Puisi: MARAH

Sunday, June 14, 2009

Kau marah,

Nampak dari mukamu yang merah,

Mengapa marah?

Menggunung duka, lautan masalah

Sudah ada yang tertumpah darah?

Kau marah,

Sesiapa saja kau anggap bersalah,

Kalau aku katakan kau kalah?

Lama kau kalah dengan amarah…

Benar juga kita manusia,

Terkadang tak dihargai…sia-sia,

Kau soal di mana terima kasih?

Namun, yang patut diterima kasih…Siapa?

Usahlah kesal untuk beramal,

Andai mereka tak melihat…Demi DIA, DIA Melihat,

Nabi dan yang soleh menjadi saksi yang kuat…

Marah yang tak terbendung itu barah,

Usahakan penawar agar ia kurang terserlah,

Malah bukankah ia mazmumah?

Yang perlu kau ubah…

Berhakkah kau marah?

Sedarkah kau sudah lama DIA marah,

Berapa banyak kebaikan telah kau lakukan,

Namun lebih banyak nikmat yang kau lupakan…

Jadi…Masihkah marah?

oleh pacel (ex-TTS & ketua kumpulan Qum Actors)

9 kritikan :

Anwar Samad said...

n skit font ko nih half.. sakit mata aku tgk...

Pegawai Khalwat said...

Boom!

Half said...

wokeh! da besarkn font

boom apenye pgawai khalwat? haha

Pemerhati Penang said...

Hebat!!!

Sungguh Hebat Sajak nie...

Tahniah pacel...

Bravo2!!

aini said...

semakin ramai pengunjung dr penang..
selamat dtg ke blog TTS! =)

mashimaro comel said...

marah itu perlu,
sekadar untuk kau tahu,
daku terkilan dengan perilakumu.

bukan bermaksud aku tak bersyukur,
pada Allah yang membantuku saat tersungkur,
Dia menerangiku ketika dunia kabur,

marah kerana tak tertahan,
diri ini dipergunakan,
dipijak sehingga lumat.. tak kelihatan.

moga marah ini menyedarkan,
membuka hijabmu kawan,
memberi satu keinsafan.

marah bukan membenci,
jauh membuang diri,
keranaku sahabat.. ikhlas menyayangi..

(pacel.. leh tak kalo aku jawab sajak ko camni? keh keh keh.. jangan mara ek?)

환영받는 sapektooya said...

marah.... marah marah....
kenapa perlu marah?
omegot marah ke?
isk asal marah mmg marah!!

hahahahaha.. ni sajak aku!

jinggo said...

kenapa kena marah....?

LittleAntzz said...

marah itu molek sekiranya bertempat,

marah itu manis sekiranya berhikmah,

marah itu indah sekiranya adanya sabar,

marah itu amarah jika tiada bertempat, tidak berhikmah, dan tanpa sabar... =)