Pada hari Sabtu yang lalu, yakni 11 hb April 2015, TTS menghantar satu pasukan kecil untuk pergi membuat promosi di KL. Lebih spesifik lagi, di Pasar Seni. Dan dalam jam 8.00 pagi, bertolaklah kami (tiga orang) naik kereta dari Tronoh.
Vroom vroom vroom vroom vroom, dan di KM429 Lebuhraya Utara Selatan. terjadilah ini.
Lembu memikirkan masalah-masalah kehidupan. |
Bak kata orang, "Nak pergi promosi kat KL, kereta rosak! Hahahahaha." (Bro Framestone, April 2015)
Ok, hambar.
Jadi, setelah 5 jam menunggu kereta ditarik, dirabik, dan dibaiki, maka bersambunglah perjalanan ke KL, dan akhirnya tiba pada jam 6 petang. Tahniah. Oleh itu, terbatallah pelan untuk promosi di Pasar Seni. Dalam kekecewaan ini, kami ambillah sedikit peluang untuk bergembira.
Lembu mengamuk. |
Lembu meminta pertolongan lori. Tapi diabaikan. Tetapi PLUSRonda menyelamatkan keadaan. |
LOL. Thanks Al!
Tetapi jangan risau, kerana promosi kami bukan di situ sahaja. Pada malam tersebut, di Auditorium DBKL telah diaadakan satu pementasan teater bangsawan bertajuk Raja Ku Puteh. Teater ini adalah yang pertama dalam siri Semarak Bangsawan anjuran JKKN Kuala Lumpur.
Alhamdulillah rezeki kami, kerana pada malam yang sama juga adalah perasmian Semarak Bangsawan ini, Maka berduyun-duyunlah media dijemput hadir untuk merakam detik pelancarannya. Bukan sahaja kami dapat promosi kepada peminat-peminat teater, malah kami dapatlah sedikit pendedahan daripada media.
Kanak-kanak TTS dan Bro Framestone (dua dari kiri) aka Panda yang cool. |
Terima kasih kepada blogger Bro Framestone dan PuteryMemory kerana sudi bersembang-sembang dengan kami dan "feature" kami dalam laman anda (baca artikel mereka tentang kami di sini dan sini)! Anda boleh lawati laman mereka dengan klik nama mereka. Mereka sangat cool.
Apa-apa pun, jangan lupa untuk saksikan teater kami, Cinta Sang Arnab dan Mahkamah Lorong di Taman Budaya KL nanti! Untuk butirannya, klik di sini.
Tweet #CintaSangArnab Tweet #MahkamahLorong Tweet
2 kritikan :
Hai korang.... Apa khabar dan apa cerita sekarang.
Rindu nak menggila dengan korang lagi... Moga success selalu. Amin.....
My God bersawang kot blog ni haha.
Kitorang next show bulan depan insyaAllah. Kat KL.
Datanglah!
Post a Comment