Auditorium JKKN Kuala Lumpur?

Tuesday, May 17, 2016


Ramai juga orang keliru apabila mendengar Auditorium JKKN KL semasa kami mempromosikan teater kami di KL, kerana kebanyakannya belum pernah dengar atau pernah ke sana.

Auditorium JKKN KL ini dahulu pernah dikenali sebagai Taman Budaya KL (TBKL). Kalau buat carian di Google, nama-nama yang keluar adalah seperti Auditorium Taman Budaya ataupun Auditorium JKKN Taman Budaya K. Lumpur. Jadi kadang-kadang, orang terkeliru dengan Istana Budaya.

Kami tidak mampu buat pementasan di IB. Hehe.

Auditorium ini terletak di Jalan Tun HS Lee, bersebelahan dengan Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee. 200m dari Stesen LRT Pasar Seni dan Hub Bas Rapid KL


Koordinat: 3°08'27.2"N 101°41'44.5"E




Jadi kalau menaiki keenderaan awam ke sini memang sangat mudah. Bas dan LRT terus ke sini. Kalau menaiki kereta, tempat letak kereta juga disediakan di dalam kawasan Auditorium. Di sekitar Auditorium juga banyak parkir kenderaan berbayar.

Jadi, jangan segan silu untuk hadirkan diri ke pementasan kami di sini!


Latihan "Mahkamah Lorong" di TBKL.

0 kritikan :