Teater: "Kerusi (Bahagian 1)"

Sunday, July 27, 2008

"Kerusi (Bahagian I)" ini adalah frakmen awal daripada karya penuh Hatta Azad Khan iaitu "Kerusi" yang menjadi salah satu karya kajian untuk komponen sastera (KOMSAS) bagi murid-murid Tingkatan 5.




Bahagian I ini mengisahkan Srisegala, seorang manusia bijaksana yang telah lama menguasai nikmat sebuah kerusi dan hikmat sebuah gong. Tuta Utama pula menjadi orang kanan Srisegala yang memukul gong dan gendang. Tuta-tuta yang lain menjadi hamba setia Srisegala.

Dalam Bahagian I ini Srisegala memulakan permainannya. Tuta-tuta pula menerangkan kepada semua manusia apa itu KEADILAN, KEMAKMURAN, KEDAMAIAN, KEJUJURAN dan BELAS KASIHAN.

Wira-wira adalah pendekar-pendekar berdarah muda yang ingin menentang dan menjatuhkan Srisegala dari kerusinya.



TTS akan membuat persembahan Kerusi (Bahagian I) ini secara terbuka (tanpa pentas, tanpa props) bersempena acara kemuncak Minggu Mesra Kampus (MMK) di UTP.

Berikut adalah butiran lanjut:


Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2008

Masa: 3.30 ptg

Tempat: Laluan antara Village 3 dan Village 4, UTP.



Semua dijemput menyaksikan persembahan kami.

1 kritikan :

Akin Muhammad said...

it was my first experience acting in public. open stage. audience from 360. hot day. eating durian for real. i could say no more. since it was FREE show.