Wajah TTS di Cameron

Wednesday, January 20, 2010

Matahari terbit pada tanggal 16 Januari 2010 tersenyum cantik. Menceriakan lagi permulaan hari minggu pada bulan Januari 2010. Keluarga TTS sekali lagi berkumpul dengan objektif, merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga TTS. Yang terlibat ialah mereka-mereka yang pulang awal sedikit ke Bumi Tronoh. Bagi yang tidak berkesempatan, nantikan hari keluarga induksi TTS insyaallah pada bulan dua nanti.




Hari Pertama, 16 Januari 2010

Sebelum bertolak, perut dan jiwa diisi dengan makanan. Terima kasih kepada mereka yang rela menyediakan sandwich sebagai pengalas perut sepanjang perjalanan hampir dua jam lebih ke Cameron.

Tanah Tinggi Cameron adalah lokasi trip pada kali ini. Sejuk lembap dengan tekanan rendah. Sesuai dengan tema percutian keluarga TTS yang nyahtekanan dan kasual. Perjalanan menghala ke sempadan Perak-Kelantan-Pahang sangat menarik. Kepulan awan seperti gula-gula kapas menyambut kedatangan kami.

Awan


Secara ringkas, aktiviti yang dijalankan memang menarik. Pelbagai lokasi menjadi pilihan lokasi persinggahan. Kebanyakkan aktiviti kali ini berbentuk rekreasi sambil menikmati keindahan bentuk muka bumi Cameron.



Berkonvoi dengan 4 buah kereta. Cik Md Haris selaku Pemandu Pelancong rasmi TTS gah membawa Triton berkapasiti tinggi.


Bergambar mesra di sempadan Pahang-Kelantan


Madu lebah asli antara yang menarik di pasar malam Berinchang selain strawberi merah masam manis. Berkotak-kotak bawa pulang memang tak rugi.


Sebelah petang, Ladang Teh BOH menjadi lokasi persinggahan. Menghayati keindahan corak abstrak ladang teh BOH yang sangat menarik. Sempat merasai seuncang teh berjenama BOH pelbagai rasa yang asli bersama sepotong kek butter. Sambil duduk di anjung cafe', semua ahli TTS berceloteh dan bergurau senda, membangkitkan lagi semangat kekeluargaan.


Tak tahu apa topik yang dibincangkan. Yang pasti memang terasa ala-ala Mat Salleh menikmati teh panas waktu petang.


Lokasi yang paling menggamit memori di Mossy Forest. Kabus tebal sebelah petang tak mengaburkan pemandangan indah Gunung Irau-Berinchang.

Bermacam gaya dan terserlah ceria


Sebelah malam di Cameron, suhu masih sejuk menggila. Selepas bersiar-siar di Pasar Malam Berinchang, dan makan malam, seterusnya balik ke rumah tumpangan dan berkongsi cerita dan pengalaman sesama sendiri di Cameron dan Gunung Irau-Berinchang. Hampir pecah perut dan kecut sepanjang malam.

Aksi kurang sopan di Ladang Teh BOH


Hari Kedua, 17 Januari 2010

Misi hari ini ialah mencari kawasan yang lebih dekat dengan sumber tadahan air. Sungai dan air terjun ialah tempat yang paling tepat. Almaklum suhu yang sejuk menggila mematahkan hasrat untuk berendam merasai kesejukkan air tadahan Tanah Tinggi Cameron. Tapi cukup sudah dapat berendam paras betis.



Perjalanan ke Tapak Perkhemahan Sungai Pauh. Trek biasa tapi bertambah menarik dengan telatah dan aksi mengambil gambar kenangan.

Bergambar kenangan dengan kaki sejuk menggila. Anak sungai berhampiran tapak perkhemahan yang cantik.


Sejuk sehingga hendak terbuang air kecil


Berada di Raju Strawbery Farm. Menikmati ais krim strawberi buatan sendiri dan menawar harga sekotak jem Strawberi sebagai buah tangan. Tak lupa juga Strawbery Milkshake yang ada ummmph! selepas berjalan santai di Pasar Tani Berinchang yang berdekatan.

Mungkin entri kali ini tidak dapat menceritakan keseluruhan cerita dan berita dalam trip kali ini. Banyak yang menjadi kenangan.

Sebelah petang kira-kira jam 4 petang, kami bergerak pulang. Membawa pulang kenangan dan buah tangan. Secara amnya, trip ini tercapai objektifnya. Semoga semua ahli TTS selepas ini mendapat motivasi bertambah tinggi untuk menerusnya projek-projek akan datang. Bagi ahli yang baru dan lama, dan juga ahli sampai bila-bila, kita adalah keluarga. Kita ada satu wajah sahaja. Wajah TTS. Bak kata Pengurus Trip kali ini, Encik Hafiz bin Jalaludin.


Wajah TTS di Cameron




3 kritikan :

Half said...

menarik

Pemerhati Penang said...

JELES!!!!

Half said...

tak apa helhal.. wajah kau wajah tts jua.. bayang2 ko sentiasa bersama kami.. hehe