Mime Sempena Shell Eco-marathon Asia 2011

Saturday, September 3, 2011



Selaku alumni Tronoh Theatre Shop, The Qum Actors (TQA Sdn Bhd) juga telah banyak memberikan peluang serta berganding dengan TTS bagi meneruskan misi atau perjuangan yang tentunya sama. Baru-baru ini, TTS-TQA diberi peluang bagi memperkenalkan seni tanpa suara atau lebih dikenali sebagai MIME dalam sebuah slot persembahan dalam acara Shell Eco-marathon Asia 2011 pada 6 Julai 2011.

Di perkarangan pintu masuk utama Sepang International Circuit Malaysia


Persembahan mime kali ini lebih berbentuk kasual dan interaktif di hadapan penonton yang terdiri daripada pelajar universiti, pensyarah, golongan korporat dan sebagainya dalam slot yang dinamakan 'Pizza Party'. Mereka adalah wakil daripada setiap negara Asia seperti Thailand, Singapura dan India yang dipertandingkan dalam acara ini.


Diskusi bersama wakil penganjur Shell Eco-marathon Asia 2011

Persembahan siri mime ini terdiri daripada 'The Magician', 'The Weight lifter', dan 'Melody of Mime: Lemon Tree'.

Wakil daripada TQA dan TTS

Persembahan berdurasi 30 minit secara keseluruhannya ini telah berjaya memikat penonton walaupun dalam tempoh yang singkat.

0 kritikan :