Alumni TTS (The Qum Actors) di Festival Teater KL

Wednesday, June 24, 2009


Buat makluman semua, kumpulan teater alumni TTS iaitu The Qum Actors akan beraksi di pentas auditorium Taman Budaya KL sempena Festival Teater Wilayah Persekutuan 2009 seperti yang tertera di dalam poster.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga TTS diajak untuk sama-sama memberikan sokongan padu pada The Qum Actors dalam mementaskan karya Dr Shark berjudul "Miao Miao Sang Arnab" (MMSA) yang pernah menjadi naib juara pada FTP 2004.

The Qum Actors yang baru ditubuhkan awal tahun ini akan bertanding dengan beberapa kumpulan teater yang lain sekitar Kuala Lumpur.

Berikut disenaraikan teater-teater yang dipertandingkan:


1 Julai 2009
Kemarau Musim Tengkujuh ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)

5 Julai 2009
Beringin Merah ( Beringin Entertainment)

7 Julai 2009
Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan ( Kumpulan Pelakon Universiti Malaya)
Karya Alfian Sa'at. Sebuah monodrama.
Pelakon UM telah menjuarai FTKL 2007.

8 Julai 2009
Pygmalion ( Kelab Budaya Malaysia)

10 Julai 2009
Peristiwa Di Zoo ( Mekar Budaya Production)
Adaptasi "The Zoo Story" oleh Edward Albee
Mekar Budaya telah menjadi naib juara pada FTKL 2007 dengan karya "Melati & Melur"

12 Julai 2009
Dogma ( KGB Entertainment Services)
Kumpulan Giat Budaya. Karya Roydy Rokidy.

14 Julai 2009
Pegawai Khalwat ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)

16 Julai 2009
Sasau ( Angkatan Kesenian Sarwa Sejagat /Khaz Venture Sdn Bhd )
Turut menyertai FTKL 2007 dengan karya "Sesat". TTS juga pernah mementaskan karya ini pada tahun 2007 di UTP.

17 Julai 2009
Pemain ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

19 Julai 2009
Negeri Kebayan ( Sek. Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur)

21 Julai 2009
Miao Miao Sang Arnab (The Qum Actors)


23 Julai 2009
Telefon ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)

25 Julai 2009
Cincin Belah Rotan ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)
Teater kanak-kanak.

27 Julai 2009
Subuh ( Kupas Production)

29 Julai 2009
Transit ( Ilham Art Event Management Services)
Judulnya sama dengan Transit, karya Dr Shark.

31 Julai 2009
Jebat ( Dramatis Camar Pesona)
Karya Hatta Azad Khan. TTS baru saja mementaskannya sewaktu FTP 2009.

1 Ogos 2009
Perempuan ( Sarraroses Management)

1 Ogos 2009
Monolog 'D' oleh Shariza Mahmud


Sebarang info akan dikemaskini dari masa ke semasa.

7 kritikan :

Anwar Samad said...

Semoga berjaya QUM!!!

Akin Muhammad said...

nanti TTSians yang takde kelas hari Selasa (21/07) tu atau kelas waktu pagi saja, moh kita turun ke KL nonton dan bagi sokongan pada Qum! kita pergi lepas zohor naik kereta. TTSians kan dah ramai yang ada kereta. hehehehe

Penagih Cinta said...

Banyak2 festival teater negeri, Festival Teater KL paling meriah setiap tahun. Sambutan hebat.

Roydy Rokidy said...

thanks Tronoh Theatre Shop. Promote skrip saya. Gudluck pada TTS juga.

younik said...

ade klas ke
xde klas ke
nk tron gak kL
xpedulik2

Half said...

oh yeah nik.. terbaik.. jom g kl.. ak pn turun gak kl.. hak3

Anwar Samad said...

alamak.. tak kan first week da nak ponteng kelas... hurmm~