Transit : Dari Tronoh ke Sunway

Wednesday, July 15, 2009

Poster Transit : Dari Tronoh ke Sunway oleh halfside


SEREMBAN
, 14 Julai - Tronoh Theatre Shop telah mengesahkan penglibatannya dalam Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi sebuah video pendek bertajuk Transit : Dari Tronoh ke Sunway. Keputusan pertandingan ini bakal diumumkan di Dewan Censelor Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Ogos ini. Video ini mengisahkan seorang gadis bernama Yasmin yang telah merantau ke Sunway untuk mencari pekerjaan. Tanpa keizinan bapanya, dia menumpang sebuah van transit untuk ke sana. Dalam perjalanan ke sana, dia berhadapan dengan pelbagai misteri. Penumpang - penumpang transit tersebut berkelakuan pelik dan membingungkan Yasmin. Akhirnya Yasmin tiba di tempat yang dijanjikan oleh bakal majikannya dan telah dirogol.

Diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi, Professor Madya Dr Shamsul Rahman, video
pendek ini dibarisi pelakon-pelakon Tronoh Theatre Shop, Universiti Teknologi PETRONAS yang terkenal seperti Yasmin Khamis, Aini Fadhilah, Fauzan Nordin dan Akin Mohamad. Didoakan video pendek ini dapat memenangi anugerah kategori video pendek yang bakal dipertandingkan.

Infomasi
Pengarah:
AP Dr Shamsul Rahman


Pelakon:

Yasmin Khamis
Muhamad Md Aris

Ainifadhilah Mahayuddin
Yusof Muhamad

Fauzan Nordin

Khairil Nizam Darus
Asyraf Maskan
Helmi Amin

Hafiz Jaluddin
Aminah

Anwar
Samad

Penerbit:

alhamra87


CLICK disini untuk berita lebih lanjut

11 kritikan :

Dr. Shark said...

Ingat...segalanya di tangan Allah.

Anwar Samad said...

insyaAllah...

khair al-nizam said...

knape 'seremban'?

Anwar Samad said...

sebabnya reporter ader kat seremban.. bukan kat tronoh ato pon kat kolumpor~

Half said...

hahahhaha...
nuar2

Unknown said...

aku rasa sinopsis cerita pendek ni salah la....

Akin Muhammad said...

apa yg salahnya che mad?
yg salah boleh dibetulkan

Unknown said...

sinopsis cerita pendek ni mengisahkan kesah seorang budak perempuan yg pergi ke Kuala Lumpur dengan van yg "kosong". Memang ada elemen seram dlm cerita pendek ini tapi sebenarnya "Transit" bermaksud bergerak dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu dimensi ke dimensi yg lain....well tgk la sama ada kita menang nanti! Doa2 kan jer la

Akin Muhammad said...

tahu tak senarai2 filem pendek lain yang dicalonkan?

kalau menang, ........

haha

Akin Muhammad said...

tapi..

eh, wait. ada orang dah tersenyum2 dah tuuuuuuuu

=P

Unknown said...

sapa yg senyum Usop?

Ko tau ker sapa lagi yg bertanding?