“..GOAALLLL!!!!..” begitulah teriakan dari kumpulan Aini apabila Acap berjaya menyumbat gol sulung pada minit ke 27 bermain. Pagi ini krew Jebat telah berkumpul di padang futsal V5 untuk bermain futsal. Permainan kali ini dibawah tugasan Ermi dan Nik. Bermacam-macam gelagat boleh diperhatikan sepanjang perlawanan. Walaupun majoriti pemain tidak begitu mahir dalam permainan ini, tapi semangat yang ditunjukkan sangat membanggakan. Permainan tamat tepat pada pukul 8.40 pagi selepas Shafiq menunjukkan tanda tamatnya waktu permainan. Keputusan adalah seperti berikut:
Aini FC : 3 – (Acap, Nik, Anwar)
Diego FC : 1 – (Izzi)
Permainan ini diharap dapat menguatkan lagi semangat dan kerjasama antara krew Jebat.
Barisan pemain futsal Jebat
Pada pukul 10pagi, para krew berkumpul di Blok B untuk memulakan sesi latihan dengan permainan passing energy. Latihan ini sangat menyeronokkan dan dipelajari dari Dr Naufal semasa kelas Drama and Theatre. Seterusnya latihan Jebat diteruskan dimana pada latihan kali ini Cik Pengetua mengingatkan para pelakon supaya mengekalkan emosi semasa berlakon. Antara petikan yang sempat dirakam ialah:
“..emosi perlu maintain sepanjang masa supaya character yang kita bawak tak hilang… ”
“..strees pada perkataan yang penting dan memberi makna kepada ayat tersebut..”
Pada petangnya, para krew Jebat meneruskan latihan teater Jebat dengan dimulakan dengan permainan establishing props dan kemudian diteruskan dengan satu permainan bodyguard and assassin. Pada malamnya, latihan teater diteruskan dengan menumpukan babak-babak tertentu yang telah dimodifikasi. Beberapa babak telah diubah untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik dan mudah difahami oleh penonton.
Sebelum mengakhiri catatan ATTaS pada hari ini, beberapa rangkap pantun khas untuk semua krew Jebat dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Tumpang berteduh di bawah ara,
Ara tumbuh di tepi lata,
Berlatihlah dengan hati gembira,
Tambah ukhwah sesama kita.
Masak lemak ulam jantung,
Rasanya sedap, kuahnya pekat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Mangail ikan di tepi kali,
Umpannya dedak bergaul roti,
Penat sedikit tidak peduli,
Asalkan rasa senang di hati.
Buah mempelam di atas meja,
Ada biji dibuat benih,
Jangan adik bermuram durja,
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
2 kritikan :
Sharing session sangat2 membantu. At least kita kenal sesama sendiri. Harap ia dpt membantu dalam chemistry antara pelakon as well as mangmnt team during the show.
sememangnya membantu
Post a Comment