Theatre of The Oppressed dalam 'Jom Pegi Solat'

Thursday, January 27, 2011



Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi PETRONAS mempersembahkan sebuah persembahan unik Theatre of The Oppressed dalam 'Jom Pegi Solat'. Persembahan TTS kali ini bertambah unik kerana berpentaskan halaman Masjid Bukit Indah, Ampang. Persembahan ini adalah sempena Karnival Four Teen 2011 yang menampilkan juga pelbagai aktiviti menarik di sekitar Masjid Bukit Indah. Bertepatan dengan temanya Gaya Hidup Baru, TTS turut menampilkan persembahan khas dan interaktif bertepatan dengan mesej utama yang bakal disampaikan. Acara ini turut melinatkan pelbagai kolaborasi daripada pelbagai penggiat seni tanah air. Pendekatan seni dalam penyampaian mesej berguna dan berbentuk dakwah adalah keunikan acara ini. Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan acara ini secara tidak langsung memperoleh pelbagai mesej berguna sepanjang acara unik ini. Jemput Datang!



0 kritikan :