Bundle Show @ Taman Budaya Kuala Lumpur

Tuesday, October 12, 2010

Alhamdulillah. Selesailah sudah pementasan TTS Bundle Show di Taman Budaya Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Oktober yang lalu. Gandingan mantap bersama alumni TTS, The Qum Actors kali ini juga tidak mengecewakan. Karya-karya yang dipentaskan termasuklah beberapa piece mimes, sketsa Ketupat Oh Ketupat, teater pendek Aerosoul, dan Teater Bedah.

Pementasan dimulakan oleh mimer pertama iaitu Ash yang popular dengan mime berjudul "Mencari Cinta" diikuti dengan mime oleh A. Noisef yang berjudul "Sauna". Seterusnya ialah persembahan "Aerosoul" oleh TQA dan diikuti oleh mime oleh Khairil berjudul "Fishing For Life". Seterusnya TTS mempersembahkan sketsa Ketupat Oh Ketupat, sebuah sketsa komedi yang sarat dengan mesej dan pengajaran.

Mencari Cinta oleh Ash


Aerosoul oleh TQA

Mira, Farah, dan Aisyah dalam Ketupat Oh Ketupat


Seterusnya, A. Noisef sekali lagi membuat penampilan dengan mime yang bertajuk "Puppy Love". Kemudian, Ash mempersembahkan mime beliau berjudul "Household" yang baru pertama kali dipentaskan dan diikuti oleh persembahan terakhir iaitu teater "Bedah".

Mime oleh A.Noisef


Syi yang berlakon sebagai Mak Munah



Khairil sebagai Roslan

Tasha sebagai Bedah

Hissam dan Timmy yang memegang watak Rozy & Suzy



Crew & Pelakon


Jutaan terima kasih buat semua yang datang menonton!