Keputusan Penuh Festival Teater Perak 2009

Wednesday, June 10, 2009

[Dikemaskini pada Jumaat, 12 Jun 2009]

Buat makluman semua, berikut adalah senarai teater yang dipertandingkan di dalam Festival Teater Perak 2009:


KATEGORI MONOLOG

  1. "Issandra" (Lakonan Fitri Nadianti Zulaidy, Persatuan Karyawan Perak - karya J Jamal)
  2. "Petalawati Diri" (Lakonan A Rahman a.k.a Farouk, Badan Budaya Perak - karya Ismail Kassan)
  3. "Tok Janggut" (Lakonan Dr Shark, UTP Tronoh Theatre Shop - karya Salju Putih & Dr Shark)

KATEGORI NGO/IPT
  1. "Raja Lawak", Zakaria Ariffin (Persatuan Karyawan Perak)
  2. "Malam Jahanam", Motinggi Busye (UiTM Sri Iskandar)
  3. "Penunggu Pusaka", Zakaria Ariffin (IPD Gerik - Kumpulan Teater Sri Kandi)
  4. "KUN", (Penjara Tapah - TEPTAP)
  5. "Imbas", Hashim Yasin (PBWMNP - Oni Moraza Group)
  6. "Permakaman Kaduk", Jamali Satari (Kolej Cosmopoint Ipoh)
  7. "Jebat", Hatta Azad Khan (UTP -Tronoh Theatre Shop)
  8. "Perempuan Itu Bernama Barabah", Motinggi Busye (UPSI - Fakulti Seni Muzik)
  9. "Wan Cantuk", Shahrom Husain (Badan Budaya Perak)
  10. "Inflakasta", Hashim Yasin (PBBSP - Bangsawan)

KATEGORI KANAK-KANAK
  1. "Dendang Kartini" (Persatuan Karyawan Perak - J Jamal)



Dan keputusan rasmi Festival Teater Perak 2009 yang diumumkan pada malam 8 Jun 2009 adalah seperti berikut:


KATEGORI MONOLOG:

Pengarah terbaik : J. Jamal

Monolog terbaik : Issandra


KATEGORI NGO/IPT:

Johan : “Imbas”

Naib Johan : “Perempuan Itu Bernama Barabah”

Tempat ketiga : “Jebat”

Set Terbaik - “Jebat”

Pelakon Harapan Wanita Terbaik - ("Malam Jahanam")

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Jebat ("Jebat")

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Timah (”Imbas”)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Busu (”Penunggu Pusaka”)

Pelakon Wanita Terbaik - Barabah (“Perempuan Itu Bernama Barabah”)

Pelakon Lelaki Terbaik - Banio (”Perempuan itu Bernama Barabah”)

Pengarah Terbaik - "Imbas"



Imbasan komen-komen ketua juri, En Hassan Jali terhadap keseluruhan pementasan FTP 2009:
"Mutu dan kualiti persembahan sederhana"
"Pelakon tidak menggunakan ruang pentas sepenuhnya"
"Skrip yang dibawa adalah skrip lama dalam 10-20 tahun yang lalu"



[Gambar kenangan team "Jebat & Tok Janggut" UTP - Tronoh Theatre Shop - FTP 2009 selepas menerima hadiah-hadiah]


Syabas dan tahniah diucapkan kepada team "Jebat & Tok Janggut" UTP - Tronoh Theatre Shop.
Syabas dan tahniah juga kepada semua pemenang.
Semoga industri teater di Perak akan berkembang lebih maju, khususnya dan maju di seluruh tanah air, amnya.

32 kritikan :

Pacel said...

"Skrip yang dibawa adalah skrip lama dalam 10-20 tahun yang lalu"
Skrip lama, tetapi jika isunya sangat relevan dan membuka minda, itu bonus kepada penonton.
Isu teater kita bukan isu remeh seperti lelaki yang berkahwin hingga 12 kali.
Apa sudah habis karya tempatan? Sehinggakan karya luar yang lemah dari segi pementasan, diangkat menjadi naib johan?
Skrip orang lain sudah pun dibawa, tetapi keputusannya sama sahaja. Jadi apa alasan juri jikalau keputusan kita masih lagi ditakuk yang lama.
Sekadar menggoyangkan dada, itu bukanlah hidangan kepada penonton teater yang rata-rata sedar akan nilai seni. Apatah lagi sebagai Muslim yang sepatutnya tahu batas batas.
Dan bukanlah teater itu menggeselkan dagu dan pipi ke tengah dada perempuan.
Adakah ini semua atas alasan berlakon?
Atau mungkin selepas ini adegan Jebat dan Dang Anum perlu digambarkan seperti dalam kelambu di atas katil?

Half said...

amat la berbesar hati jika wakil juri dapat komen disini.. muahahahah

mashimaro comel said...

macam mana monolog issandra leh johan pengarah terbaek?

ada telekung dan sejadah tak digunakan? sedangkan ada aksi memohon doa?

tapi mekap dalam bakul leh plak pakai?

pengarah terbaek mementingkan mekap daripada telekung dan sejadahkah?

opsss.. terlebih sudah.

Anwar Samad said...

nih first time tts bawak skrip sasterawan, selain skrip sendiri yg dibawak sejak penglibatan kali pertama dlm FTP2003.. tp sama jugak resultnya.. try la korang bawak skrip yg lebih "menghairahkan" para juri dan penonton? aper pon syabas kepada semua..

Aloy Paradoks said...

insyaallah..akan terus maju...
yg penting buang konservatif itu ke tepi/

Half said...

gua nk cdgkn kita boikot itu FTP next time.. gua mahu semua diserap masuk dlm Qum, kita masuk FTKL
gua da tak tahan dengan FTP,
"dulu lain titahnya"
karya sendiri susah difahami, kabur, kurang jelas
"sekarang dosa sebesar negeri melaka pun snggup diampunkan"
sekarang bawak skrip hebat oleh hatta azad khan pun, result still sama? katanya, skrip da lama, lapuk.. ape la kau~ cakap tak serupa bikin!
"hebat.. hebat.."

Jebat adalah skrip yg hebat, walaupun da lama, tp ia tetap menggambarkan situasi hari ini..
Quran tetap relevan sehingga ari ni..
karya lama tetap relevan sehingga ari ni..

masih nk mempertikaikan skrip tak bagus? come on, jebat oleh hatta azad khan, sarat dengan mesej..

oh lupa, melayu mmg susah nk tukar mindset..

apa-apa pun teruskn semngat kePERAKkan.. (klu xnk tgk bangsa melayu maju la..)

One Malaysia!

Half said...

saya lahir di johor, anda lahir di perak, anda lahir di sarawak, anda lahir di KL...

tp ingat lah yg kita semua berasal dari Tuhan yg satu.. Allah!

lagi skali ak nk ckp, aku rasa sungguh gembira klu juri2 dpt komen kat sini..

환영받는 sapektooya said...

tapi aku lahir kat mongolia!!! mcm mane?

Pegawai Khalwat said...

Panas......

Seni ini suatu benda yang subjektif. Teater ini terutamanya harus dilihat secara subjektif.

Tiada jawapan tepat A, B, C.

Sebab itulah kita perlu redha dengan keputusan juri. Sebab juri-juri ni lain pemahamannya, lain minatnya, lain akalnya.

Mungkin ada yang suka naskhah baru, ada yang suka naskhah lama, ada yang suka adaptasi, ada yang suka realisme, ada yang suka anti-realisme, suka itu, suka ini.

Jadi tak banyak pun, sikit perkara ini pasti akan mempengaruhi keputusan. Kalau kita letakkan diri kita sebagai juri, kita akan lebih faham.

Penilaian kita tak semestinya sama dengan juri. Dari satu segi, mereka lebih arif dalam bidang mereka.

Dan aku harapkan, janganlah kalian berhenti menyertai FTP. FTP bukanlah medium yang sempurna, tapi itulah antara medium yang ada.

Harap kita dapat menyokong sama-sama kita di gelanggang teater ini walau kumpulan yang berbeza.

Maaf kalau berceloteh panjang. Jemputlah menonton FTPP pula mulai 1-25 Julai 2009 ini di Auditorium P.Ramlee, Pulau Pinang.

Akin Muhammad said...

Terima kasih pegawai khalwat di atas pendapat dan dorongan saudara.

InsyaAllah, kami akan cuba hadir menonton teater di P. Pinang.

TTSians, mungkin awal semester Julai nanti, kita boleh pergi sana ramai-ramai? (Niat nak berjalan je kan~ Hehehe)

Half said...

wah.. nk ikut!
terima kasih pegawai khalwat..
tp klu da bercelaru, seblum pertandingan kata boleh, lepas pertandingan kata xboleh.. susah la..
bila buat adegan lucah boleh plak walaupun ada dlm peraturan..
mcmana tuh.. haha
pape pun, semoga anda berjaya FTPP 09..
buat yg terbaik!

oh ya, selaku admin blog nih, rajin2 la lawat blog kami, akan kami tag kan link blog anda..

Anwar Samad said...

kita ader menang teknikal ker? x der anugerah teknikal laa~

Akin Muhammad said...

haih. info yg salah sudah diedit. maaf. saya selaku admin blog hanya mendapat input dari orang kerana saya tidak hadir sendiri di malam keputusan.

DauS said...

'tahniah' para juri. anda semua telah mengubah perspektif saya terhadap dunia teater tempatan sebanyak 180 darjah.

-yang baru merangkak dalam dunia teater-

Pegawai Khalwat said...

Terima kasih atas komen balas. jadual teater di Pulau Pinang ada di blog saya dan juga di blog persatuan-persatuan saya.

Kalau nak datang tu, bagitaulah hari apa yang nak sampai. Sebabnya grup yang membuat persembahan ada baru dan ada yang lama. Saya takkan rekemen mana satu yang bagus, sebab itu semua atas pandangan anda sendiri.

Cuma pastinya saya punya cerita dan arahan adalah pada 11 Julai 2007. 'Dusta Pada Skala 1 Hingga 10'

(Cerita sendiri bolehlah promote. He he he...)

Pegawai Khalwat said...

Tambahan, komen balas Half tentang lucah.

Ini pun subjektif. Kerana mungkin tidak dinyatakan dengan jelas pada borang penyertaan apakah definisi lucah.

Ada sesetengah pihak merasakan setakat peluk itu tidak lucah. Ada yang rasa kalau pakai seksi nampak cleavage itu belum lucah. Dan sebagainya.

Ya, kalau mengikut hukum-hakam dan adat budaya, pastinya ada batas yang kita fahami.

Tapi kepincangan utama mungkin pada syarat penyertaan. Harus dimantapkan lagi. Kami di sini, segala kemusykilan disuarakan di dalam mesyuarat produksi bersama urusetia.

Sebarang persoalan akan kami kemukakan, tanya mana yang boleh dan mana yang tak boleh supaya jelas. Kalau masih dilakukan di atas pentas, maka jelaslah melanggar peraturan.

harap komen ini membantu.

Half said...

walau apapun, semoga berjaya buat pegawai khalwat..
klu ada rezeki nk gak g penang..
da lama mmg nk pegi penang tuh..
haha... oh ya, rajin2 la lawat blog ni ye.. boleh bertukar2 pendapat dan idea..

Akin Muhammad said...

Pegawai Khalwat,

Baguslah kalau begitu keadaannya di Pulau Pinang. Di Perak tidak ada perbincangan tentang peraturan2 sebegitu. Terpulang kepada initiatif kumpulan itu sendiri untuk bertanyakan kepada pihak penganjur tentang hal ehwal peraturan yang tidak jelas. Namun, apa yang mengecewakan apabila sebelum pertandingan kata lain, selepas pertandingan kata lain. Huhu.

Kami hanya dapat berharap suatu masa nanti pihak penganjur (yang baru) akan lebih mantap dari segi pengurusan festival itu sendiri.

Apa pun, kami ucapkan selamat berjaya pada kumpulan anda!

Akin Muhammad said...

Pegawai Khalwat, tumpang tanya,

19 Julai/8.30 malam
Epilog Kembara - Nasib

itu karya Hatta Azad Khan ke?

Pegawai Khalwat said...

Sdra Akin,

Ya, kalau tak salah saya Hatta Azad Khan punya Nasib tu.

Epilog Kembara adalah nama kumpulan baru. Kumpulan sekolah kalau tak salah.

Dr. Shark said...

MAMPUKAN IMBAS MEWAKILI PERAK KE FTM2010??? ITU HARUS MENJADI PERSOALAN NYA!

aini said...

cakap belit2~
(-_-!)

civilized said...

salam
sangat tertarik ngan jemputan En Hassan Jali; mempersembahkan jebat di kota bahru

susah nak membuka mata masyarakat,
sedih2

Dr. Shark said...

selalunya macam tu la....you are so good...you are so great...tapi tak menang...so kita jemput you buat persembahan di sana sini lahhh.....(nak ambik hati)

emotion device said...

Assalamualikum kepada warga TTS. Di ucapkan kepada semua warga TTS kerana berjaya menghasilkan produksi dlam FTP yang lepas. Dengan perasaan rendah diri saya ingin mengatakan saya masih baru dalam bidang ini dan melakukannya untuk belajar dan menimba pengalaman untuk di bawa ke sekolah nanti. Bukan lah niat untuk bertanding dan mencari pengiktirafan anugerah atau trofi. Kami lakukan dengan iklas dan tidak memandang pementasan itu untuk bertanding menunjuk dan mengharapkan kemenangan. Kami lakukan untuk belajar dan ber"enjoy" di dalam teater. Keadaan tidak senang hati bila melihat keadaan tengang apa bila keputusan sudah diumumkan. Dengan rendah diri saya mengatakan ini adalah teater pertama saya dan saya tidak pernah berlakon sebelum ini. Jauh sekali mengangankan untuk mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik. Malahan malam keputusan itu saya sudah pulang ke kampung. Kalau rasakan saya tak layak ambil la anugerah itu. Saya tidak memerlukannya. Saya boleh bagi kepada yang layak. Yang saya inginkan hubungan perkenalan dan perkembangan yang sihat dalam teater ini. Mungkin TTS yang sudah cukup pengalaman boleh membantu saya. Apa niat kita berteater? Mengejar menjadi johan? Mendapat anugerah? Semestinya TTS juga seperti saya, melakukannya kerana iklas dan minat. Saya minta kita rasional dan bukan emosi. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan sesiapa. 10 jari saya hulurkan sebagai salam perkenalan.

E.D aka Pak Banio (UPSI)

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

ho ho ho, rilek, kami tak emo, cumer menyatakan pendapat jer, kalau ader yang emo tu, maknenyer, memang time ler tu nak buat macamner, budak2 laki tts memang macam tu, ops, ho ho ho, kami rasa juri perlu telus untuk memajukan teater kat perak ni, tu jer, supaya nanti orang tak takut nak berkarya, letak skrip sendiri, bukan sebab orang baru atau tak, bukan sebab pengalaman atau tak, harap2 sedara paham pandangan kami.....

Dr. Shark said...

Saudara Banio,

We do not question you. We question the judges. However, your views are most welcome. Everybody has a right of their own opinion...Eh apa hal aku cakap orang putis ni....ya lah....kita ni manusia. Saya harap saudara "Banio" sedar apa yang telah di pentaskan. Katakanlah begini: Apa kata Rasulullah ada pada malam "Perempuan itu Bernama Barabah"??? Ini lah apa yang patut saudara "Banio" fikirkan apabila menjadi guru besok hari. Kerana dosa pahala akan dikira tak kira samaada di pentas atau di luar pentas. Kalau kita berhijab, then, batas batas di atas pentas juga harus di perhatikan. Jangan kerana mengejar sesuatu, nilai diri keislaman kita digadaikan. Bak kata Tok Janggut "....matlamat tidak menghalal cara..." Tetapi oleh kerana UPSI baru kedua kali menyertai FTP kali ini, mungkin mereka belum ketahui bahawa untuk IPT memenangi FTP amat tipis sekali.....tak ape...insyaallah cuba lagi 2 tahun lagi....heheeheh....Shafiq...mana moto TTS tu....dia orang tak faham2 lagi ni....

Half said...

betul tuh, IPT tak pernah dpt no 1..
ini lah yg berlaku dr dulu lagi..

emotion device said...

Assalamualikum.. Dr Shark.

"Apa kata Rasulullah ada pada malam "Perempuan itu Bernama Barabah"??? Ini lah apa yang patut saudara "Banio" fikirkan apabila menjadi guru besok hari. Kerana dosa pahala akan dikira tak kira samaada di pentas atau di luar pentas."

Saya agak keliru dengan kata-kata Dr. Apa Dr menonton persembahan kami? Apakah kata-kata Dr hanyalah nasihat kepada kami semua atau ditujukan kepada show PIBB kami? Yup agama tidak boleh diletak tepi walaupun sekejap atas nama sebuah persembahan. Pada pandangan Dr adakah persembahan kami melanggar ajaran agama? Saya agak kabur. Mungkin Dr boleh perjelaskan dan saya harapkan sebuah penjelasan yang telus dan iklas. Dr juga mempertikaikan tentang IPT tidak pernah menang dalam FTP. Apakah itu matlamat utama TTS? Apakah semangat itu yang patut kita terapkan dalam berteater?. Maaf saya hanya mahu belajar dari Dr. Harap Dr tidak menyalah tafsir kata-kata saya.

Dr. Shark said...

Panjang cerita ni "Banio" ......sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis.....tak kan tak faham faham ish ish ish.....kalau perempuan dah bertudung, naik pentas tak bertudung....kalau geleng2 kan dot dot dot atas pentas.....apakah itu tidak menjatuhkan maruah keislaman kita. Btw, ini bukan rungutan kami tentang penilaian juri. Rungutan kami berlainan sama sekali. Hak membuat apa saja corak pementasan adalah hak kumpulan teater masing-masing. Kalau nak penjelasan lanjut, datang lah bertandang....jangan lupa bawak pulut kuning, telur ayam kampung, ayam golek....dan pizza...ahhahaha...

emotion device said...

Hahahah.. ok ok thanx Dr Shark. Pulut kuning jugak?.. Dah la saya terlepas cakap bagi pulut kuning pada semua tenaga Menggeleb Production. Aduh jauh sampai ke Tronoh nak hantar ke?.. :) Anyway good luck TTS.

Akin Muhammad said...

siapa kat sini yang sudah baca skrip Imbas?

aku sudah baca. tapi macam tak faham penamatnya. haha.