kami untuk menjadi fasilitator. Sekian, terima kasih.
Seluruh warga kerja All About Communique dan TTS
Tweet
4 kritikan :
best tp skali lg gagal join
harap ada lg lain kali =D
harap dapat bekerjasama lagi :) -ogyaziz-
pengetue tu cekgu aku! rindu die! haha. daa~
-shaqifahsani-
Post a Comment