Tahniah AJK Tertinggi TTS 2010/2011! dan Terima Kasih Daun Keladi

Saturday, May 8, 2010


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam baru sahaja selesai pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi TTS baru sesi 2010/2011. Maka dengan ini TTS akan membuka lembaran untuk sesi seterusnya dengan sesuatu yang baru. Mungkin semalam tidak sempat bercakap panjang lebar. Pada malam 7 Jun 2010, merupakan Jamuan Fiesta TTS bagi Farewell Graduan TTS di samping berlangsungnya perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi TTS untuk sesi seterusnya.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat bergraduasi buat graduan TTS yang empat. Jasa dan budi selautan dunia yang anda curahkan sangat dihargai dan semua ahli TTS turut menghargainya pastinya.


Usop/Akin (2 dari kiri) Asylum 50


Terima kasih sekali lagi kepada Mohd Yusuf bin Amat (Usop atau akin) kerana telah banyak membantu dan memacu TTS terutamanya dalam bidang pengarahan teater serta pengahsilan karya-karya beliau yang banyak menaikkan nama TTS. Tidak lupa juga bergiat aktif dalam setiap penganjuran aktiviti TTS dalam lakonan teater.


Sultan (2 dari kanan) TTS Induction


Terima kasih kepada Mohd Helmi (Sultan) yang turut memberikan kerjasama berhubung dengan semua aktiviti penganjuran TTS. Memberikan banyak kritikan dan idea membangun untuk tujuan menaikkan TTS pada masa akan datang. Beliau turut banyak terlibat dalam lakonan teater TTS dan juga pernah menjadi pengarah untuk teater penganjuran TTS.



Bani (1 dari kiri) dan Amporlo (1 dari kanan) Teater Jebat 2007


Terima kasih kepada Rabani (Bani) kerana telah berjaya mengurus dan mengetuai barisan Ahli Jawatakuasa TTS yang lalu dengan sangat baik. Setiap apa jua bentuk pengorbanan dan usaha menggerakkan TTS amat dihargai. Saya pernah berada di bawah naungan Bani pada 2007 iaitu waktu pertama kali menyertai TTS.

Terima kasih juga tak terhingga kepada Mohd Izham (Amporlo) yang telah banyak memberikan sokongan dan pengorbanan yang tidak terhingga kepada TTS. Beliau adalah antara ahli TTS yang banyak terlibat dalam pengurusan TTS dan menjadi tulang belakang kejayaan-kejayaan TTS sejak dulu sehingga hari ini.

Terima kasih ini mungkin tidak cukup dapat membalas jasa dan budi mereka ini. Tetapi apa yang pasti, perjuangan mereka tidak terhenti di sini. Selamat bergraduasi!

Secara rasminya, berikut adalah keputusan pemilihan AJK Tertinggi TTS bagi sesi 2010/2011:



Presiden
Ahmad Hissamuddin Bin Zulkifli


Naib Presiden
Aisyah Naemah Binti Mustafar


Setiausaha 1
Fatinah Binti Mangsor


Setiausaha 2
Mohammad Syafril Bin Bahar


Bendahari
Ammar Asyraf Bin Amran




Tahniah kepada AJK Tertinggi TTS yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat memberikan nafas baru kepada pengurusan TTS dan menaikkan TTS seiring dengan perjuangan TTS selama ini.

Pertama kali turut serta dalam produksi Tronoh Theatre Shop pada 2007, saya sendiri sangat teruja dengan orang-orangnya kerana semuanya atas dasar minat yang sama dan sangat berbangga dengan semangat kekeluargaan dalam Tronoh Theatre Shop. Nilai-nilai yang baik ini sangat bermakna pastinya buat semua. Sangat beharap bahawa nilai-nilai ini sentiasa dibawa dalam keluarga TTS untuk seterusnya dan akhirnya. Semoga Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi sesi 2010 dan ke atas dapat menjaga nilai baik ini. Sangat berharap AJK Tertinggi sesi seterusnya juga dapat memperbaiki dengan lebih baik lagi pengurusan TTS tidak kira dalam hal-hal berkaitan pengurusan dan juga lakonan.

Saya selaku wakil Ahli Jawatankuasa Tertinggi TTS bagi sesi yang lalu sangat berterima kasih kepada semua yang telah memberikan segunung kerjasama dan selautan budi. Sepuluh jari disusun, memohon maaf kepada semua ahli TTS dan terutamanya penasihat utama TTS iaitu Dr Shamsul Rahman (Dr Shark) dan En Mohd Haris (Cik mat) sekiranya sepanjang perkhidmatan kami ada kekurangannya. Namun segalanya itu adalah juga kekurangan kami. Berharap agar usaha dan peningkatan TTS dalam sesi yang lalu dapat menjadi kenang-kenangan buat semua. Sangat menghargai juga jasa baik En Ahmad Pg yang turut memacu TTS dan menjadi pihak yang selama ini menyokong TTS.


Terima kasih kepada semua ahli TTS dan Qum Actors yang tidak henti-henti menyokong TTS dan membantu dalam pengurusan TTS. Terima kasih semua. Beringatlah kejayaan yang dinikmati sekarang adalah usaha mereka-mereka yang telah ada sejak bermula dari awal penubuhan TTS sehingga sekarang.



Pandanglah antara satu sama lain. Rupa mereka. Merekalah yang kita patut hargai walau sekecil mana usaha mereka. Selamat berteater! Jangan lupa senyum sampai ke telinga sambil membawa perjuangan TTS bersama ke puncak jaya!


Disediakan oleh,
Asyraf bin Maskan
Mantan Naib Presiden TTS 2009/2010


4 kritikan :

Anwar Samad said...

TAHNIAHHH!!!

WOW WEEE!!! JUNIOR JUICEEE~~

Asyraf Maskan said...

tahniahhh!! buat semua jugak..nua,kak ad,pacel,koba,zul,g-ah,din dang,koba dan semuanya lah qum actors

Anwar Samad said...

tahniah kepada kabinet syakir-acabond dan semua ajk yang telah berjaya menjayakan program TTS untuk semester JAN2010.

yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.

DauS said...

all the best to all hi-com!