Bangsawan TUAH HANG JEBAT April ini!

Tuesday, March 16, 2010

TTS telah melangkah ke teater yg baru, teater bangsawan. Pada bulan April ini, kami akan mempersembahkan sebuah teater bangsawan karya Dr. Shark sendiri. Teater bangsawan Tuah Hang Jebat ini diarahkan oleh penulis skrip TTS yg terkenal, AKIN atau Yusuf. Teater kali ini turut mempersembahkan beberapa persembahan yg pelbagai seperti mime, nyanyian, tarian dan juga teater pendek.

Teater pendek sebelum bermulanya bangsawan Tuah Hang Jebat bertajuk Nasi Lemak 10 Sen karya AKIN akan dipersembahkan oleh The Qum Actors yg bertapak di KL. Karya ini telah memenagi hadiah saguhati dalam 2nd Kaki Script Writing Competition by KakiSeni.com. Sama-sama kita saksikan nanti.

Turut menjayakan teater bangsawan pada malam itu adalah kumpulan ex-clan gamelan UTP atau diberi nama baru Ensemble in G (EiG), kumpulan virtuoso UTP dan penampilan khas pemuzik, Kamal Sabran. Dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan perkhidmatan sokongan pelajar UTP, Tronoh Theatre Shop akan mempersembahkan bangsawan buat julung-julung kalinya pada 10 & 11 April ini.

tiket berharga RM5 boleh didapati di booth CRAFT yg akan berlangsung pada 22 hingga 24 mac 2010. anda juga boleh menghubungi Atul (0125716409) dan Acap (0177719427) atau emelkan kepada kami tts.utp@gmail.com bagi mendapatkan tiket.


Tarikh: 10 & 11 April 2010
Tempat: Multipurpose Hall (MPH), UTP
Masa: 8.30 mlm
Tiket : RM5
Email: tts.utp@gmail.com

 

"Kami menanti kehadiran anda"

10 kritikan :

k e r e p e k t e m p e said...

kami menanti kehadiran kru produksi jugak khamis ni! yehaa

Half said...

nak tanye la.. boleh bawak orang luar tak?

Unknown said...

Sila rujuk pembetulan..."Teater pendek sebelum bermulanya bangsawan Tuah Hang Jebat bertajuk Nasi Lemak 10 Sen karya AKIN akan dipersembahkan oleh The Qum Actors yg bertapak di KL. Karya ini telah memenagi hadiah saguhati dalam 2nd Kaki Script Writing Competition by KakiSeni.com"

DauS said...

bawak la orang luar. aritu kan dah buat surat kat security

Half said...

oh oh.. tp mcmana kalau saya ada anak2? kene bayar juga ke?

DauS said...

bwk la seberapa anak yg ada. bawah umur 13 thn masuk percuma :)

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

budak belum akhil baligh lagi buleh masuk, dah 40 tahun tak baligh2 lagi pun free ja....ho ho ho

Half said...

boleh ke saya record video teater tu nanti?

Pegawai Khalwat said...

Bangsawan merupakan teater transisi.

Apakah mime dijadikan sebagai elemen di dalam bangsawan ataupun extra turn?

Half said...

extra turn