WANTED: New Actors & Actresses

Friday, July 24, 2009


Seperti yang tertera dalam poster, TTS seperti biasa mencari bakat-bakat baru untuk dijadikan pelapis bagi pelakon pentas dan ahli pengurusan produksi dan teknikal. Audition kali ini terbuka buat semua yang berminat dalam bidang teater.

Audition pada kali ini telah dirancang dengan lebih baik dan teliti berbanding sesi-sesi yang lalu dan pemilihan akan dilakukan dengan lebih tegas. Mereka yang hadir ke sesi audition akan dinilai oleh 10 orang panel penilai. Dengan itu, hanya mereka yang betul-betul layak sahaja akan terpilih menyertai TTS sekaligus berpeluang mendalami ilmu dan pengalaman dalam teater, bukan sahaja di UTP malah di luar kampus.

Tiada persediaan khusus yang perlu dilakukan oleh calon-calon sebelum menghadiri sesi audition ini. Namun, calon-calon digalakkan supaya bersedia dari segi fizikal dan mental dan bersedia untuk menonjolkan sehabis baik bakat yang ada.

Target kami sudah pasti pelajar-pelajar junior UTP (dari tahun asas hingga tahun dua). Namun begitu, bagi pelajar senior yang ingin merasai pengalaman berteater dan sanggup memberikan komitmen, penyertaan anda amat kami alu-alukan.

Jadi, jika anda ada bakat lakonan yang terpendam, apa kata luangkan masa anda pada 28 hingga 30 Julai 2009 ini untuk menjadi salah seorang aktivis teater/orang teater/budak teater atau apa saja gelaran yang ada. Oh ya, kami bukan sahaja mencari bakat lakonan, tetapi bakat menulis skrip, bakat koreografi/tarian, bakat mengarah, bakat teknikal, bakat media dan macam-macam lagi bakat yang diperlukan bagi melengkapkan sebuah kumpulan produksi menjadi mantap.

Anda hanya perlu datang sekali sahaja. Pilih tarikh yang sesuai, pilih masa anda (dari 9 malam hingga 12 tengah malam). Pergi ke V2 Cafe Foyer. Isi borang dan tempuhi interview dan audition di hadapan 10 orang panel penilai. Selepas selesai anda boleh pulang dan tunggu panggilan daripada kami jika anda layak.

Selamat berjaya!

3 kritikan :

Anwar Samad said...

registration sampai kol 10 ajer.. x da sapa nak tggu sampai kol 12 derhh...

Akin Muhammad said...

first night dapat 8 orang calon
ada beberapa yang berpotensi

k e r e p e k t e m p e said...

sayang seribu kali sayang tak dapat mengikuti audisi pada kali ini. saya harap saya dapat mengenali rakan-rakan baru tts.