Mahkamah Lorong Coming Soon at Langkawi!

Friday, January 27, 2012

Berita baik buat penduduk Kedah Darul Aman! Tronoh Theatre Shop (TTS) kini bakal berangkat ke Langkawi untuk memper’sidang’kan teater Mahkamah Lorong dengan kerjasama JPSPUTP, Neo Aurora Corporation dan MRSM Langkawi.

Teater yang diarah oleh Dr Shark ini menceritakan kehidupan binatang-binatang di sebuah lorong. Konflik bermula apabila seekor Kucing Parsi mati dibunuh dan kes ini dibawa ke mahkamah. Segala bukti menghala ke arah Gagak sebagai pembunuh, tetapi benarkah Gagak pembunuhnya?


"Mahkamah Lorong" bertemakan ketidakadilan. Profesor Madya Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr Shark) telah mengolah cerita ini agar dapat memberi gambaran ketidakadilan dalam masyarakat melalui perlambangan binatang. Kisah ini ditonjolkan mengambil latar sebuah lorong, Jalan Sam Pah Tong yang didiami pelbagai haiwan.

Untuk makluman anda, teater Mahkamah Lorong ini pernah dipentaskan sebanyak tiga kali pada tahun lepas iaitu di Perak, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang. Para penonton telah memberikan sambutan hangat seolah-olah mereka dapat menghayati kisah yang disampaikan melalui teater ini.

Jadi bagi mereka yang terlepas peluang untuk menyaksikannya sebelum ini, jangan lepaskan peluang anda kali ini untuk hadir ke Dewan Perdana Lada, Langkawi pada 4 Februari 2012. Sila hubungi Danial (019-4026068) untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut.

0 kritikan :