Ramai penyokong, penonton dan peminat setia ternanti-nanti, apakah keputusan Festival Teater Perak 2009 pada tahun ini? Adakah TTS akan muncul juara ataupun tidak dalam kategori teater dan monolog? Apa pendapat saudara? Inilah debaran yg dialami oleh seluruh warga TTS. Sementara itu, beberapa ahli TTS akan mempersembahkan mime di malam keputusan Festival Teater Perak 2009 yg berlangsung di Taman Budaya Negeri Perak. Berikut adalah gambar-gambar disebalik tabir pementasan Jebat dan monolog Tok Janggut:
Akhirnya, Malam ini, malam yg dinanti-nantikan, keputusan pemenang diumumkan. semakin kencang degupan jantung setiap crew. Detik-detik pengumuman pemenang dinantikan oleh setiap crew. Saya sendiri yg berada jauh dari Perak juga merasakan debaran ini. Adakah kali ini TTS diangkat sebagai juara? Saya menantikan panggilan telefon oleh warga TTS dari Taman Budaya. Masih belum mendapat que. Apakah terdapat sedikit masalah teknikal. Baiklah saudara, sebelum saya mendapat keputusan rasmi pertandingan, saya ingin juga merakan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Universiti Teknologi PETRONAS dan Taman Budaya Negeri Perak kerana memberi kami peluang utk memasuki festival teater ini. Ya saudara, Saya sudah dapat panggilan secara lansung dari Taman Budaya Perak..
"Hello?"
"Hello, half"
"ye saya di sini.. teruskan berita anda Din"
"Hello.. sekarang ni saya dah dapat keputusannya, secara rasminya saya ingin melaporkan keputusan pada malam ini"
"Ye silakan.."
"Apa yg saya dapat sampaikan ialah TTS mendapat tempat ke 3 secara keseluruhan dalam kategori Teater disamping mendapat pelakon harapan lelaki iaitu Fauzan dan Produksi Terbaik"
"Alhamdulillah, dan bagaimana pula dengan kategori monolog oleh Dr. Shark?"
"Monolog TTS mendapat saguhati.. Hello, siaran kurang jelas.. hello"
"He..hello?"
"tut.. tut.. tut.."
Ya maafkan kami ya saudara, nampaknya siaran terputus dan kurang jelas. Tapi walaubagaimanapun, menurut laporan yg disampaikan oleh Din secara langsung dari Taman Budaya Perak ialah TTS mendapat tempat ke 3 dalam kategori teater dan monolog Tok Janggut mendapat saguhati. Adakah ini berita rasmi. Saya masih menanti keputusan rasmi dari Taman Budaya Perak. Kali ini, TTS juga merangkul Produksi Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki terbaik. Sekali lagi, TTS tidak berjaya mendapat tempat pertama dalam festival teater perak. walaubagaimanapun, saya ucapkan Tahniah kepada seluruh warga TTS atas kejayaan mendapat tempat ke 3. Adat pertandingan menang dan kalah, yg penting bak kata orang, menyampaikan mesej melalui teater adalah penting, barulah maju industri teater tanah air. Sampai disini saja laporan saya pada malam ini. kami akan siarkan Keputusan rasmi setelah berita penuh diterima.
sebagai salah seorang crew produksi TTS, saya ingin panjatkan kesyukuran kepada Tuhan yg Maha Esa diatas kejayaan ini. Semoga kita berjumpa lagi, saya Half melaporkan utk Suara TTS.
*ucapan ribuan terima kasih khas kepada zai, pacel, giah, zul, shahrin, helmi, morthi, dan cik mad yg menolong secara langsung dan tak langsung.
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG/PEMINAT/PENONTON TTS. SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI
"kalau beta ada lagi pingat kebesaran, sudah tentulah tuan hambalah yg akan menerimanya"
17 kritikan :
tahniah buat TTS sebab dapat tempat ketiga, memenangi kategori pelakon lelaki harapan dan produksi terbaek.
dan juga doc.. tahniah sbb dapat saguhati..
terima kasih semua sebab sudi jemput saya untuk menyaksikan monolog semalam.
cuba lagi yer?
Tahniah semuanya... kepada semua produksi TTS dan jugak yang terlibat sama2 FTP09 JEBAT dan TOK JANGGUT. Aku bangga dgn semangat kekeluargaan korang semua!
Alhamdulillah
syukur..
lepas ni kita wat show kat kl pulak..
kalah tak bermakna kita tak bagus
cuma kita tak bagus kat sebilangan mata orang je..
mana tau mata orang kat KL kata kita bagus..
tak gitu doc? huhu
mari kita ke KL...ssh sgt nk paham keadaan di Perak nih..merantau je la senang~
Yg penting "we've tried our best"...menang kalah adat pertandingan. Congratz to all.Fighting!!!
"We're here for a reason. I believe a bit of the reason is to throw little torches out to lead people through the dark"
tahun 2011.
TTS dihantui dengan kekalahan selama 8 tahun disebabkan isu-isu seperti melanggar peraturan pertandingan yang tidak dijelaskan sewaktu taklimat tetapi hanya dijelaskan selepas keputusan diumumkan.
mmg mnang kalah adat pertandingan...tp kalau kekalahan tu bukan berdasarkan keadilan...boleh menimbulkan kan?
satu persoalan yang baik untuk dibincangkan:
mungkin ada setengah daripada kita (TTS) yang redha dan terima kekalahan (ketidakadilan) ini. namun begitu, isu sebegini adalah isu yang sama sejak 6 tahun yang lalu.
persoalannya, wajarkah TTS dengan erti kata perjuangannya redha dengan kekalahan, atau haruskah TTS atas dasar perjuangannya memperjuang haknya untuk mewakili Perak ke peringkat kebangsaan?
semua pendapat amat dialu-alukan
ps: macam tak proper lak 'bukak thread' kat komen blog! haha
maaf.. mencelah skit leh tak?
walaupun saya bukan TTSian.. tapi rasa nak menempek ler sekejap pasal isu yang dibuka tu.. sama ada nak perjuangkan hak ataupun redha pada kekalahan.
pada pendapat saya, selagi boleh perjuangkan hak.. kita perjuangkan. jangan sesekali tunduk dan mengalah tanpa mencuba.
macam mana semangat Jebat memperjuangkan ketidakadilan, macam mana semangat Tok Janggut yang rela dibunuh oleh anak bangsanya sendiri demi jihadnya, tak salah untuk TTS berjuang demi haknya.
kadang2 terpk gak...
selalu isu kat dalam suratkhabar mengatakan melayu itu.. melayu ini.. rasa nak muak nak dengar. tapi saya terpk.. macam mana melayu peringkat akar umbi.. peringkat yang tak tau pape nak berubah kalo melayu kat pihak atas tak mau menerima perubahan?
nak ke jadi macam kes Tok Janggut? yang berjuang dibunuh, yang mengampu bebas? kesannya? negeri dijajah!
nak ke jadi macam kes Jebat? yang menegakkan keadilan dibunuh? yang penghasut masih bebas? kesannya? sehingga ke hari ini melaka tidak beraja?
walaupun ada orang kata isu pertandingan nih macam remeh... tapi inilah realiti hidup yang sangat menjengkelkan terjadi dalam negara kita sendiri.
wallahualam.
(banyak plak berhujahnyer..)
wah.. sangat la saya sokong hujah tu.. wiwit..
(bak kata orang berkelayakan, matlamat berteater menyampaikan mesej yg jelas)
pada saya semua pantun, syair, puisi, filem, drama, even nyanyi pun setiap satu nye menyampaikan mesej. adakah anugerah juara lagu adalah pertandingan yg biasa? tidak, jurinya adalah yg berkaliber..
bila kite melihat pertandingan, pada saya ia bermaksud bertanding la kan. menang kalah mmg kene ada, da nama bertanding. tp apakah sesuatu yg biasa jika anda atau anda yg sentiasa masuk pertandingan sering kali mndapat tempat ke 2 / 3.
alasan yg diberi, sbb tak ikut skema..
meh aku citer pengalaman aku masuk teater mase sekolah dulu. peringkat nasional. teater kami byk unsur jenaka. semua orang suka, terhibur,
tiba-tiba juri kata tak boleh menang sebab byk sgt unsur jenaka. disqualified! er.. teater jenaka tak ada mesej ke? it would be a dull teater isnt it?
back to our topic..
bkn tak puas hati dengan tempat ke-3, tp agak kenapa dari dulu, tak pernah mana-mana IPT menang no 1 FTP (betulkan saya jika salah) apakah yg ingin ditunjukkan oleh FTP? mahukan wakil yg pure perak sahajakah?
nah.. "sampai bila bangsa melayu nak maju" quote yg biasa kita dengar..
sekarang ni semngat one Malaysia, bkn one state..
Perak (mintak maaf jika ada yg terguris) where you can enjoy politics and konspirasi. akhir kata, maaf jika tersalah kata, sekadar berpendapat, jika rasa aku salah, betulkan.. terima kasih kerana membaca.. sekian..
gambar acap post nih masa kacau dang wangi mcm mojojojo
mojojo? itu monyet! grrrr
Pernah tak minta adakan sesi viva (soal jawab) dengan juri selepas pementasan pertandingan?
Kami di sini dah beberapa tahun dibuat begitu kecuali festival yang lepas.
Sesi viva ini membantu pemahaman kita terhadap kehendak juri dan juga pemahaman juri terhadap penyampaian kita. Selain dapat memperbaiki apa yang tidak kena pada masa akan datang.
Cubalah cadangkan dua tahun lagi.
Masalahnya ....kehendak juri dan penganjur tu berlainan....Penganjur tidak bertegas dengan peraturan yang telah di persetujui di peringkat kementerian. Dan juga Penganjur tidak tegas untuk tidak membenarkan politik teater di mainkan. Kita tak tahu apa yang berlaku di balik tabir....juri juga mempunyai isme isme masing masing...lakonan, penceritaan yang mantap boleh saja di kalahkan dengan cerite selekeh dalam segala hal yang di pentaskan tanpa kesalahan tanpa sekulumit. Tetapi kalau kesalahan tersebut berlaku kepada kumpulan IPT, ianya kesalahan yang amat besar pula. penat penat....maybe we should just not do this anymore.
Macam tu ceritanya.
Saya tak tahu macam mana keadaan di sana.
Tapi janganlah mengalah. Dan janganlah tak buat. Pendapat saya, buat saja.
Kalau kemenangan yang dicari ia akan datang. Tapi jangan terlalu berharap.
Kalau kita tak buat, maka sudah nyata kita kalahkan diri sendiri.
wow! number 3....phewiittttt! =)
ske la ngn costume+stage korunk...chantekkk!!..i loikkke
Festival teater perak dah jadi macam nie..Festival teater kl ntah ape ntah jadi nanti..uhuhu...
Post a Comment