Nasi Lemak 10 Sen by Muhamad Yusuf Amat : 8 Pemenang The 2nd Kakiscript Playwriting Competition!

Thursday, January 21, 2010


Setinggi ucapan tahniah kepada Muhamad Yusuf Amat atau lebih popular dengan nama penanya Akin kerana telah berjaya tersenarai dalam 8 Pemenang 'The 2nd Kakiscript Playwriting Competition'. Pertandingan yang dinaungi oleh Kakiseni.com ini merupakan kali kedua selepas tahun 2007. Semua warga Tronoh Theatre Shop berbangga atas kejayaan yang telah dicapai oleh beliau.

Berikut merupakan keputusan rasmi 'The 2nd Kakiscript Playwriting Competition' oleh Kakiseni.com

Senarai pemenang dan Hadiah

Tempat Kedua - Hadiah wang tunai RM 5,000 Tempat Ketiga - Hadiah wang tunai RM 5,000 Saguhati - Hadiah wang tunai RM 2,000


Tempat kedua
: Ini Tak Boleh, Ni by Rosheen Fatima

Tempat ketiga : Terbang Dengan Rileksnya by Nor Atiqah bt. Mohd. Zaini



6 Hadiah saguhati

1) A Question of Race oleh Sandra Rajoo

2) Bill, Please! oleh Teng Ky-Gan

3) Nasi Lemak 10 Sen oleh Muhamad Yusuf Amat

4) Pagi Lawan, Malam Kawan? oleh Shasha Kamini Supramaniam

5) Panacea oleh Woon Su Li Angeline

6) Terror in the South China Sea oleh Ridzwan Othman



Paling membanggakan, kesemua karya pemenang akan dibukukan. Nantikan Nasi Lemak 10 Sen oleh Muhamad Yusuf Amat dalam versi monograf.

Insyaallah, majlis penyampaian hadiah dan perasmian 'the 2nd Kakiscript book of winning plays' akan berlangsung pada:

Tarikh: Sabtu, 6 Mac 2010 (4PM)

Tempat: The Annexe, Central Market





Akin di pementasan Jebat dan Tok Janggut FTP 2009. Sentiasa membawa aura Mat Merah Asylum 50 FTP2007.

Untuk mengenal dengan lebih lanjut tentang penulis berbakat ini, sila layari blog rasmi beliau di singgahsanasini.blogspot.com/


8 kritikan :

Half said...

tahniah usop!

OoizzioO said...

usop
congratulation!

Asyraf Maskan said...

tahniah lagi sekali. Berbangga sebagai ahli TTS! \o/*
Lagi best kalau semua ahli TTS hantar penyertaan kan

Pemerhati Penang said...

Tahniah!
Gembira mendengar khabar ini.
Walaupun karya aku x menang apa2, [means i need to work more on my script writing skills]

Anyway...
Tahniah sekali lagi Usop...
Keep up the good work...

Anwar Samad said...

tahniah sop..

Akin Muhammad said...

terima kasih

p/s: Asylum 90? Typo. Siapa taip ni? (masih berlagak sebagai ketua admin blog. ha ha)

Asyraf Maskan said...

owh baik..silap taip..ngeh ngeh ngeh
kruk kruk kruk (bunyi cengkerik)

Asyraf Maskan said...

haha sudah diperbaiki kesalahan...