Perancangan Aktiviti TTS bagi Tahun 2009

Monday, February 2, 2009

Bagi penggal pertama tahun 2009 ini, Tronoh Theatre Shop (TTS) sudah merancang beberapa program pementasan teater dan juga aktiviti yang berkaitan, hasil mesyuarat ahli majlis tertinggi TTS pada minggu pertama semester ini.


1. Ujibakat Mencari Pelakon & Ahli Pengurusan Baru [selesai]
Tarikh: 28-29 Januari 2009
Tempat: V2 Foyer, UTP

2. Mime Sketch, sempena HSE Week Opening Ceremony [selesai]
Tarikh: 11 Febuari 2009, 2.30 ptg
Tempat: Pocket D, UTP

3. Roadshow KERUSI & Bukan Cerita Palestin [selesai]
Tarikh: 16-18 Febuari 2009
Tempat: Booth sewaktu Syntech Art Exhibition, UTP

4. Teater "Bukan Cerita Palestin" [selesai]
Tarikh: 20 Febuari 2009, 8.30 mlm
Tempat: MPH, UTP

5. Teater "KERUSI" (Program Amal) [ditangguhkan]
Tarikh: 20-22 Mac 2009, 8.30 mlm
Tempat: Taman Budaya KL

6. Sketsa untuk Majlis Anugerah Kolej Kediaman (MAKK) [akan datang]
Tarikh: 4 April 2009
Tempat: UTP

7. Teater "JEBAT" di Festival Teater Perak 2009 [akan datang]
Tarikh: Mei 2009
Tempat: Taman Budaya Perak

(Tarikh/tempat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan)


Selain itu, TTS juga sudah memulakan perancangan untuk membuat persiapan bagi menyertai Festival Teater Perak yang dijangkakan berlangsung dalam bulan Jun atau Julai tahun ini. TTS akan membawa karya Hatta Azad Khan, iaitu "JEBAT" dan sedang dalam proses casting para pelakon.

TTS amat berharap akan mendapat kerjasama, komitmen dan kesungguhan daripada setiap ahlinya, serta sokongan padu daripada warga UTP yang lain terutamanya Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar (JPSP) UTP dan juga Unit Ko-kurikulum UTP dalam menjayakan program-program yang akan dilaksanakan. Kami juga berharap agar kegiatan seni dan budaya di UTP ini akan lebih berkembang dan menjadi satu apresiasi oleh seluruh mahasiswa UTP secara amnya.

0 kritikan :