1 Jun – Isnin (Hari keEmpat)

Tuesday, June 2, 2009


Suasana pagi di padang futsal V5

Teringat pada masa zaman kanak-kanak dahulu, permainan baling selipar merupakan permainan yang tidak asing bagi kebanyakan kanak-kanak. Selepas hampir 13 tahun meninggalkan permainan ini, perasaan keseronokan bermain permainan ini muncul kembali. Permainan ini memerlukan semangat berpasukan yang tinggi dan daya tumpuan penuh untuk memenanginya. Strategi setiap pasukan juga berbeza dan unik. Pada latihan fizikal pagi ini, permainan baling selipar antara kumpulan Aini dan kumpulan Fauzan. Pada awalnya kumpulan Fauzan diberi laluan untuk memulakan permainan. Mereka berjaya menyusun selipar dengan jayanya. Namun kemenangan mereka dipersoalkan kerana menggunakan selipar lain.

Kumpulan Aini sedang mengatur strategi

Seterusnya kumpulan Fauzan meneruskan lagi permainan dimana pada kali ini seorang demi seorang pemain gugur kerana dibaling dek selipar jepun. Seterusnya, Kumpulan Aini meneruskan permainan. Mereka menggunakan strategi “berani mati” dengan mengorbankan ahli-ahli kumpulan mereka untuk mecapai matlamat mereka, menyusun selipar dengan jayanya. Akhirnya mereka berjaya memenangi permainan ini. Permainan tamat tepat pukul 830 pagi.

Kumpulan Fauzan sedang menjalankan taktik reverse psikologi

Latihan Jebat diteruskan pada petang ini dengan dimulakan dengan warm up dan passing energy. Permainan ini dapat menaikkan semangat semua orang dan meningkatkan daya kosentrasi para pelakon. Selepas itu, Shafik memperkenalkan sebuah permainan yang dipelajarinya semasa kelas Drama and Theatre beberapa ketika dahulu, iaitu Bippettybob. Berbagai gelagat dapat diperhatikan semasa permainnan ini dijalankan. Wajah riang dan gembira terukir pada setiap krew Jebat. Setelah puas bermain, latihan Jebat disambung semula. Kali ini perubahan baru dibuat terutama pada scene Sultan, Dato Bendahara, Orang Kaya dan Orang Kampung. Beberapa teguran telah dibuat kepada beberapa pelakon untuk memperbaiki teknik lakonannya. Tepat jam 12 tengahari, latihan tamat dan para krew bergegas ke kedai MAMA (kedai makan kegemaran Nik, Firdaus dan Ermi) untuk makan tengahari.


Ketekunan Azizi, Dayah, Aini dan Sya dalam membuat persiapan teknikal.


Timmy, Acap dan Fauzan sedang berlatih.

Pada malamnya, latihan teknikal bermula untuk kali pertamanya. Dengan bantuan Abang Lehan, para krew teknikal dapat membuat latihan teknikal (diketuai oleh Tuya, Anip dan Din) dengan jayanya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dari segi urutan para pelakon kerana salah seorang pelakon iaitu Ermi kurang sihat pada hari ini. Pada malam ini, Cik Pengetua telah mengeluarkan deklarasi untuk menghalang para pelakon dari meminum minuman berais untuk mengelakkan kekurangan mutu suara para pelakon. Namun pada malam ini, secara kasarnya segalanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah merahmati kami semua. Aaminnnn.

3 kritikan :

Asyraf Maskan said...

tak lupa jugak, terima kasih yang banyak2 gila kepada KREW PENGURUSAN TTS. Syakir,Sya,Diego,Tuya,Anep,Ee,Half(yg baru balik tadi konon2nya suprise~). Syakir and the gang,terutamanya yang sanggup jahit kain berjam-jam. We're really-really appreaciate your contribution and commitment! :)

Akin Muhammad said...

debaran semakin dirasa.

siapa Ee? Iqbal ke?

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

ha ah.......