Akan Datang: "BUKAN CERITA PALESTIN"

Tuesday, February 3, 2009

Tronoh Theatre Shop (TTS) akan membuka tirai pentas bagi semester Januari 2009 dengan sebuah pementasan teater bersempena 'Save The Palestine Campaign' (Kempen Selamatkan Palestin). Ia sebagai salah satu usaha TTS dalam membantu mengutip sumbangan daripada golongan sasaran iaitu warga UTP secara khususnya untuk disalurkan kepada dana bantuan untuk Palestin.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program pementasan yang akan berlangsung:


Judul: "BUKAN CERITA PALESTIN"

Karya: Syafiq "Effendi" Faliq Alfan (SEFA)

Arahan: SEFA

Tarikh: 22 Feb 2009 (Ahad)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Multi-Purpose Hall (MPH)

Tiket: RM 3.00 sahaja
(tiket boleh didapati daripada ahli-ahli TTS atau hubungi saudara Half di talian 017-7552031 atau 013-3193769 atau gtalk: half.side88@gmail.com)


Sinopsis:

Mengisahkan Hatah, yang baru sahaja berpindah ke Taman Tengah dan akan menjadi penghuni di situ. Semasa dia sampai, dia bertemu dengan jiran-jiran yang duduk berdekatan dengan rumah barunya itu. Saudi, seorang yang sangat sibuk dan dikurniakan emas yang keluar dari tanah kawasan rumahnya, tetapi tidak mengambil peduli tentang orang lain sekalipun jirannya sendiri. Iraqi pula peramah dan menegur Hatah yang baru sampai, namun tidak begitu kepada jiran sebelah rumahnya, Irani yang suka memakai pakaian berwarna hitam walaupun di tengah-tengah panas terik matahari. Iraqi dan Irani sering bergaduh akan perkara yang remeh, misalnya bagaimana hendak menegur sapa orang, dan sama ada sup perlu dituang dahulu sebelum nasi atau sebaliknya. Pergaduhan remeh kedua jiran tersebut kemudian dikacau oleh Izz yang bertindak kejam dan tidak berhati perut terhadap orang lain untuk kepentingan dirinya. Apa yang sentiasa dikejar oleh Izz adalah harta dan kemewahan serta satu perkara yang dia paling kehendaki iaitu 'tanah'. Kekejaman dan ketidakperikemanusiaan Izz telah menyebabkan dirinya dibuang dari Taman Tengah. Lantaran itu, nasib malang menimpa Hatah apabila rumah yang baru didiaminya itu pernah menjadi rumah Izz sewaktu masa dahulu. Sahabat setia Izz, Am-rika yang merupakan penguatkuasa di Taman Tengah datang berjumpa Izz dan berjanji akan memenuhi kehendak Izz, iaitu rumah Hatah.
Adakah Hatah akan dapat mempertahankan rumahnya dari diambil oleh Izz? Adakah Hatah akan berjaya? Dan adakah jiran-jirannya akan turut sama menentang Izz?



(In English)
The story is about Hatah who had just moved to Taman Tengah where he long to stay in there for some time. In his arrival, he met his neighbours who live very close to him which is just few meters away from his new home. Saudi, who is a very busy man that been blessed with gold which just sprung from underneath his home and couldn’t care less about others even his neighbour. Iraqi, a quite friendly man that greet his neighbour when they are just arrived, but not quite so when he meets his next door neighbour Irani who likes to wear black clothes even underneath the heating sun and sweats a lot, often both Irani and Iraqi will fight over small matters such as how to greet people and the right sequence between pouring the soup into the rice or the other way around. Such funny and ironic situation then been messed up by the arrival of the cunning and ruthless Izz who prey upon others so that he can get benefit from them, often what he seek is their wealth and his favorite subject, ‘Land’. His cunning and ruthless character had made him been banished from Taman Tengah, and such unfortunate fate to Hatah that his home was once Izz’s home. Upon his arrival, his loyal friend, Am-rika who is an enforcer of Taman Tengah greeted him and promise to do what he can to obtain what he seek, Hatah’s home. Will he be able to stand up against him? Can he win the fight? Will his neighbour fight with him?



Saksikan "BUKAN CERITA PALESTIN"
hanya di pentas Multi-Purpose Hall, UTP

0 kritikan :