Mime Sempena 'PETRONAS Education Scholarship Award Ceremony 2011'

Saturday, September 3, 2011


Ini merupakan salah satu jemputan persembahan mime dalam sebuah majlis formal, iaitu sempena 'PETRONAS Scholarship Award Ceremony 2011' yang diadakan pada 25 Jun 2011 di Seminar Room Undercroft UTP. Persembahan mime yang bertajuk ' The Tight Rope Walker' dan perannya dimainkan oleh dua pelakon mime, Peto dan Garren Ace. Persembahan ini juga merupakan persembahan sampingan diiringi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar UTP yang lain seperti nyanyian, muzik dan sebagainya.

Peto dan Garren Ace selaku pelakon mime bagi majlis tersebut

Persembahan mime ini menceritakan dua orang penghibur sarkas yang sedang menunjukkan kehebatan dalam persembahan khas iaitu berjalan di atas tali. Seorang merupakan pengacara majlis dan seorang lagi merupakan mangsa yang disuruh berjalan di atas tali. Sepanjang persembahan tersebut, pelbagai rintangan perlu dilalui termasuk cabaran menimbang batang kayu dan juggling sambil berjalan di atas tali. Malangnya di pertengahan perjalanannya di atas tali, dia terjatuh dan dengan kebijaksanaannya, dia berjaya mendarat dengan selamat. Namun, pengacara majlis tersebut tertipu dengan helah si mangsa-berjalan-atas-tali tersebut yang berpura-pura mati terjatuh. Akhirnya pengacara majlis tersebut tahu helah sebenarnya lalu telah memukul mangsa-berjalan-atas-tali tersebut sehingga tidak sedarkan diri.


Bergambar kenangan

0 kritikan :