TEATER AWAL & MIRA

Thursday, July 6, 2017


Awal & Mira sebuah penceritaan yang berlatar belakangkan zaman selepas perang kemerdekaan. Manusia yang hidup di zaman ini sudah hilang semangat patriotisme dan jati dirinya. Awal, seorang pemuda bangsawan yang mempunyai jati diri yang kuat telah jatuh cinta dengan Mira, seorang gadis kampung yang juga seorang penjaga warung kopi. Mira adalah seorang gadis cantik dan sikapnya disenangi para pengunjung warung kopi miliknya. Apakah cinta mereka bersatu akhirnya? Di dalam kelompok manusia yang pemikirannya sudah tertutup dan pandangannya dikaburi , adakah benar Mira bukan seperti orang lain?

TTS sangat berbesar hati untuk menggunakan cerita Awal & Mira, sebuah drama satu babak karya Utuy Tatang Sontani sebagai salah sebuah persembahan Tronoh Theatre Shop. Arahan Dr. Hakim Wirzal dan skrip ini telah diubahsuai bagi menvariasikan watak dan penceritaan yang lebih menarik. Nak tahu apa yang variasinya dan berbezanya skrip ini, apa lagi, marilah datang tonton persembahan kami 15 & 16 July 2017 di Main Hall, Universiti Teknologi Petronas pada jam 8.45 malam.

Sebarang pertanyaan / tempahan tiket- Qila - 018 212 7323, Rafique - 019 260 8330 atau boleh dapatkan tiket anda di pintu masuk Main Hall UTP.

OFFICIAL IG: https://www.instagram.com/ttsutp/
OFFICIAL TWITTER : https://twitter.com/TTSUTP
OFFICIAL BLOG : http://tronohtheatershop.blogspot.my/


0 kritikan :