Akademi Tronoh Theatre Shop (ATTaS)

Sunday, May 31, 2009

Sempena Festival Perak 2009 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Tronoh Theatre Shop akan menjalankan pelbagai latihan intensif demi menghadapi pertandingan yang bakal menjelang tiba. Oleh hal yang demikian, kami dari pihak pentadbir blog akan melaporkan hal-hal terkini berkaitan dengan aktiviti krew-krew JEBAT 2009 dan bersempena dengan latihan yang akan dijalankan secara rasminya bermula pada 29 Mei 2009. Semoga segala aktiviti berjalan lancar dan dirahmati oleh Allah, Tuhan yang Maha Kuasa.

29 Mei 2009

Hari ini 29 Mei 2009, bermulalah latihan untuk Festival Teater Negeri Perak bagi kumpulan dari Universiti Teknologi PETRONAS, iaitu Tronoh Theatre Shop. Pada waktu petang latihan dimulakan dengan warm up dipimpin oleh Cik Pengetua (merangkap direktor teater Jebat) sendiri dan kebanyakan jenis warm up yang diperkenalkan adalah jenis baru yang tak pernah dibuat sebelum ini. Antaranya ialah tepuk si adik tepuk, tiru gaya saya, patung lilin, mesin Jebat, lompat si askar gurkha dan taichi (semua nama jenis latihan diberikan oleh penulis dengan sesuka hatinya). Walaupun petang itu latihan cuma dihadiri oleh tujuh (7) orang pelakon sahaja, namun semangat Cik Pengetua untuk mengajar dan berlatih bersama kami sangat kami hargai.

Latihan mesin jebat (dari kiri Izzi, Acap, Ash, Nik, Atul)

Latihan vocal (dari kiri, Atul, Tasha, Aini)

Pada malamnya, tepat pukul 8.15 malam, latihan sesi kedua bermula, kali ini dihadiri hampir kesemua orang pelakon kecuali beberapa orang yang mempunyai hal-hal yang tidak boleh dielakkan. Latihan pada malamnya dimulakan dengan sesi latihan pernafasan dan latihan vokal dimana Cik Pengetua telah mengajar para pelakon sekalian untuk bernafas dan mengeluarkan suara dengan betul. Cik Atul telah mendapat pujian dari Cik Pengetua kerana mempunyai lontaran suara yang baik. Tahniah Cik Atul!!! Latihan seterusnya diteruskan melalui latihan ulangan seperti yang telah ditunjukkan pada latihan sebelah petangnya.

Kemudian Cik Pengetua memberikan sedikit nasihat dan amanat kepada para pelakon untuk terus berusaha dan yakin diri untuk memenagi FTP kali ini dan menyarankan para pelakon untuk berdoa pada Allah s.w.t. supaya diberi kemudahan untuk berjaya. Selain itu beliau menyarankan para pelakon untuk memperbetulkan niat dan tujuan sebenar belakon supaya dipermudahkan Tuhan untuk berjaya dalam apa yang diimpikan. Pelakon juga dinasihati supaya menjaga emosi pelakon lain ketika sedang dalam latihan supaya tidak mengangu tumpuan pelakon tersebut.

Latihan mesin jebat (dari kiri, Pojan, Jiji, Din, Pdos, Ermi, Shapik, Nuar)

Pada akhir latihan, wang elaun untuk para pelakon telah diagih-agihkan oleh Cik Pengetua dan para pelakon sangat gembira bila mendapat duit tersebut. Akhirnya duit tersebut telah dilaburkan di kedai Ameeth tidak sampai 30minit dari sesi penyerahan duit tersebut. Begitulah serba sedikit aktiviti yang telah dijalankan pada hari petama hari latihan FTP2009. Semoga semua Berjaya!

Gembira selepas tamat latihan


Gembira selepas makan. Hidayah (paling kiri) kurang

gembira kerana mee gorengnya tak sampai2 lagi.

4 kritikan :

[ acabond ] said...

semoga perjalanan dalam sesi latihan ftp09 akan berjalan lancar.. dengan semangat dan komitmen yang tinggi yang konsisten. apa yang penting! kerjasama! sangat-sangat bertuah dapat sama-sama menjayakan ftp09 kali ni. :)

civilizedee said...

segala puji bagi Tuhan yg maha kuasa

time kasih pada kerjasama semua

moga2 kita berjaya

nak nombor satu sahaje,
katekan tanak pada nombor dua dan seterusnya

Akin Muhammad said...

haha

terima kasih nuar sebab realisasikan ATTaS

Half said...

buat yg terbaik.. tunjukkan yg terbaik