Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi TTS (JPT-TTS)

Sunday, November 23, 2008

21 November 2008 (Jumaat) - Tronoh Theatre Shop (TTS) telah mengadakan pilihanraya kecil bagi memilih Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi bagi sesi 2009. Pilihanraya ini adalah julung kali buat TTS kerana sebelum ini TTS tidak mempunyai organisasi pengurusan yang rasmi.



Objektif Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi (JPT-TTS) adalah untuk;


- memajukan dan memantapkan lagi produksi TTS dari segi kualiti, bukannya kuantiti

- mewujudkan sistem organisasi yang lebih teratur dan berkesan



Sehubungan dengan itu, Mr. Rahmat Iskandar selaku ahli staf TTS telah membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi memilih JPT-TTS. Usul beliau disokong penuh oleh Penaung TTS - Dr Shark, Penasihat - En Muhammad Md Haris (IRC-UTP) dan ahli staf yang lain iaitu En Khairul dan En Sallihan dari ITMS-UTP.


Berikut adalah keputusan pemilihan pada malam itu:


Presiden: Ainifadhilah binti Mahayuddin

Timbalan Presiden: Khairul Anwar bin Samad

Setiausaha I: Syafiq Faliq bin Alfan

Setiausaha II: Mohd Syafiq bin Abdul Rahman

Bendahari: Asyraf Maskan



Diharapkan dengan adanya JPT-TTS ini, segala gerak kerja produksi TTS pada masa akan datang akan lebih efisien, berkualiti dan berjaya.


Kepada calon yang telah dilantik, Selamat Bertugas diucapkan.

1 kritikan :

Anwar Samad said...

geli betol bila terbayang aper yg aku dah bwat mlm tuh.. rasa nak terjun tingkat 17