"Mahkamah Lorong" Bersidang Lagi

Sunday, October 2, 2011

Tronoh Theatre Shop UTP, dengan kerjasama JKKNUTP dan Fakulti Kesenian USM telah menjayakan persembahan teater "Mahkamah Lorong" buat kali ketiga pada tahun ini.


(1) TEATER MAHKAMAH LORONG
Karya Dr Shark dan Arahan Atul


Teater ini menceritakan kehidupan binatang-binatang di sebuah lorong. Konflik bermula apabila seekor Kucing Parsi mati dibunuh dan kes ini dibawa ke mahkamah. Segala bukti menghala ke arah Gagak sebagai pembunuh, tetapi benarkah Gagak pembunuhnya?

"Mahkamah Lorong" bertemakan ketidakadilan. Profesor Madya Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr Shark) telah mengolah cerita ini agar dapat memberi gambaran ketidakadilan dalam masyarakat melalui perlambangan binatang. Teater ini telah dipentaskan di Dewan Pelenggang Cahaya USM, pada 27 dan 28 haribulan September 2011.

Menerusi teater dibintangi ahli Tronoh Theatre Shop (TTS) itu, kisah ditonjolkan mengambil latar sebuah lorong, Jalan Sam Pah Tong yang didiami pelbagai haiwan.


   Sefa sebagai Gagak














(2) THE MELODY OF MIMES
Karya dan arahan Ash dan Kisas

Persembahan mime oleh dua orang mimer unggulan TTS. Terbahagi kepada tiga piece iaitu "Mencari Cinta", "Epal" dan "Wonder Mak".


Ash sebagai "Wonder Mak"







Terima kasih diucapkan kepada warga USM kerana telah menghadiri persembahan teater ini.

0 kritikan :